❀
"Tadi naik angin sangat marah marah aku main game tak ingat dunia, Kau tu pegang telefon scroll media sosial tak habis habis lagi?", Taeyong menjengilkan matanya memandang Hanseul yang fokus bermain telefon miliknya. Dia duduk bersandar di bahu gadis itu sebelum sisi wajah gadis itu direnungnya lama.
"Hanseul..", Panggil Taeyong. Gadis utu berdehem kemudian dia menyandarkan kepalanya bertindih diatas kepala lelaki itu. Taeyong menarik pinggang gadis itu rapat kemudian satu kucupan ringkas di dahi dihadiahkan dari Taeyong pada Hanseul. "Kau tak teringin nak keluar? Kau tahu hari ini, Entah genap berapa bulan kau di dalam rumah aku", Soal Taeyong. Aktiviti yang dilakukan oleh Hanseul tadi automatik terhenti. Dia memandang lelaki itu sekilas sebelum telefon lelaki itu diletakkan kebawah.
"Kau..Benarkan?", Soalnya perlahan. Taeyong mengeluh kecil, Dia tahu mesti Hanseul masih ada secebis rasa takut pada dirinya. Kenapa? Ingat dulu Taeyong bukan sahaja membulinya, Dia malah pernah memukul Hanseul tanpa belas kasihan. "Dulu tidak, Sekarang iya sebab aku percaya kau. Kau tak lari kan Seul?", Soal Taeyong. Anak matanya merenung gadis itu dalam. Melihat gadis itu mengangguk perlahan membuatkan dia berasa lega.
"Aku percaya", Jawab Hanseul. Taeyong tersenyum kecil. Satu kucupan dia singgahkan di bibir Hanseul kemudian badan kecil itu dipeluknya erat. "Kau buat aku gila Hanseul", Kata kata itu dibisikkan tepat pada telinga milik Hanseul. Hanseul mengerut dahinya sebelum dia berdehem perlahan.
"Kau percayakan aku kan?", Soal lelaki itu lagi. Hanseul tertawa kecil. Pelukan lelaki itu dibalasnya, Wajahnya disorokkam di ceruk leher milik Taeyong. Sumpah, Haruman lelaki ini mampu mencairkan mana mana wanita yang menghidunya. Seperti aku
"Aku tidak tahu seberapa banyak kau percaya aku, Tapi aku mahu kau tahu, Aku benar benar jatuh cinta dengan kau Seul"
❀
kenapa tiba tiba vote cepat naik ke angka 60?-- selalunya tak gini. Disebabkan saya mulia saya mahu 65 vote baru update. mungkin lama lah baru update. kan dah nak suckolah odoe :)) please mention if ada typo. Love you all ❤️❤️❤️
YOU ARE READING
Fuckboy
Fanfiction❝Kalau dulu aku membenci, sekarang aku mencintai kamu dari apapun ❞ ©neoculturetechnology | 2021 project