Assalamualaikum smua, SYUKUR ALHAMDULLILAH.
APHONIC akhirnya telah diterbitkan di bawah syarikat penerbitan Fajar Pakeer.
Jadi, Sis ingin berkongsi berita gembira ini kepada semua. Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli Novel Aphonic, korang boleh dapatkan di pasaran ! Cuma tunggu bberapa minggu sblum stock bku trsbut disusun di rak2 kedai bku di luar sana. Antara kedai bkunya ialah SMO, Popular dan sebagainya.
Kalau korang nak dapatkan secara online juga boleh. Korang boleh order di shopee . Just type Fajar Pakeer atau Aphonic Hyun Yunzz di shopee.
Jalan cerita Aphonic #1 agak berbeza dari wattpad.
Apa2 pun thank u smua yg setia bersama sis Hyun walaupun sis Hyun hiatus sebentar kerana urusan lain huhu. Love u all.
_________________________________
APHONIC
#FAJARPAKEER
#hyunyunzzAPHONIC
Sem. Malaysia RM26.00
Sabah/Sarawak RM29.00🛒PRE-ORDER di SHOPEE
🔖 Titisan darah yang ditembusi jarum bagaikan jurus dalam diam tanpa gerak, menembusi jiwa yang kealpaan. #kapsyen #FP #APC
✨✨💕✨✨SAM mengerling Amanda yang berada di belakangnya. Gadis itu masih ketakutan. Bagaimana dia mahu membawa sepupunya itu keluar dari situ dengan selamat?
Sam tiba-tiba teringatkan sesuatu. Gelang peranti di pergelangan tangannya dicabut lalu disarungkan ke pergelagan tangan Amanda.
“Apa ni?” soal Amanda.Sam tersenyum. “Jangan tanggalkan gelang tu,” nasihat Sam lalu kepala Amanda diusap perlahan.
“Kau nak… nak per… pergi ma… mana?” Tergagap Amanda menuturkan kata. Dia masih ketakutan dan trauma. Dia tidak mahu Sam meninggalkannya.
“It’s okay, kejap aje. Kau duduk sini diam-diam, jangan pergi mana-mana. Janji?”
Pada mulanya Amanda berat ingin melepaskan Sam pergi, namun apabila melihat senyuman yang diukir oleh Sam, Amanda terus bersetuju dan mendengar kata.
Sam terus keluar dari bilik guru itu. Pintu dibiarkan terbuka. Mengapa? Jika dikunci, sudah tentu penjahat syak bahawa ada orang di dalamnya. Lebih baik dibiarkan terbuka, seolah kawasan itu sudah dijejaki.
Sam membetulkan uratnya. Kerjanya bakal bermula.
SAM memerhati dua orang penjahat yang sedang menceroboh kelas di hadapannya. Tanpa berlengah Sam mengeluarkan pistol kecil yang diselit di tepi pinggangnya dan dengan pantas menembak mereka.
Sam kemudian bersembunyi di balik dinding berdekatan kawasan itu apabila terdengar bunyi tapak kaki di tingkat atas. Jam yang ada di dinding dilihat.
Tap! Tap!
Setelah yakin bunyi derapan tapak kaki itu mendekat, Sam terus berpusing dari tempat persembunyiannya dan melepaskan tiga tembakan ke arah tiga orang penjahat yang sedang menuruni tangga. Ketiga-tiganya mengena tepat di dada masing-masing.
Sam kemudiannya menuju ke tingkat atas melangkah penjahat yang telah terbaring kaku. Tingkat atas sekali blok sekolah itu diperhati tajam. Sam mengelak dari semua CCTV. Dia tidak mahu jejaknya dikesan.Penjahat-penjahat yang diarahkan mencari pelajar yang hilang dikalahkan oleh Sam dengan sekelip mata. Mereka dibunuh tanpa belas. Dia sudah lali dengan semua itu.
Isaac yang berada di dewan menjadi keliru apabila tidak menerima sebarang laporan daripada ahli-ahli yang berada di sekitar blok sekolah. Apa yang terjadi?
🗡️💣🗡️💣
“TOLONG…!!!”
