Prolog

134 14 0
                                    

Flashback on

7 Tahun yang lalu

Terdapat seorang budak lelaki memakai topi dino berwarna oren berumur 10 tahun sedang berjalan² dengan adik kesayangan di taman

Seorang budak berumur 6 tahun berjalan memegang tangan lelaki bertopi dino oren sambil memakan aiskrim yang dibeli oleh abangnya itu

"Sedap tak aiskrim tu Hali?" Lelaki bertopi dino oren itu bertanya kepada adiknya yang memakai topi berwarna hitam merah

'Hali' memandang lelaki bertopi oren lalu menjawab " sedap! Nanti kita beli lagi tau bang boy! " Lelaki yang dipanggil 'bang boy' tersenyum melihat gelagat adiknya ini

"Jangan lupa adik² kamu yang lain, takut merajuk pula...kamu dapat aiskrim dan mereka tak dapat" kata 'bang boy' kepada 'hali'

*Pada keesokan harinya*

-6:30 pagi-

Lelaki bertopi oren yang digelar 'bang boy' itu bangun dari tidurnya.Dia mencapai tuala yang tersangkut di tempat penyidai tuala yang berada dalam biliknya itu.Lalu dia pergi ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya

Setelah selesai membersihkan diri dan solat.Dia turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan.Dia terkejut apabila melihat seorang lelaki tua sedang menyiapkan sarapan untuk dirinya dan cucu yang tersayang

'Bang boy' berjalan menuju ke lelaki tua yang sedang menyiapkan sarapan itu. "Tok aba biar boy yang buat, tok aba pergi berehat" kata 'boy' kepada lelaki tua yang digelarkan 'tok aba'.

"Takpe biar atok yang buat, ini pun dah nak siap" kata 'Tok aba'. "Ta-" baru sahaja 'boy' hendak berkata sesuatu terus dipotong oleh 'tok aba' "pergi kejut adik² kamu, nanti lambat pula diorang pergi ke tadika" kata 'tok aba dengan tegas.

'Boy' tidak ingin membantah kata² atoknya itu hanya menerimanya sahaja."Baik atok" kata 'boy' sebelum dia berjalan menuju ke bilik 7 kembar.

Skip

Selepas sahaja menghantar adik²nya ke tadika 'Boy' terus menuju ke sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis.Tanpa di sedarinya dia diikuti oleh seseorang remaja.

Di lorong pak Senin koboi selalunya sunyi tidak dilalu oleh penduduk dipulau Rintis ,kerana dikatakan tempat itu keras. Tapi tidak ditakuti oleh seorang budak lelaki iaitu 'boy'.'Boy' melalui lorong pak Senin koboi  kerana itu adalah jalan tercepat untuknya ke sekolah

Tiba² ada pisau menikam 'boy' dari belakang menyebabkan 'boy' jatuh tersungkur.Orang yang baru sahaja menikam 'boy' itu mengetawakan keadaan parah 'boy' dan berkata. "Ini adalah balasan yang telah ayah kau lakukan terhadap bapaku!". " Apa yang telah ayahku lakukan hingga kau tegar menikam aku" tanya 'boy'. "Hah! Mustahil kau tidak tahu! Kerana ayah kau! Bapa aku berada dipenjara!!!" Jawab budak yang menikam 'boy'  . "Ayah aku hanya melakukan tugasnya sebagai anggota polis" kata 'boy' . "Lebih baik aku pergi dari bercakap dengan kau! Tapi ingat adik²mu juga akan menjadi mangsa!" Kata budah itu dan berlalu pergi.

Tanpa disedari oleh pembunuh itu ada seseorang yang sedang memerhati dan mendengar semua perbualan mereka dari  kawasan yang gelap.Setelah si pembunuh itu pergi 'orang' ini pun berjalan ke arah 'boy' untuk membantunya.

'boy' melihat ada seseorang sedang berjalan mendekatinya tapi dia tidak melihat orang itu dengan jelas. Ketika 'orang' itu sudah berada di sebelah 'boy' baru dia tahu siapakah orang yang baru sahaja mendekatinya.Sebelum dia memejamkan matanya yang semakin berat 'boy' sempat berkata satu perkataan iaitu "Fang"

*Beberapa hari kemudian*

7 kembar seiras itu kelihatan sedih apabila mendapat khabar tentang abang sulung mereka 'menghilang' secara tiba². Sebahagian daripada mereka mengurangkan diri di dalam bilik tidur dan enggan untuk keluar.

Kembar sulung daripada 7 kembar itu ialah 'Hali' mula mengurungkan dirinya dalam bilik dan berubah. Walaupun bersikap tsundere dia selalu tersenyum untuk abangnya dan adik²nya tetapi senyuman itu menghilangkan dan digantikan dengan wajah tegang tanpa senyuman sedikit pun. Jika ditanya sesuatu akan dijawab dengan "hmm", jika dipaksa untuk menjawab 'hali' akan memarahi orang itu dan menyuruhnya keluar dari bilik itu dengan segera.

Flashback off

You are my light in the darknessWhere stories live. Discover now