1.47 // two-faced

1.4K 206 80
                                    

[#] the plot twist that you guys
never expected! enjoy! <3

Gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah itu. Ini kali kedua dia berada di dalam rumah itu. Pembantu yang menjemputnya sebentar tadi menjemput dia duduk di ruang tamu. Pembantu rumah itu berlalu pergi meninggal dia seorang diri di ruang tamu itu.

Segelas jus buah - buahan dihidangkan untuk dirinya. Dia hanya senyum nipis lalu menunduk hormat ke arah pembantu rumah itu.

" Kau dah sampai? " sapa seseorang dan dia pantas menoleh.

Gadis itu mengambil tempat di sofa sambil menunjukkan skrin telefonnya. Bibirnya mengukir senyuman kemenangan apabila membaca reaksi - reaksi pelajar sekolah itu. Ada yang menghujat dan ada juga yang menyukai berita itu.

" Apa lagi yang patut saya buat? Rasanya sampai sini ja persetujuan kita kan? Awak dah dapat malukan Jake dan Taeri depan semua orang. " soalnya sambil bermain dengan jari - jarinya.

" Betul. Kau dah buat semua kerja yang aku suruh tapi aku tetap tak puas. Kau yakin yang tak ada sesiapa syak kau? " soalan berbalas soalan membuatkan tekaknya terasa kering. Sudah tentu ada yang mencurigai dirinya namun dia berjaya mengawal riak wajahnya.

Katakan lah dia pandai berlakon. Dia lakukan ini untuk mengambil 'hak miliknya'. Sim Jaeyun ialah miliknya, dia yang pertama kali bertemu dengan Jake jadi lelaki itu sepatutnya miliknya. Bukan Taeri dan bukan juga gadis di hadapannya itu.

" Answer my question, Kwon Jia! "

" Tuan Sunghoon. Dia yang syak saya! " balas gadis itu dengan laju. Takut untuk mendengar gadis itu bersuara lantang kepadanya.

Sejak Jia mendengar berita tentang perkahwinan Jake tak ada hal lain yang dia fikirkan. Dia tidak dapat menerima kenyataan dan mencuba pelbagai cara untuk memisahkan mereka. Bahkan mereka cerita tentang keluarga Jake.

Tidak cukup dengan itu, Jia sempat mencuri gambar perkahwinan Jake dan Taeri sebelum berpindah ke rumah Sunghoon. Ketika bercuti di Jeju-do dia juga yang memberitahu tempat dan rancangan yang Jay telah siapkan.

Gadis itu bangun dan mendekati Jia lalu sekelip mata pipi Jia ditampar dengan kuat.

PPANG!

" Bodoh! Aku suruh kau hati - hatikan! " rambut Jia ditarik sebelum dia menolak tubuh gadis itu ke atas lantai. Kemudian dia terus melangkah ke biliknya meninggalkan Jia seorang diri di ruang tamu.

Jia mengetap bibir, " Shin Yuna, kau yang bodoh sekarang ni. "

¦

Jieun mengeluh nafas kerana dari tadi Jay tidak melepaskan pinggangnya. Dia mahu memasak sesuatu untuk Jay tetapi lelaki itu malah mengganggunya. Jieun bahkan sukar untuk bergerak ke kiri dan kanan.

Semalam Jieun bermalam di rumah Jay kerana Puan Park tiba - tiba ada hal di butik manakala Tuan Park berada di Brunei. Jadi dia seorang diri dan Jay meminta Jieun untuk bermalam di rumahnya.

" Jay, lepaslah nanti kita mati kelaparan macam mana? Bagi aku masak dulu, hmm? " ujar Jieun sambil mengalihkan lengan Jay dan melangkah ke sinki. Namun Jay tidak mengalah dan kembali memeluk Jieun dari belakang.

Sejak semalam dia tidak boleh berpisah dari Jieun. Dia mahu gadis itu berada di dalam pelukannya sahaja.

" Jay! "

" I can't being apart from you, baby. Guess you're my new remedy. Biarlah kelaparan pun asalkan aku ada kau. " bisik Jay dan menyembunyikan wajahnya di ceruk leher Jieun.

Dia menghidu haruman dari tubuh Jieun dan mengecup bahu gadis itu lembut. Nafas hangat Jay membuatkan pergerakan tangan Jieun terhenti. Dia menoleh memandang Jay dan lelaki itu memberi senyuman nipis sebelum menyatukan bibir mereka.

Jieun ketawa kecil, rasa marahnya hilang begitu sahaja. Sah dirinya sudah jatuh hati pada Jay begitu dalam.

" I love you, Jieun. Will you stay here by my side forever? " bisik Jay lembut.

Jieun tidak tahu mahu memberi jawapan apa terhadap Jay. Perkara yang diminta oleh Jay itu agak sulit untuk dia tunaikan. Jika dia ego kemungkinan besar hidup Jay akan berada dalam bahaya. Bibir digigit berkali - kali sambil menunduk.

" Jay—aku tak pasti tentang tu. But i'll try my best because i feel the same too. I can't get away from you. " balas Jieun sambil menahan air matanya dari mengalir.

Jay lantas menarik tubuh Jieun ke dalam pelukannya. Dia menenangkan Jieun yang tiba - tiba sahaja menangis itu. Adakah dia terlalu memaksa? Atau Jieun cuma rasa tertekan dengan permintaannya itu?

Dia cuma mahu seseorang yang jujur terhadap dirinya. Jay tidak mahu disakiti lagi seperti apa yang Jake dan Taeri lakukan. Setelah tangisan Jieun mereda Jay tidak melepaskan pelukan itu sebaliknya dia mencium dahi Jieun.

" Aku tak paksa kau. Cukup kau tahu tentang perasaan aku dan jujur tentang perasaan kau. Arra? " Jieun mengangguk perlahan dan memeluk tubuh Jay semula. Kali ini pelukan Jieun lebih erat berbanding tadi.

Pada masa itu seorang wanita anggun memasuki kawasan dapur. Automatik wanita itu bersuara dengan kuat menyebut nama anaknya.

" Park Jongseong! "


+ next chapter is more challenging 😋

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now