CHP 15

1.1K 102 3
                                    

8:00 a.m.

Tepat pada jam lapan pagi Evilragazza keluar dari dorm dan menuju ke Academy's Cafeteria untuk mengalas perut.

Kaki ingin melangkah masuk tetapi terhenti apabila tiga jejaka juga ingin melangkah keluar dari arah bertentangan.

Mikayla mengangkat kepala.

Uwais.

Hazel dan Amanda di belakang hanya memerhati.

Dialihkan pandangan mata masing-masing dan teruskan berjalan.

The Bro's melangkah pergi daripada Evilragazza.

Mikayla teruskan melangkah manakala kembarnya mengikuti dibelakang.

Roti ikan bilis pedas diambil kemudian dibayar di kaunter.

Mereka bertiga duduk di satu meja di hujung cafe.

Cafeteria agak lengang pada waktu pagi, suasana di cafe itu tenang di temani music alunan piano Gone by Rosé.

" Kau okey tak ni?" Tanya Amanda.

Dia perasan muka Mikayla berubah walaupun tidak ketara.

" Okay je, kenapa kau tanya? "

Amanda geleng. Tahu kembarnya menipu tapi dia hanya menjawab

" Takde apa "

Roti sudah dihabiskan. Mereka kemudian menuju ke kelas sukan masing-masing.

*****

Sedang Mikayla berjalan ada dua pasang mata memerhatinya dari jauh.

Mikayla tidak sempat untuk pergi ke locker untuk mengambil selipar oleh kerana dia keluar dari kelas agak lambat.

Jadi dia terus sahaja pergi ke surau.

" Go, don't get caught "

Selesai menunaikan solat zohor berjemaah di surau, Mikayla keluar dan mendapati kasut sukannya tiada di tempat dia letak tadi.

Hazel di sebelah dipandang.

" Zel, kau letak selipar kau kat mana tadi?"

" Hujung sana " Jawabnya.

Mikayla berfikir sejenak.

Seingatnya, dia memang meletakkan kasutnya bersama selipar Hazel.

" Apasal ni?" Tanya Hazel hairan.

Dia hendak beredar dari surau. Kelasnya akan bermula beberapa minit lagi.

" Kasut aku do, hilang. Macam mana ni "

Hazel melihat sekeliling. 

" Kasut kau pakai pagi tadi ke? Grey ke? " Soal Hazel sambil mengingati kembali kasut milik adiknya.

Melihat Mikayla mengangguk, Hazel terdiam.

Kelihatan adiknya cemas mencari kasut kepunyaanya.

Kasut kegemarannya.

Mikayla pernah berkata kepadanya bahawa kasut itu lah yang paling dia sayang.

Setiap kali ada tournament, kasut itu lah yang dia akan pakai.

Hazel memegang bahu Mikayla.

Apabila terpandangkan mata Mikayla seakan berair, Hazel tergamam.

Terus digosok bahu itu.

" Sabar... jangan ikut sangat emosi tu. Kau ada kelas tak ni? Kalau tak boleh cari dulu " Kata Hazel.

Mikayla menunduk, kepala diangguk tanda ya.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now