Aku masih buntu memikirkan isi surat yang aku terjumpa semalam.
Nak tahu apa yang tertulis?
" Annyeong Hansol, anak eomma yang kacak tampan bergaya. Eomma tahu, Hansol mesti baca surat ni masa eomma dah tak ada kan? Sebab eomma tulis beberapa hari sebelum eomma pergi.. "
" Minta maaf sangat sebab eomma tak bagitahu yang eomma ada penyakit. Eomma cuma tak mahu anak kesayangan eomma ni risau. Eomma minta maaf sangat - sangat ye sayang? Relakan pemergian eomma. Eomma tak mahu lihat anak eomma ni menangis. Eomma tahu anak eomma ni kuat. "
" Ermm Hansol, eomma nak bagitahu sesuatu. Hansol jangan terkejut tau.. Sebenarnya Hansol ada seorang kembar perempuan. Dah tiba masanya Hansol kena tahu tentang ni."
" Hansol ingat tak lagi yang Hansol pernah kemalangan dulu? "
" Kalau Hansol ingat, mungkin Hansol terlupa yang Hansol kemalangan sekali dengar kembar Hansol. Ya, Hansol ada kembar, tapi disebabkan Hansol koma, Hansol tak ingat apa - apa selepas itu. "
" Masa tu, appa kamu marah sangat sebab kembar Hansol, mengalami kecederaan yang teruk dan dia terus menerus menyalahkan kamu walaupun keadaan kamu juga teruk masatu, malah lagi teruk daripada keadaan kembar kamu tu. "
" Eomma buntu dan kami bertengkar. Eomma memang tak salahkan sesiapa, sebab eomma tahu itu semua ujian. Tetapi takdir mengubah hidup, Hansol. Appa Hansol telah mengambil kembar Hansol dan melarikan dia jauh daripada kita semasa Hansol masih koma, belum sedar lagi. "
" Katanya, dia tak mahu anak kesayangan dia tu, kena malang lagi apabila dengan kita. "
" Eomma tak tahu nak buat apa masa tu, jadi eomma lepaskan saja dan lepas kamu sedar, eomma takut nak bagitahu kamu yang sebenarnya kamu ada kembar sampailah kamu besar sekarang. Maafkan eomma ya, anak eomma. "
" Sekarang Hansol dah besar, Hansol berhak cari balik kembar Hansol tu. Eomma amanahkan Hansol untuk cari dia semula ya? Kalau Appa kamu marah, kamu masih berhak untuk berjumpa dengan kembar kamu dan lakukan apa sahaja cara untuk mencari adik kamu tu. Cuba berbincang dengan appa elok - elok bila dah jumpa dia nanti. "
" Eomma ada simpan beberapa gambar kamu dengan kembar kamu. Cubalah tengok tengok. Nanti lebih senang Hansol nak cari. "
" Terima kasih ya Hansol untuk segalanya. Eomma sayang Hansol, jaga diri yang sayang. "
Aku masih ingat lagi semalam aku terus mengesat air mataku yang mengalir di pipi selepas selesai membaca surat itu.
" Hansol.. Hansol tak marah pun eomma, tapi Hansol nak menangis. Kenapa eomma tak bagitahu nama kembar Hansol, kan senang sikit nak cari. Hiks-- "
Aku terus menangis lalu tergelak tiba - tiba. Kenapa rasa lawak lah pula.
" Aigoo eomma ni... "
" Tak apalah eomma. Hansol cuba, walaupun banyak halangan. "
" Appa.. Kita akan berjumpa kembali.. "
gumamku lalu memandang satu keping gambar yang ada kami berempat di dalam.- TBC -
YOU ARE READING
wish . vernon svt ✔︎
Fanficsebuah permintaan vernon yang mengarut . ⌕ vernon chwe shortstory fanfiction completed :: 20Apr 2021 @kmmtysh- , 2nd fanfiction