Airah menggeliat. Huh ? Dah pagi ? Dilihatnya Daniel yang masih terlena. Mengingatkan hal semalam, dia berasa cukup malu untuk berdepan dengan Daniel. Alaa,,suami aku juga. Bukan orang lain pun.
Daniel ni kan, sebenarnya hensem sangat. Tapi kalau time dia marah lagi hensem. Airah tergelak sendiri. Kalau aku ketam, dah lama aku cepit pipi laki aku ni.
Sedang Airah mengemaskan baju yang bertaburan dia atas lantai, perutnya terasa meragam dan tekaknya terasa loya. Kepalanya pening. Dia terus berlari masuk ke dalam bilik air.
'Uweeekk'
Segala isi perutnya keluar, masuk ke dalam lubang tandas. Nafasnya turun naik tidak teratur. Peluh mula membasahi tubuh kecilnya.
Daniel yang baru bangun terus ke bilik air setelah mendengar seperti orang sedang muntah.
"Sayang okay tak ni ?"
"Okay. Cuma tak sedap badan."
"Kita pergi hospital,"
"No, tak nak. Sayang okay. Cuma sayang tak sihat," balas Airah. Hospital ? Tak nak aku. Aku fobia nampak jarum. Memang taklah aku nak pergi hospital.
Daniel membantu Airah berdiri.
"Sayang mandi dulu,"kata Daniel.
"Ok," jawab Airah. Tidak bermaya.
☆☆☆
Sedang Airah menyediakan sarapan, kepalanya terasa sangat berat. Pandangannya berpinar-pinar dan akhirnya semuanya gelap.
☆☆☆
Daniel jalan ke hulu ke hilir di luar wad Airah.
"Kamu tu, Duduklah dulu. Retak lantai hospital ni duk jalan sana sini." Tegur Danny, abang Daniel. Kalau ya pun risau, janganlah macam lalat. Buat pening kepala aje.
"Macam mana boleh jadi macam ni ?" Soal Datuk Azhar.
"Entahlah pa, tadi pagi Airah muntah. Lepas tu, masa dia sediakan sarapan dia pengsan. Hati Niel tak sedaplah, Niel takut apa-apa berlaku pada Airah dan Niel takkan dapat maafkan diri Niel sendiri," luah Daniel.
Jujur, dia tidak mahu kehilangan Airah. Walaupun selama ni dia kasar dengan Airah,namun Allah telah memberikan dia peluang kedua untuk dia menjaga isterinya. Untuk memperbetulkan segala kesilapan yang pernah dia lakukan terhadap Airah.
"Siapa suami Cik Airah ?" Soal satu doktor perempuan. Entah siapa namanya. Daniel memandang tanda nama. Oo Doktor Sara.
"Saya,"
"Encik, sila ikut saya ke bilik saya ye, saya nak cakap satu benda,"
"Baik, Dok,"
Jantung Daniel berdebar-debar. Apa yang telah berlaku pada isterinya ?
"Encik sila duduk dulu," arah Doktor Sara. Daniel hanya patuh.
"Whats wrong with my wife ?"
Doktor Sara mencapai satu fail yang entah fail apakah semua itu. Dia pun tidak tahu. Dia bukan pernah kerja hospital pun.
"Isteri Encik ..." Doktor Sara menggantungkan ayatnya. Ditarik nafas dalam-dalam kemudian dia memandang Daniel dengan pandangan serius.
YOU ARE READING
Beriku Peluang Kedua
RomanceCinta itu automatik hadir dalam diri kita walaupun bukan kemahuan kita dan jodoh itu telah ditakdirkan oleh Allah. Walaupun seberapa banyak kali pun kita cuba tolak takdir, namun ia tetap akan datang juga..