Datin Daurah cuba menenangkan Airah. Airah sejak tadi tidak henti-henti menangis. Takut pula dia Airah jatuh sakit.
"Ma, Airah tak nak hilang Daniel,," raung Airah. Dia sudah seperti orang gila.
"Sabar sayang, Daniel masih dalam bilik pembedahan. Kita tunggu keputusan doktor. Yang penting Airah banyakkan berdoa supaya Daniel dalam keadaan selamat,"
"Tapi Airah sedih,"
"Iya, mama lagi sedih tahu tengok menantu mama macam ni. Airah kena kuat. Semua tak nak kehilangan Daniel sayang,"
Tangisan Airah semakin kuat. Setelah sejam berlalu, Doktor Safuan yang merawat Daniel akhirnya keluar dari bilik pembedahan.
"Siapa keluarga Encik Daniel ?" Soalnya.
"Saya, saya isteri dia. Macam mana keadaan suami saya doktor ?"
"Harap Cik dan semua keluarga Daniel dapat bersabar ye ?"
"Kenapa dengan anak saya dok ?" Soal Datuk Deal.
"Encik Daniel mempunyai kecedaraan parah pada tempurung kepalanya. Kepalanya terhantuk dengan kuat pada objek keras. Kemungkinan besar dia 50-50. Saya minta diri dulu," setelah itu Doktor Safuan berlalu,, Airah mula meraung memanggil nama Daniel.
Daniel pula telah dipindahkan ke wad biasa.
"Sabar sayang. Kita doa sama-sama ye supaya dia selamat," pujuk Datin Azura lalu memeluk anaknya dengan erat.
Airah seperti kehilangan. Kehilangan orang yang dia sayangi.
"Airah!" Jerit satu suara.
Izara ? "Kau buat apa kat sini ?" Soal Airah dalam keadaan yang tidak mengizinkan.
"Aku baru balik dari Australia tapi aku dapat berita Daniel accident. Macam mana keadaan Daniel ?" Soal Izara. Dia berdebar-debar.
"Dia tak sedar. Kemungkinan besar dia .."
Airah tidak mahu menyambung ayatnya kerana itu membuatkan hatinya terasa pedih. Hancur. Dibiarkannya ayat itu tergantung."Kau perbanyakkan bersabar Airah. Alu tahu kau kuat. Kau boleh tempuhi dugaan ini. Dengan adanya orang yang sayangkan kau kat sekeliling, insyaallah semua akan okay," pujuk Izara.
☆☆☆
Hari demi hari telah berlalu. Kini sudah seminggu Daniel terlantar di dalam hospital. Tidak ada tanda-tanda untuk sedar.
Airah tidak henti-henti berdoa untuk Daniel.
"Airah, kamu baliklah dulu, biar mama yang jaga Daniel hari ini," ujar Datin Daurah. Airah menggeleng.
"Tak nak, Airah nak duduk sini. Nak tunggu Daniel bangun."
"Airah, nanti kamu sakit sayang, kalau kamu macam ni, macam mana Daniel nak tempuhi dugaan ? Dia perlukan kekuatan Airah. Kekuatan dari kamu. Ketabahan dari kamu," Datin Daurah tidak putus asa menasihati Airah namun Airah tetap dengan pilihannya.
Datin Daurah hanya mampu bersabar. Tiba-tiba garis-garis pada skrin nadi berubah menjadi lurus. Nafas Daniel sukar untuk dibayangkan saat itu. Datin Daurah menekan punat kecemasan dan tidak sampai seminit, sekumpulan doktor merempuh masuk wad Daniel. Datin Daurah dan Airah diarahkan untuk keluar.
"Harap-harap Daniel okay ma," rintih Airah. Dia sudah tidak kuat lagi.
"Amin,"
Setelah 5 minit berada di luar, akhirnya Doktor Safuan keluar. Wajahnya sedikit serius.
"Macam mana anak saya dok ?" Soal Datin Daurah.
Doktor Safuan menarik nafas dalam kemudian menggeleng. Airah seperti ingin pitam sahaja pada ketika itu namun digagahkan juga untuk berdiri.
"Boleh saya tengok dia buat kali terakhir?" Pinta Airah.
Doktor Safuan mengangguk.
Airah masuk. Dibukanya kain putih yang menutupi seluruh tubuh Daniel. Sayu hatinya. Hancur luluh. Tangisan Airah semakin kuat.
"Sedarlah, saya sayang awak ! Jangan tinggalkan saya !" Jerit Airah sambil menggoncang-goncangkan tubuh Daniel.
Datin Daurah cuba menahan Airah namun apakah kudratnya untuk melawat kudrat Airah yang masih kuat.
Tiba-tiba, skrin nadi menunjukkan semula garisan zig zag dan denyutan jantung Daniel berubah. Semua mata memandang ke arah skrin nadi.
Doktor Safuan memeriksa keadaan Daniel.
"Macam mana Dok ?"
"Alhamdulillah. Inilah erti keajaiban dari doa kita buat Daniel. Semuanya okay, cuma buat masa sekarang..kita cuma perlu tunggu kesedaran Daniel. Saya minta diri dulu ya,"
Doktor Safuan terus keluar dari situ.
Airah tersenyum gembira. Daniel okay ? Syukur Ya Allah, dengan doa kami, dia mampu jalani dugaan ini. Doa Airah.
☆☆☆
Hari esoknya, satu berita gembira buat Airah. Dia telah diberitahu bahawa Daniel dah sedar. Cepat sahaja dia memasuki ruangan hospital lalu masuk ke dalam wad Daniel.
Daniel memandang Airah tanpa segaris senyuman. Serius ? Ya lebih kurang !
"Akhirnya hubby sedar juga," kata Airah.
"Hubby ? Kau siapa ?" Soalan Daniel membuatkan Airah sebak. Dilihatnya orang sekeliling. Tunduk.
"Cik, masuk bilik saya sekarang," arah Doktor Safuan. Airah menurut.
"Suami Cik mempunyai amnesia setelah mengalami hentakan kuat pada tempurung kepalanya. Kemungkinan besar dia tidak akan dapat mengingati separuh daripada orang sekelilingnya. Dia hanya akan ingat separuh daripada hidupnya,"
"Ma..maksud doktor ..."
"Ya, dia hanya dapat mengingati papa, mama, abang, anak buah dan kakak ipar dia. Dia tidak kenal pun keluarga Cik Airah,"
Air mata Airah keluar lagi.
"Harap Cik dapat bersabar. Ni semua dugaan dari Allah. Dia nak kita kuat menempuhi dugaan berat."
"Saya keluar dulu," pinta Airah kemudian keluar dari situ.
Dia masuk semula ke dalam wad Daniel. Daniel tetap sama. Dia hanya memandang Airah kejap kemudian dia menyambung semula perbualan diantara dia dengan parentsnya.
Saat itu, jangan cakap lagilah. Airah rasa seperti hidupnya tidak berguna lagi. Dia meminta diri untuk balik.
☆☆☆
Benarkah Daniel tidak kenal dia lagi ? Tapi sampai bila ? Selamanya ? Tidak ! Ya Allah, hanya pada-Mu aku memohon pertolongan. Kembalikanlah ingatan Daniel Ya Allah. Aku rindukan dia. Rindu sangat-sangat.
Gambar perkahwinan dia dengan Daniel ditatap lama. Masihkah ada peluang untuk aku bertakhta di hati kau Daniel ? Satu per satu manik-manik jernih keluar dari tubir matanya.
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
Любовные романыCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..