"Hanna lepas balik sekolah ni kau ada nak pergi mana-mana tak?" soalan dari rakan karibnya membuat keningnya yang terukir cantik itu terjongket.
"Tak. Saya terus balik. Saya nak kena masak untuk mak saya kat rumah tu. Pagi tadi sebelum pergi sekolah saya masak nasi goreng je. Mesti sekarang dah habis." dia mengerling sekilas ke arah jam yang tergantung di hadapan kelasnya.
12 tengah hari! Lagi sejam nak balik. Lamanya. Kesian ibu. Mesti ibu lapar.
"Kau ni Hanna. Patutnya dia yang kena masak untuk kau tau bukan kau yang masak untuk dia. Dia tu cuma mak tiri kau je. Dia buat kau ni macam hamba dia. Kau tu ada mulutkan? Lawan je lah dengan dia tu." amarah Aura hanya dibalas senyuman oleh Hanna. Dia sudah selalu dengar omelam dari Aura. Dia pun tak tahu kenapa Aura terlalu anti dengan ibu tirinya, walhal ibu tirinya baik dengan Aura. Hanya dengannya sahaja ibunya seperti harimau kehilangan anak.
Kalau dia tak masak, nanti dia yang kena pukul. Kena hina. Kalau dia je yang kena hina, kena hendik takpe. Ni sekali dengan arwah ibu dan arwah ayah dia kena sekali. Dia taknak. Biarlah dia yang tanggung semua ini sorang diri. Biarlah ibu dan ayah tenang disana.
"Kau ni dah kenapa? Sepuluh patah aku cakap. Kau diam je. Kau sedih ke dengan apa yang aku cakap tadi? Aku mintak maaf. Aku tak sengaja. Aku terikut-ikut dengan emosi marah aku." bebelan Aura berjaya membuat Hanna tertawa. Sikit pun dia tak terasa dengan amarah gadis itu.
"Kau ni dah kenapa Hanna? Kena sampuk dengan hantu air ke?" muka Aura bertukar panik. Seluruh badan Hanna di perhatinya. Sekejap dia sentuh tangan Hanna. Sekejap dia sentuh muka Hanna pula.
"Eh. Eh. Dah kenapa awak sentuh-sentuh ni? Geli lah. Dah, dah berhenti." Hanna ketawa lagi dan lagi dengan telatah Aura.
Hanya Aura dan Raymi saja yang ikhlas berkawan dengan dia. Orang lain hanya suka mencaci dan mengata tentangnya dan keluarganya. Dia pun tidak tahu kenapa mereka bersikap begitu.
Dia selalu dicemuh oleh rakan sekelasnya. Walaupun dia di tahun yang terakhir, untuk sekolah menengah. Dia tetap dicemuh dan diherdik. Walhal itu semua bukan salah dia. Dia hanya bersabar dan berdoa, semoga kawan-kawannya berhenti dari memulaukan dirinya.
Aura dan Raymi.
Dua manusia ini saja yang sudi menolongnya jika dia dalam kesusahan.
Raymi merupakan abang angkat Aura. Raymi juga terlalu baik dengannya. Sedangkan dia dengan Raymi tiada ikatan. Dia tahu Raymi sering menunjukkan minat terhadapnya. Tetapi dia tidak pernah menghiraukannya.
Raymi dengan dia tak ubah seperti gagak dengan merak.
Kringggg!!!!
Bunyi deringan, berjaya mengembalikan Hanna ke dunia nyata.
Aik. Kenapa cikgu tak masuk kelas ni?
Hanna kehairanan.
Ermmm, cikgu mc kot.
Dia mengalihkan pandangannya ke sebelah kanan dimana tempat Aura berada.
Aik masa bila minah ni keluar tak perasan pun.
Hanna menghiraukan Aura seketika. Dia ambil buku di atas meja lalu diletakkan di dalam beg galasnya. Dia ambil pula pencil box yang berada di dalam laci meja lalu dia letakkan di dalam beg galasnya.
Dia baru ingin melangkah keluar dari kelas, ada seorang pemuda yang bertubuh sasa berdiri di ambang pintu.
Dia mengangkat muka. Raymi!!!
"Hye Hanna." sapa Raymi.
"Ouh, hai abang" Hanna membalas sapaan Raymi.
Raymi terus-menerus merenung Hanna.
YOU ARE READING
Mr. Devil
Romancedark romance Darren Edward. sebaris nama yang mampu mengugurkan jantung pendengarnya. jelingannya mengundang debaran yang maha hebat. Ya! Dia pembunuh. Dia mafia yang mempunyai segalanya. Harta? Kuasa? Kekayaan? Darjat?. Semua dia miliki. Hanna. Di...