BAB 54

362 7 0
                                    

AMELIA sibuk menyiapkan kerjanya di pejabat peribadi yang terletak di rumahnya. Di situ juga ada Syakir yang menemani. Setelah tragedi lima tahun lepas,banyak yang telah terjadi dalam hidup Amelia. Dia yang kini sudah menjadi tunangan Syakir sudah berjaya mengikhlaskan kehilangan cinta pertamanya iaitu Tengku Fazriq Rizqi yang sudah beristeri dan mempunyai sepasang anak kembar.

"Awak nak makan apa harini?" tanya Syakir kepada Amelia.

"Awak beli aje lah apa-apa asalkan sedap." jawab Amelia kepada Syakir seraya tersenyum dan kembali menyiapkan kerjanya.

"Oh okey. Saya pergi beli makanan dulu ye." pamit Syakir kepada Amelia.

Syakir pun keluar dari pejabat peribadi Amelia dan menuju ke tempat letak kunci kereta. Setelah itu,kunci kereta pun dicapai. Dia pun berjalan perlahan ke arah tempat letak kereta yang terletak di tepi rumah agam itu. Setibanya di situ,dia pun masuk ke perut kereta dan pergi ke kedai makan untuk membelikan makanan untuk Amelia.

...........................................................................................................................................

HAZRINA FARISHA sedang ralit mencari fail untuk mesyuarat pada pagi ini. Setelah menjumpai fail yang dicari,dia pun segera masuk ke bilik mesyuarat. Setibanya di bilik mesyuarat,kelihatan ramai pekerjanya sudah duduk di kerusi yang disediakan di situ sambil memandang ke arahnya dan menegur Ina.

"Morning bos!" kata semua pekerjanya yang berada di situ serentak.

Memang Ina sengaja mewajibkan semua pekerjanya mengucapkan 'morning' atau 'hai' 'asalamualaikum' kepadanya serentak setiap kali dalam bilik mesyuarat supaya mereka semua sentiasa sehati dan boleh bekerjasama dalam kumpulan. Walaupun sebenarnya Ina berpegang kepada prinsip burung helang. Yang bermakna kekuatan,kegagahan,pandangan yang tajam,pendengaran yang tajam,berkomitmen tinggi,berani dan bijak.

Selepas beberapa minit,mereka pun memulakan mesyuarat itu.

............................................................................................................................................

BRYAN masih diulit mimpi kerana memang waktu pukul lapan pagi ini adalah waktu dia tidur. Maklumlah dia masih dalam 'mood' bercuti daripada memandu kapal terbang. Waktu bercuti macam ni je dia dapat berehat lama dan menikmati alam yang indah di bumi Terengganu ini. Sebenarnya,niat Bryan hanyalah untuk bersiar-siar dan berjumpa dengan Ina sahaja tapi apabila dia terjumpa dengan Arisya semalam tiba-tiba saja dia mula memikirkan tentang hasratnya untuk memperkenalkan Arisya dengan Ina. Dia mula berfikir yang Arisya mesti gembira sebab akan tahu bahawa dia akan berkahwin dengan cinta hatinya itu. Mesti Arisya akan menyokong keputusannya untuk memilih Ina sebagai bakal isterinya yang sah. Beberapa minggu lagi adalah hari yang sangat dinanti-nantikan olehnya iaitu hari pernikahan dia dan Ina yang diadakan di Kuala Lumpur.


Sedang Bryan masih tidur,tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefon. Dia pun melihat nama yang tertera di kaca telefonnya itu. Rupanya Arisya yang menelefon.

ARISYA:Hai awak! Dah bangun ke belum?

BRYAN:Hmm. Saya masih tidur dan awak tiba-tiba telefon. Kenapa?

ARISYA:Harini saya masakkan sarapan untuk awak. Datanglah kafe saya pagi ni. Jangan risau tak payah bayar. Saya ikhlas masak ni.

BRYAN:Okey. Pukul sembilan saya datang.

ARISYA:Baiklah. Jangan lupa mandi sekali tau.

BRYAN:Okey. Saya tahu lah.

ARISYA:Haa bagus. Bye.

BRYAN:Iye bye. Asalamualaikum

ARISYA:Waalaikumussalam.

Bryan pun menamatkan gagang telefon dan kunci jam pada pukul sembilan pagi nanti untuk dia bangun. Selepas itu,dia pun meneruskan pelayaran mimpi indahnya itu.

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now