"Soal kontrak tu, hubby main-main je. Tak ada niat dalam hati hubby ni untuk tinggalkan sayang k ?"
"Betul ?"
"Hmm,"
Airah diam dalam pelukan Daniel. Pandangan Daniel terhadap Airah membuatkan Airah berdebar-debar. Kenapa laki aku ni tengok aku semacam je.
"Kenapa hubby tengok sayang macam tu, macam nak makan sayang je,"
"Ya. Hubby lapar sayang," jawab si Daniel ni pula.
"Biar sayang turun bawah. Suruh Mak Jah masak untuk hubby," baru Airah ingin melangkah ke pintu, dia ditarik semula hingga dia terbaring semula. Tubuh Daniel menghalang pergerakannya.
"Bukan hubby lapar nasi. Hubby lapar sayang,"
"Lapar sayang ?"
Daniel mengangguk kemudian mendekatkan wajahnya ke leher Airah. Airah menutup matanya.
"Kalau ya pun, kuncilah pintu dulu. Tak pasal-pasal abang sayang serbu masuk bilik kita. Mati binti mampuslah lagaknya,"
"Okay sayang,"
Airah tergelak melihat gelagat Daniel. Cute je laki aku ni.
☆☆☆
[Pukul 4 petang]
"Daniel, Airah ..turun. Kita minum petang sama-sama," laung Datin Azura dari tingkat bawah.
Tidak lama kemudian, dua insan bahagia itu muncul di ruang tamu.
"Aik, kita je ? Mana yang lain pa ?"soal Daniel pada papa mentuanya.
"Dah balik. Airil pun dah balik rumah dia. Tinggal kita berempat lagilah kat sini," jawab Datuk Azhar.
Airah duduk di sebelah Daniel.
"Aik, adik dengan si Daniel ni terjun kolam mana pula ni. Rambut basah je ?" Soal Datin Azura. Hairan.
Airah memandang Daniel. Daniel tersenyum sahaja. Airah kemudian tunduk.
"Ish, apa awak tanya macam tu. Buat malu je," marah Datuk Azhar.
"Apa ? Betullah kan ? Dua-dua rambut basah. Sebab tu saya tanya dorang terjun kolam mana ? Hairan pula saya bang. Dalam bilik tu bukannya ada kolam pun,"
"Aduhaiii,,kamu ni memang tak reti-reti nak faham kan ?"
"Faham apanya ? Saya lagi hairan bang,"
"Nak hairan buat apa ?"
"Habistu kolam mana dorang terjun bang. Az peliklah. Yang buat Az tambah pelik, kenapa dua-dua rambut basah ni ?"
"Alaa kamu ni, orang tengah usaha nak bagi awak cucu, awak pula duk tanya kolam mana menantu dengan anak awak terjun. Terjun dalam dunia sendirilah,"
Wajah Airah membahang. Nasib baiklah Airil tak ada. Kalau tak, mati bin mampuslah jadinya.
Datin Azura baru faham. Dia tersenyum.
☆☆☆
[Seminggu kemudian]
Daniel membetulkan tali lehernya di hadapan cermin. Entah apa moodnya hari ini tiba-tiba teringin hendak ke office.
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomanceCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..