Bunuh

31 2 0
                                    

Si gadis melangkah keluar dari kedai serbaneka yang dimasukinya sebentar tadi. Lega hati apabila barang yang dicari akhirnya dijumpai.

Tangannya memegang erat plastik hitam yang dibawa keluarnya tadi. Takut takut ada mata yang ternampak isi di dalam plastik itu.

"Alahai mati pula lampu jalan harini" gadis itu merungut geram. Seingatnya baru sahaja dua hari lepas lampu itu dibaiki tetapi harini mati pula.

Gadis itu menepis rasa takut dalam diri jauh jauh. Terpaksa diharunginya lorong gelap gelita demi sampai lebih cepat ke rumah.

Kakinya melangkah tidak laju tidak juga lambat tapi berhati hati, takut ada terpijak apa apa yang membahayakan diri dengan cahaya yang samar samar dari bulan.

"Haih, nasiblah ada kau bulan. Kalau tak, tak boleh balik lah aku" monolognya sendirian.

POMMMM

Bunyi yang kuat datang dari depan sana memeranjatkan gadis itu. Terpaku susuk tubuhnya bagaikan patung yang kaku.

"Ya Allah. Bunyi apa tu? Dengar macam bunyi tembakan" hatinya berbicara dengan mulut yang masih tertutup rapat.

"Siapa kau?! Siapa yang hantar kau?!"

Cepat cepat gadis itu menyembunyikan dirinya di sebalik kotak kotak yang disusun tinggi sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi jeritan marah yang tak jauh darinya.

Matanya mencari cari dari mana datang nya jeritan itu hinggalah matanya terpandang ke arah empat susuk tubuh yang membelakanginya.

"Tiada siapa yang hantar aku"

Susuk tubuh lelaki yang sedang melutut sambil memegang perutnya itu dipandang.

"Apa yang diorang buat?" Si gadis bersuara tapi perlahan. Cukup untuk didengari oleh dirinya sahaja.

"Penipu! Aku benci penipu" marah figura yang baru sahaja menengking lelaki itu tadi lagi manakala figura yang lain elok menyandarkan diri mereka di tepi dinding sambil menyaksi aksi free of charge di hadapan mereka.

"Ni tatu kau, ingat aku tak tahu siapa yang hantar kau?! Orang tua tu memang tak sedar diri ke?! Nak mati mati pun sibuk nak bolot barang orang!" Pedas kata kata yang dilontar oleh lelaki itu.

"Rumah kata pergi, kubur kata mari" lelaki yang menyandarkan dirinya di sebelah lagi rakannya itu menyampuk sambil ketawa sinis.

"Jangan buang masa hariz. Kita banyak kerja lagi" sampuk lagi seorang rakannya setelah lama mendiamkan diri.

Jadi nama lelaki yang dari tadi tak habis habis menjerit itu Hariz? Cantik nama tapi apa yang sedang berlaku?

"Aku pun dah malas nak buang masa dengan kau jadi mari aku tamatkan riwayat kau atau dengan kata lain BUNUH"

"Apa? Bunuh?" Membulat mata si gadis pabila perkataan bunuh didengarinya. Siapa mereka semua?

BAMMMM

Bergema satu lorong dengan bunyi tembakan. Jadi bunyi tadi yang didengarinya ialah bunyi tembakan? Jadi betulah sangkaannya.

Susuk tubuh lelaki yang melutut tadi akhirnya terbaring kaku dengan darah yang mengalir keluar dari kepalanya.

"Ya Allah" tanpa si gadis sedar. Kotak yang menjadi penghalang antara dirinya dengan jejaka di sana terjatuh dan sekaligus menarik perhatian para jejaka di sana atau PEMBUNUH.

"Siapa di sana?! Kau buat apa kat situ?! Keluar! Keluar sekarang!"

Mata si gadis membulat, jantungnya berdegup laju. Takut yang amat sangat dengan figura yang sedang memandang tajam ke arahnya sekarang.

"Ouh, perempuan . Kau buat apa kat sini? Kau dah dengar segalanya kan?"

Si gadis mengangguk laju. Terketar ketar tubuhnya dengan wajah yang menunduk. Tidak berani bertentang mata dengan susuk tubuh yang berada di hadapannya sekarang.

"Jadi tak ada sebab untuk aku tidak bunuh kau"

Bagai terhempas batu yang besar ke atas dirinya selepas sahaja mendengar bait bait kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Ya Allah. Dah sampai ajal aku ke hari ini ya tuhanku" hatinya berkata sayu.

Muncung pistol diangkat sehinggalah muncung pistol itu berada tepat di kepalanya.

Gadis itu memejam matanya erat bagaikan redha dengan apa yang akan berlaku ke atas dirinya selepas ini.

"Jatuhkan pistol itu Hariz" dingin bait kata yang keluar dari mulut jejaka bermata biru itu.

"But-"

"Do what i said Hariz"

Si gadis menghembus nafas lega pabila muncung pistol itu tidak lagi berada di kepalanya.

"Dan kau. Pergi sebelum aku ubah fikiran"

Si gadis mengangkat muka dan terus mata lelaki bermata biru itu menikam tajam matanya yang berwarna coklat cerah itu.

"Berambus"

Bagaikan tersedar dari fantasi, cepat cepat kakinya melangkah laju meninggalkan ketiga tiga orang jejaka itu dengan seorang mayat lelaki yang terbaring kaku di atas jalan raya.

Kakinya berlari sepantas yang mungkin sehinggalah dirinya selamat sampai dan mengunci pintu rumahnya. Peluh menitik jatuh dari dahi gadis itu. Kejadian yang amat malang sehingga membuat kan dirinya tekad untuk tidak melalui lorong itu lagi. Tak kira gelap atau cerah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AIDAN ADRYWhere stories live. Discover now