1.46 // hatred

1.4K 207 43
                                    

Jake dan Sunghoon duduk di kolam sementara Taeri membancuh air di dapur. Sudah dua hari Jake dan Taeri tidak ke sekolah kerana dihalang oleh orang tua mereka. Manakala Sunghoon bermalam di rumah Jake atas arahan Jake.

Dia tahu yang Jia masih lagi di rumah Sunghoon. Jadi dia tidak mahu ada pergaduhan antara Sunghoon dan Jia. Tidak cuma itu semua pembantu di rumah Jake tidak dibenarkan bekerja atas alasan keselamatan.

Bro, kau ada terfikir tak siapa yang buat semua ni? Pernah tak terlintas sesiapa dalam kalangan orang yang kau kenal? ” soal Sunghoon sambil bermain dengan air kolam.

Jake mengangkat bahu, “ entah, fikiran aku buntu sekarang. ”

Ya, Jake sedang memikirkan jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini. Dia meminta tolong Heeseung namun tiada seorang pun yang tahu siapa yang sebarkan. Nampaknya orang itu pandai bersembunyi.

Taeri datang bersama dua cawan air untuk Jake dan Sunghoon. Semenjak dua hari lalu Taeri bangun awal, masak dan mengemas rumah walaupun dihalang Jake. Teringat akan nasihat dari Puan Kang, Taeri mula membuat kerja - kerja rumah itu.

“ Buat masa ni jangan fikirkan sangat. Kita tak tahu apa yang dia rancang jadi lebih baik kita diamkan diri. Saya takut ada perkara lain yang jadi. ” ujar Taeri.

“ Maksud kau? ” balas Jake.

“ Jake awak kena ingat yang awak ialah pemegang jawatan syarikat selepas kita tamat belajar. Awak tak terfikir ke yang dia akan cuba rosakkan nama syarikat dengan hal remeh temeh macam ni? ” tambah Taeri dan mendapat sokongan dari Sunghoon.

Jake hanya menghela nafas, dia tidak terfikir sehingga tahap itu pula. Jika orang itu cuba merosakkan nama syarikat nampaknya dia perlu bersiap sedia. Dia tidak akan membiarkan orang itu kalah.

Telefon Sunghoon berbunyi dan muncul nama Heeseung di skrin. Sunghoon segera bangun dan menjauh dari Jake. Dia perlu menjawab panggilan dari Heeseung, mungkin ada sesuatu yang dia dapat.

“ Hyung? Ada apa - apa ke? ” soal Sunghoon.

“ Nicholas nak jumpa kita berdua. Jangan beritahu Jake dan Taeri. Ini penting! ”

¦

Heeseung dan Sunghoon memandang Nicholas yang muncul bersama senyuman polos itu. Jika lihat sekali Nicholas tidak ubah seperti budak yang baik dan tidak suka membuat masalah. Nicholas mengambil tempat di hadapan dua lelaki itu.

Long time no see, Heeseung hyung! ” sapa Nicholas dengan mesra.

Dua lelaki itu hanya memutarkan mata mereka malas. Setelah pegawai polis itu memberi ruang untuk tiga lelaki itu bercakap, Nicholas terus bersuara. Wajahnya berubah dari polos ke tegas.

“ Ini penting. Bila aku cakap mesti hyung dengan Sunghoon tak akan percaya tapi percayalah, ini bukan melibatkan Jake tapi aku juga. ” ujar Nicholas membuatkan dua lelaki itu berkerut mendengar kata - katanya.

“ Apa maksud kau, Nicho? ” soal Sunghoon.

Nicholas ketawa kecil, dia sudah lama menyimpan perkara ini. Namun ada sebuah rahsia yang tiada siapa tahu kecuali dirinya dan orang itu. Dia memberi isyarat supaya Heeseung dan Sunghoon mendekatkan kepala mereka.

Dua lelaki itu hanya menurut.

“ Kau fikir aku culik Jake dengan Taeri tu saja - saja? Now lemme be honest, ada orang yang upah aku untuk buat macam tu. Dia tahu tentang masa silam kita dan dia gunakan itu untuk hasut aku. Dia dapat tahu yang kau semua pergi bercuti dan dia minta tolong aku. ” ujar Nicholas.

Dia menyambung semula, “ dia sanggup bayar seberapa banyak yang aku nak. Jadi aku minta jumlah yang banyak dan jalankan tugas yang dia minta. I succeed, tapi orang tu tetap tak puas hati dan minta aku hancurkan hubungan dia orang. Rancangan tu hampir berjaya tapi gagal. ”

Nicholas menjarakkan dirinya semula. Dia mengukir senyuman nipis untuk Heeseung dan Sunghoon. Dia tidak mahu menyimpan semua rahsia. Lagipun dia sudah berada di dalam penjara, apa yang boleh dia lakukan? Namun ada satu hal yang mengganggu Heeseung.

“ Macam mana kau boleh tahu? Kau dalam penjara kot? ” soal Heeseung dan menerima anggukan dari Sunghoon. Jake berbaik dengan Taeri seminggu selepas Nicholas dipenjarakan. Mustahil untuk Nicholas mempunyai telefon untuk mengetahui hal itu.

Nicholas bersandar di kerusi dan berpeluk tubuh. Dia memandang Heeseung dan Sunghoon silih berganti.

“ Aku minta tolong K hyung dengan Geonu hyung. Dia orang yang beritahu aku tentang masalah yang jadi sekarang. Aku serius sekarang ni, kalau kau berjaya tangkap orang tu aku akan jelaskan apa yang jadi dulu. Lastly, you should be careful cuz you two might be another target—

—and not gonna lie that person is full of hatred.


+ yang sus » heeseung, jia
like seriously, apa sebab korang pilih dia orang?

siapa yang fikir nicho jahat? 😁

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now