PESANAN ringkas dari aplikasi whatsApp dibuka dan pesanan ditaip sebelum butang sesentuh hantar ditekan pada skrin.
Hari ni saya datang jam 6 petang - Medina
Okay - Shiney guy ( Mr. Hayyan)
"Okey aje? Tak ada apa-apa pesanan atau pertanyaan ke? Hurm... lantaklah dia memang macam tu. Boring!" Omel Medina sendirian.
Sebaik bas yang ditunggu di perhentian tiba Medina mula mara ke hadapan. "Okey, bye korang. Jumpa nanti." Medina terus melambai kearah rakan-rakannya sebelum menaiki bas.
"Bye-bye... hati-hati."
Sebaik sahaja turun dari bas laju kakinya mula melangkah ke arah pondok pengawal apartment sebelum Uncle Ram disapa mesra. "Selamat petang Uncle Ram, nak buku log."
"Nak buku log? Nak tulis ke? Tak payahlah Cik Medina. Encik Hayyan dah pesan kalau Cik Medina datang tak payah tulis. Lagi pun Encik Hayyan ada bagi kunci pendua pada Cik Medina simpan kan?" soal Uncle Ram.
Medina mengangguk. "Ha'ah ada."
'Okey. Bagus jugak ada kunci sendiri, tak payah nak daftar bagai.'
"Kalau macam tu saya naik dulu, bye-bye."
Uncle Ram hanya tersenyum dan menghantar Medina dengan ekor matanya.
Sebaik kotak lif dibuka tanpa lengah Medina terus melangkah keluar dan membuka pintu apartment dengan kad akses yang diberikan padanya.
"Assalamualaikum," Medina memberi salam sebaik pintu rumah dikuak. Itulah tabiatnya, sama ada ada orang atau tidak di rumah. Kerana memberi salam ada sunat. Jika tiada orang di rumah malaikat yang akan menjawab salamnya itu.
"Eh, Melon sambut mommy datang ke?" Melon berlari-lari mendapatkan Medina sambil memanjat-manjat kakinya.
Anak kucing kesayangannya didukung sambil diusap penuh kasih sayang. "Melon mesti lapar," Medina terus melangkah mendapat makanan kucing dan menuangkan ke dalam bekas.
Namun tingkahnya terhenti apabila matanya terarah kepada satu sudut. 'Seriously? Cat house scratches.' Medina menekup mulutnya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Melon, uncle Hayyan belikan untuk Melon ke ni?" soal Medina pada Melon. Terkejut bukan kepalang apabila melihat cat house scratches dibelikan Hayyan. Tidak pernah dia terfikir lelaki itu sayang juga pada kucingnya itu.
"Medina,"
"Oh mak kau?" latah Medina seraya menoleh ke arah suara.
"Encik Hayyan dah ada kat rumah ke? Sejak bila?" soal Medina terkejut. Sangkanya lelaki itu belum pulang.
"Dah lama dah, sebelum awak." balas Hayyan sambil memeluk tubuh.
"Terima kasih yer Encik Hayyan belikan cat house scratches Melon. Sayang juga Encik Hayyan pada Melon." Medina tersengih nakal.
"Cuba awak tengok ni," Hayyan menunjuk ke arah kaki sofa.
Gulp! Medina meneguk liur melihat banyak cakaran pada kaki sofa Hayyan.
"Saya beli benda ni pun sebab anak kucing kesayangan awak jahanamkan sofa saya yang import dari Itali ni."
Medina mula menarik sengih. "Saya mohon ampun bagi pihak Melon ye Encik Hayyan. Mohon seribu ampun, jangan denda kami." kedua belah tangan disatukan dan menunduk rasa bersalah.
YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...