1.42 // redamancy

1.5K 225 77
                                    

Sejak kejadian hari itu hubungan Jake dan Taeri semakin rapat. Mereka mula terbuka dengan hal masing - masing dan sering berbual hingga lewat malam. Walaupun semakin rapat, mereka belum tidur sebilik.

Jake dan Taeri tidak mahu terburu - buru. Tanpa mereka sedar peraturan yang dipersetujui sudah dilupakan. Seolah tidak wujud.

“ Taeri-ah, kau tak rasa ke yang Jay macam pelik sikit? Dua tiga hari ni dia selalu termenung, macam ada masalah. ” soal Jake ketika mereka di meja makan. Sarapan bersama sebelum gerak ke sekolah.

“ Saya perasan tapi saya tak nak masuk campur. Kalau dia nak cerita baru saya masuk campur. ” balas Taeri tenang.

Yalah, adakah dia perlu menyelit dalam masalah Jay sedangkan lelaki itu tidak mencarinya? Taeri bukan suka mencari publisiti orang sesuka hatinya. Kalau Jay mahu simpan masalah itu pilihannya sendiri.

Tetapi kemudian dia sedar yang Jieun juga berubah. Gadis itu juga seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Ketika rehat dia hanya mendiamkan diri tidak bersuara kecuali disoal.

“ Tak nak masuk campur? Bukan ke Jay tu kawan kau? ” soal Jake lagi.

“ Oh, jadi awak nak saya dekat dengan Jay? Saya tak ada masalah nak dekat dengan Jay. 24 jam pun saya sangg— ” ayat Taeri terhenti ketika Jake tiba - tiba bangun.

Makanan belum habis tetapi lelaki itu sudah bangun. Taeri segera mengejar Jake yang sedang melangkah ke arah pintu rumah. Taeri segera menahan pintu dari terbuka dengan memeluk Jake dari belakang.

Pergerakan Jake terhenti ketika Taeri mengeratkan lagi pelukannya.

“ Awak janganlah marah. Saya bergurau ja tadi tu. Takkanlah saya nak dekat dengan Jay sedangkan saya ada awak? Suami saya sendiri. ” ujar Taeri lembut membuatkan Jake menghela nafas.

Lemah betul bila Taeri bersuara seperti itu. Lengan Taeri dialihkan dan Jake memusingkan tubuhnya menghadap Taeri. Hati Jake semakin lemah melihat wajah sedih yang dibuat oleh Taeri itu. 

“ Nakal eh? ”

Jake senyum nipis lalu memegang wajah Taeri sebelum mengecup bibir itu. Taeri ketawa kecil sebelum menarik Jake ke meja makan semula.

¦

Jieun menutup pintu loker dan mahu melangkah ke kelas. Dia bertembung dengan Jay yang memang menunggunya di luar kelas. Jieun menjadi gugup kerana teringat apa yang terjadi. Sejak dua hari lalu dia mengelak dari membuka mulut.

Perlahan dia mendekati Jay yang bersandar di dinding itu. Bahu Jay ditepuk lembut dan lelaki itu menoleh. Jay memberikan senyuman nipis buat Jieun.

“ Kenapa tunggu depan kelas aku? ” soal Jieun dan Jay ketawa kekok. Dia mengaru kepala sambil mencari alasan untuk Jieun.

Jay sendiri sedar yang dia menjauh daripada Jieun tanpa memberitahu sebab yang betul. Malam itu selepas mencuri ciuman gadis itu Jay langsung menghantar Jieun pulang. Mereka tidak bersuara dan apabila Jieun mendiamkan diri, dia pun turut sama diam.

Jadi, Jay mahu menjelaskan semuanya.

“ Aku nak jumpa kau waktu rehat. Kau sibuk ke atau kau ada apa - apa nak buat? Kalau ada tak apa hari lain pun boleh. ” ujar Jay dengan laju.

“ Tak, aku boleh jumpa. ” balas Jieun.

Jujur, dia rasa sangat kekok kerana berhadapan dengan Jay. Dia tidak boleh mengalihkan pandangan dari bibir Jay. Bibir nipis itu membuatkan dia mahu menarik tali leher Jay dan menghapuskan jarak mereka.

Tetapi Jieun tak segila itu lagi. Walaupun dia mahu lakukannya.

Great! Waktu rehat dekat bilik muzik. ” balas Jay bersama senyuman lebar di bibirnya. Kemudian dia meminta diri untuk ke kelasnya meninggalkan Jieun yang masih lagi di posisinya.

Waktu berlalu dengan sangat pantas. Tidak sedar waktu rehat sudah tiba. Jieun memberitahu Taeri yang dia ada hal yang perlu dia selesaikan dan tidak dapat menemani Taeri rehat hari ini. Taeri tiada masalah kerana ada Jake, Sunghoon dan Jia yang menemaninya.

Jieun segera melangkah ke bilik muzik seperti yang disuruh Jay. Ketika dia tiba ada Jay sedang bermain gitar tanda dia sudah tiba lebih awal berbanding Jieun. Dia mendekati Jay yang sudah sedar akan kehadirannya itu.

“ Kau nak cakap pasal apa? ”

“ Jieun, be my girlfriend.






+ Jay-Jieun sailing yuhuuu
jangan lupa vote n comment!

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now