"ADDY!!!"
Aiden yang baru sahaja menunduk mahu mencium isterinya itu tersentak. Adeena yang berada di bawahnya itu dia pandang dengan riak kecewa.
"ADDY!" Adeena tersenyum dia menepuk pipi suaminya beberapa kali.
"Anak abang panggil. Pergilah." Aiden merebahkan diri di sisi Adeena. Dia menekup wajahnya dengan bantal.
Adeena tergelak tatkala cuping telinganya menangkap erangan dari Aiden. Frust!
"Ya sayang?!" Laung Aiden kembali. Dah jam 12 tengah malam anakku. Kenapa ganggu daddy nak dating dengan mommy?
"Addy?" Pintu bilik yang sedikit terbuka itu menggamit perhatian Adeena. Orangnya tak ada, pintu sahaja yang terbuka.
Dahi Adeena berkerut.
"Cakkk?" Adeena tergelak sendiri setelah anak perempuannya yang kini berusia 2 tahun setengah menjengahkan kepala untuk mengintai di sebalik pintu.
Nayyara terkekeh setelah mendengar tawaan ibunya.
"Sini sayang." Langkah kecil Nayyara terkedek-kedek menuju ke katil.
Gadis kecil itu memanjat naik ke atas katil lalu wajah ibunya dia cium.
"Muach!" Bunyi kucupan pada pipi Adeena kuat sehingga naik merah pipi wanita itu.
Tangan Adeena naik memeluk tubuh kecil anaknya yang masih berusia 2 tahun lebih itu. Sesekali pipi tembam kemerahan milik Nayyara dia kucup sayang.
"Siapa bukakan pintu bilik mommy dengan daddy sayang? Emm?" Soal Adeena.
Anaknya dia letakkan ke atas perut Aiden yang terdedah. Haih la suami. Dah tua pun still ada six pack. Memang ahli gym betul.
"Asher ommy." Adeena tersenyum. Asher kini sudah berusia 5 tahun. Memang mewarisi wajah abangnya Mateen.
Handsome!
"Addy?" Nayyara terkebil-kebil melihat Aiden. Lelaki itu hanya diam sedari tadi. Naik bingung hati kecilnya.
"Abang." Adeena mencubit tangan Aiden yang memegang kemas pinggang Nayyara. Tak nak bagi anak dia jatuh la tu.
"Daddy awak merajuk Nayyara." Nayyara berpaling ke arah mommy-nya lalu kembali menatap wajah Aiden.
Lelaki itu merenung dirinya tajam.
Bibir Nayyara mula tersebek. Pipi yang putih itu mula kemerahan. Mata bundarnya bertakung dengan air mata.
"Addy..." Nayyara menyembamkan wajahnya ke dada bidang Aiden. Tubuh kecil itu masih setia duduk di atas perut bapanya.
Teresak-esak tubuh kecil itu di dada bidang daddynya. Kuat mengusik betul daddynya pula!
"Shhh." Aiden tergelak kuat. Belakang anaknya dia usap memujuk.
"Addy. Angan la mayah Ayyara." Tersedu sedan Nayyara, ni semua angkara Aiden. Adeena menjeling suaminya.
Biasa dia tu!