#Pertama sekali, maafkan saya jika cerita ini tidak menarik. Yang kedua, saya tidak akan tahu berapa lama buku ini akan bertahan. Yang ketiga, maafkan saya jika penggunaan ayat bertabur, saya tidak begitu mahir. Akhir sekali, cerita ini berdasarkan sebahagian daripada saya, perasaan, keadaan(??), cara berfikir dan lebih lagi(malas nak list kan semuanya).
Menyebalkan. Itulah yang pertama berada difikirannya apabila mengetahui SPM semakin mendekat. Secara jujurnya, dia, Izzan belum bersedia lagi. Sudahlah pelajaran di tingkatan 4 bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ingat pun hanya minimal sahaja. Aahhh... Teruklah...
'Maa... Lalu biarkanlah berlalu. Jangan banyak fikirkan tentang itu', ayat itu terulang-ulang kali dia ucapkan, apabila dia merasa jantungnya berdegup dengan kencang dan sukar untuk bernafas.
Dia masih ingat lagi, bila dia kembali ke sekolah selepas hampir setahun berada di rumah akibat Covid-19, alangkah seronoknya dapat balik ke sekolah. Tak payah nak duduk melonggoh atau baring kat katil. Namun kini, dia hampir rasa menyesal. Dia sudah tak mau balik kat sekolah. 'Mama! Saya nak berhenti sekolah sekarang jugak bolehkah?!'.
Mama kata tak boleh. Izzan pun tak sanggup nak bantah bila teringat ibunya yang bertubuh genit itu telah bersusah payah mencari uang makan untuk keluarga mereka bila sang ayah tidak mampu berdiri untuk masa yang lebih lama. Tapi, abah pula kata, tunggu hingga habis SPM dan bincang lagi tentang topik ini. Gembira sedikit rasa di jiwanya dan membuatkan dia tidak sabar untuk berhenti sekolah.
_______β
Kini sudah masuk satu bulan, Izzan kembali ke sekolah dan tinggal enam hari lagi untuk berpuasa lalu cuti raya selama seminggu.
Jam dinding sudah menunjukkan 5.56 minit pagi. Barang sekolah, baju sudah sedia, hanya tinggal untuk pakai sahaja. Sepatutnya, dia belajar tetapi tidak. Dia masih memegang telefon pintar miliknya. Sudah tahu SPM tahun ini, masih lagi tidak sedar diri untuk memanfaatkannya untuk belajar. Secara perlahan dia mengeluh dan sebelum menutup telefonnya, ternampak satu pesanan. Tanpa berfikir panjang, izzan ketik pesanan itu.
"Hmm."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di dalam kelas. 5 minit sebelum kelas bermula.Buat sekali lagi, Izzam menyesal dengan pilihannya. Dia lupa untuk membaca bab 5, buku teks sejarah, apabila gurunya sudah pesan awal-awal-awal lagi. Dia tahu, nanti dia dan 'rakan' sekelasnya akan di soal. Jika tidak dapat jawab! Habislah...
Tarik nafas, hembus. 'Aaaahhhh..... Biarlkan sajalah', itu yang difikirkannya sebelum mengeluh. 'Apalah nak jadi dengan aku? Kerja yang diberi tidak dilaksanakan! Arahan diendahkan. Aaahhh.....menyebalkan betullah!'.
Kereta api pemikirannya terhenti apabila guru yang disebutkan itu telah melangkah masuk ke dalam kelas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Di rumahnya Izzan
Izzan berdiri di hadapan cermin di kamar mandi miliknya sendiri, menanggalkan baju sekolah dan kain pembalut putih yang membalut tubuh pucatnya, terlihat beberapa parut lama dan salah satunya adalah panjang dari tengah dada hingga pinggul kiri. Memori-memori gelap terus menghantui pemikirannya, setiap kali dia menyentuh parut-parut itu.
"Izzan, tolong buang sampah! Dah penuh nie!".
Suara ibunya menyedarkan remaja itu kembali ke realiti. "Baik mama! Saya nak tukar pakaian dulu!". Dengan pantas dia membalut dengan pembalut yang baru dan memakai baju T-shirt hitam. Pakaian sekolah dan pembalut kain putih lama itu diletakkan di dalam bakul pakaian kotor.
YOU ARE READING
Hanya Remaja Normal
General Fiction#Cerita mungkin agak bosan #Tatabahasa mungkin kebanyakannya salah #mungkin membingungkan #atau tersangatlah lambat updatenya. Izzan hanyalah remaja berusia 17 tahun yang normal, mungkin parut-parut di tubuhnya yang abnormal. Tetapi itu bukan jadi m...