"Don't worry, I'll take his place"- Fated to love you -
____________________[ hospital ]
Chan berjalan mundar-mandir dihadapan dewan pembedahan sementara puan Heo sedang menanggis teresak-esak di salah satu kerusi.
🎞🎞🎞🎞
Beberapa minggu telah berlalu, sepanjang minggu itu, Chan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga hyungnya. Dia juga mahu eommanya berehat daripada menjaga hyung kerana dia enggan eommanya jatuh sakit.
Sehingga tibanya suatu hari yang tak disangka-sangka, Jun akhirnya tersedar dari koma.
🎞🎞🎞🎞🎞
"Hyung..hyung tengok chan bawak apa. Jjang~"
Chan mengeluarkan bekal yang disembunyikan dibelakangnya. Chan tersenyum riang kearah hyungnya.
Bekal itu kemudiannya dibuka, Chan mengaut nasi itu menggunakan sudu lalu disuakan kearah Jun."Hyung kene makan bekal ni tau, ini arahan permaisuri eomma."
Tidak semena-mena, pergelangan tangannya tiba-tiba digenggam oleh Jun. Hyungnya memandang dengan dahi yang dikerutkan. ekpresi wajah yang serius itu membuatkan Chan tiba-tiba diserang rasa hairan.
"Chan tahu tak hyung mimpi apa?" Itulah butir bicara yang dituturkan oleh Jun.
"Err.. Mollaseoyo"
"Hyung mimpi Chan jumpa dengan Kim SuA. Pada masa yang sama hyung hanya melihat korang dari jauh"
Chan melopong tak faham, siapakah gerangan yang bernama 'Kim Sua' ni? Yeochin dia ke?
"Mustahil lah. Itu kan mimpi je hyung.. Hyung tak perlulah risau"
"Ani, hyung rasa ini pertunjuk.." Ujar Jun. "Andai kata hyung dah takde nanti, Boleh tak hyung nak Chan tolong jagakan eomma.. Dan Tolong comfortkan SuA kalau dia sedih nanti. Bagitahu kat dia yang hyung minta maaf, and hyung sayangkan dia."
Chan melihat kearah Jun sambil mengerutkan dahinya. Apa yang Jun merepek ni? Orang lain tersedar dari koma sepatutnya motivasikan diri dengan positif thinking.. Tapi dia ni..
"Kyah Hyung cakap apa ni?! Chan, eomma.. Semua nak tengok hyung sihat dan kembali menjalani hidup macam biasa. Dan saya pasti orang yang hyung panggil 'sua' tu pun nak lihat hyung sihat semula. Hyung tak boleh berputus asa macam ni!" Nada Chan sedikit tinggi.
Jun kemudiannya tersenyum nipis, Dia tahu dongsaengnya tak suka dia bercakap hal yang merepek.. Lagi-lagi soal mati. Perlahan-lahan dia mengusap ubun-ubun Chan lalu mengusutkan rambut dongsaengnya itu.
"Aigoo.. Cubalah jadi namja sikit, jangan nak emosi sangat. Mestilah hyung takkan berputus-asa" ujar Jun, dia ketawa kecil.
🎞🎞🎞🎞
seminggu kemudian..
Chan menghirup secawan teh panas sambil melontarkan pandangannya keluar tingkap. Seminggu telah berlalu, pergi bersama-sama memori terakhir Chan dan Jun di hospital sebelum Jun meninggalkan mereka sekeluarga.
Di suatu saat, Pancainderanya melihat sejenis burung merpati putih yang hinggap berhampiran tingkap. Seolah-olah sedang mendengar dan memahami perasaan Chan.
Chan pun mencapai camera polaroidnya lalu dia menangkap gambar merpati itu.'TING TONG!'
Bunyi loceng pintu yang ditekan mengejutkan Chan.
'TING TONG'
'TING TONG'
'TING TONG'
'TING TONG'
Loceng itu ditekan berkali-kali, entah siapalah yang tak reti nak bersabar tu. "Ye,ye.. Datang ni" laung Chan sambil tergopoh-gopoh mengatur langkah.
'TING TONG'
'TING TONG!!'
Chan pun menarik daun pintu, dan...
"Heo Jun!!!" Tidak semena-mena yeoja yang terpacul dihadapan pintu itu memeluk Chan. "Saya ingatkan neo dah takde" yeoja itu menanggis.
YOU ARE READING
Fated to love you || HC × SUA
Hayran KurguIanya bermula bila abang kembar aku meninggal dunia sebab kemalangan. Yeojachingu dia tiba-tiba muncul dalam hidup aku dan fikir aku ialah namjachingu dia. Tapi, setiap kali aku lihat senyumannya, aku dengar suaranya, aku tatap anak matanya.. ianya...