Prolog🌹

13.3K 495 24
                                    

"MAMA please duduk sana. Tak payah buat kerja rumah. Biar Ayyim yang buat. Mama tak tak payah buat". Aku tergelak tatkala dia memaksa aku duduk di atas sofa.

Anak aku yang baru berusia tujuh tahun ini memang rajin sungguh membuat kerja rumah. Gelagatnya juga sudah persis klon diriku sendiri. Meskipun dia berbeza berbanding yang lain dia tetap juga menjadi kesayangam buatku dan juga Affan.

"Mama, Ayana jumpa something!" Aku memerhatikan anak gadisku yang berusia lima tahun itu berlari anak mendekatiku.

"Hey, si kecik naik hati - hati. Mama mengandung!" Kalut Ayyim berlari mendekatiku. Membantu adiknya naik di atas sofa lalu duduk disampingku. Sebaik sahaja duduk disebelahku, Ayana menghulurkan bingkai gambar itu padaku.

Eh, gambar ini.

"Gambar apa ni, ma?" Soal Ayyim tatkala melihat gambar itu.

Aku tersenyum.

Gambar ini gambar yang kami ambil kerana permintaan terakhir Rayyan. Gambar di mana aku, Affan, Rayyan, Zayyan, Raifa dan Afwan berpakaian sekolah menengah. Kata Rayyan meskipun dia tak berada di dunia ini lagi tetapi dia tetap akan berada di dalam hati kami dan biarlah kenangan yang kami lalui pada hari itu menjadi kenangan yang takkan mampu dilupakan oleh sesiapa pun diantara kami.

"Mama..." Pipiku yang  basah  terasa diseka Ayyim.

Aku memandang anak lelakiku.

"Kenapa mama menangis? Ayana, kan Abang Ayyim dah pesan jangan selongkar barang dalam bilik mama dan papa. Kenapa Ayana tak mahu dengar kata abang?" Ayyim sudah mula menegur.

Aku tersenyum.

Ayana mencebik.

"Alo, mana Ayana tahu. Ayana cuma nak cari buku untuk melukis".

Aku mengusap lembut rambut Ayana. Kemudian, aku mengusap lembut rambut anak lelakiku, Ayyim.

"Mama menangis bukan mama sedih. Mama menangis sebab mama rasa rindu dengan kehidupan dulu. Tapi, sekarang pun mama happy juga sebab mama dan papa dapat dua cinta yang tak ternilai". Kataku.

Aku memandang Ayyim yang memandangku.

Ayyim yang berbeza...

Aku cium dahinya. Kemudian, aku cium pula dahi Ayana.

Mengandung tiga bulan ini agak meletihkan. Tetapi, Ayyim selalu ada untuk menjaga aku. Dia betul - betul protective.

Eh, cakap pasal protective...

Aku melihat sekilas jam yang tergantung di dinding.

Hehehe...

Lambat lagi Affan nak balik.

"Sementara kita menunggu papa balik. Ayyim dan Ayana nak dengar cerita tak?" Soalku pada mereka berdua.

Ayyim melabuhkan punggung disebelah Ayana.

"Cerita? Nak!" Laju saja Ayana menjawab.

"Mama nak cerita kisah apa tu?" Soal Ayyim pula.

Aku mengetuk daguku seolah - olah sedang berfikir. Nakal mataku mengerling ke arah mereka berdua yang sudah kelihatan tak sabar mahu mendengar ceritaku.

"Affan, her protector?" Soalku.

"Affan? Bukan itu nama papa?" Soal Ayana keliru.

Ayyim turut memandangku hairan.

"Papa protector mama?" Soal Ayyim lagi.

"Shhhh. Nak dengar mama cerita atau tak? Kalau tak mahu mama cerita tak apa. Mama nak pergi tidur". Gertakku.

"Ehhh, nak!" Laju saja Ayyim menjawab.

Aku tergelak.

"Okey, begini ceritanya..."

AFFAN: Her Protector Where stories live. Discover now