Terkejut Lissa dan Charol mendengar jeritan perempuan yang jelas kedengaran dalam bilik persalinan itu.
“Weh suara siapa tu?!” Charol mulai cemas. Tanpa berfikir panjang, Lissa terus mencari arah datangnya suara tersebut. Di setiap lorong loker pelajar perempuan mereka berdua mencari.
“Lissa, jomlah panggil orang lain. Aku tak beranilah do.” Titisan peluh menitis dari dahi Charol.
Lissa tidak mengendahkan kata-kata Charol. Dengan perlahan dia melangkah. Tinggal satu langkah sahaja lagi…
Charol terkejut lalu menekup mulutnya. Air matanya hampir mengalir melihatkan seorang pelajar perempuan yang terbaring dengan darah mengalir laju dari perutnya. Pelajar perempuan itu memegang perutnya menahan keperitan. Darah dari mulutnya juga mengalir tidak berhenti. Percikan darah di sekitar gadis itu menimbulkan rasa kurang senang Lissa. Dia cuba mendekati pelajar perempuan itu.
Pelajar perempuan itu teramat lemah tetapi masih menyedari kehadiran mereka berdua.
“To… tolong…” Perlahan sahaja suaranya.
Lissa cuba membantu pelajar itu untuk duduk namun pelajar itu menjerit kerana rasa pedih yang melampau.
Lissa dan Charol memandang sesama sendiri kemudian Lissa memandang pelajar itu semula.
“Kau nak kita orang buat apa? Kita orang tak pandai nak rawat orang,” jawab Lissa risau.
Pelajar perempuan itu menunjuk ke arah beg galas berwarna pink miliknya. Charol terus mencapai beg tersebut.
“Aku rasa ada something dalam beg ni yang boleh tolong dia,” kata Lissa.
Charol dengan pantas mencari sesuatu yang dikatakan Lissa. Kelihatan ada sapu tangan yang panjang dan beberapa bahan suntikan berserta bekas-bekas berisi cecair berwarna biru dan hijau.
Cecair apakah itu?“Cu… cucuk…” Bergetar suara pelajar perempuan itu menahan kesakitan.
Lissa cemas. Charol pula memerhati yang mana satu perlu dia suntikkan pada pelajar itu. Cecair yang mana?!
“Bagi aku,” ujar Lissa. Tanpa berfikir panjang, dia memilih cecair berwarna biru. Jarum suntikan menyedut cecair tersebut dan terus dia suntik lengan pelajar perempuan itu.
“Kau biar betul.” Charol cemas melihat Lissa yang memilih cecair biru itu tanpa berfikir panjang.
Lissa memandang Charol. “Percayakan aku.”
Charol terus diam setelah melihat pandangan Lissa yang seperti mengetahui sesuatu.
Pelajar perempuan itu terus tenang setelah menerima suntikan cecair biru itu, Darahnya serta-merta berhenti mengalir. Mukanya terus nampak tenang.
Dia membetulkan kedudukannya dengan sendiri. Dari baring dia terus duduk. Lissa dan Charol terkejut dengan perubahan itu.
Cepat betul budak ini sihat?!“Thanks sebab tolong aku,” ucap pelajar perempuan itu lalu tersenyum memandang Lissa dan Charol.
Pelik Lissa dan Charol memandangnya. Hebat betul ni!
“Kenapa kau boleh jadi macam ni?” soal Charol.
Pelajar itu mengeluh. “Hmm kena tembak.”
Bukan main terkejut lagi dua minah itu. Pelajar perempuan itu hanya tersenyum melihat reaksi mereka. Ditembak? Itu bukan satu perkara biasa!
“Tetapi…”
💔🤍💔🤍
Kelihatan polos, tetapi di sebaliknya tertanam kekejaman yang mendominasi, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis.
YOU ARE READING
APHONIC #3 (Crawford) ✓ -PREVIEW- (DITERBITKAN)
AksiKill people is fun. -Roxy Skye ___________________________ Terbitan : Fajar Pakeer Penulis : Hyun Yunzz (Jalan cerita di dalam wattpad tidak sama seperti di dalam novel) Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilang sejak munculnya kenyataan yang menyakit...