".. Itu sahaja laporan untuk minggu ini permaisuri."
"Hurm. Terima kasih Weston."
Weston mengangguk sahaja. Dokumen ditanganya, diserahkan kepada pendamping permaisuri Adrea Bellvania. Lelaki berambut putih, badan yang tidak terlalu tegap mahupun kurus, tersenyum halus padanya sebelum kembali berdiri disisi tuannya.
"Bagaimana pula dengan Heinz? Dia baik sahaja dengan Arielle?"
Adrea menyoal lembut. Wajahnya tetap muda namun lebih matang daripada zaman remajanya. Rambut violetnya juga sudah hampir menceceh pinggang dan dibiarkan lepas.
"Kalau fasal tu.."
BOOOOMMMMMM!!!
. . .
"Urghhhh.."
"Hehe. Beta anggap mereka dah agak rapat."
Heinz, lelaki bertopeng yang mereka jumpa di Angkasia beberapa bulan dahulu. Pada awalnya, agak sukar untuk dengar lelaki itu berbicara tetapi setelah lama meluang masa, dia sedikit terbuka. Lebih-lebih lagi kepada permaisuri dan Arielle.
Pun begitu, wajahnya tidak pernah dilihat oleh Weston atau Arielle. Kalau dulu, dia memakai topeng yang menutup seluruh wajah, kini hanya bahagian matanya sahaja ditutupi topeng. Juga, Permaisuri Adrea sahaja pernah melihat wajahnya bersama Alzer.
"He's a nice guy. You can trust him."
Itu lah kata-kata permaisuri setelah berjumpa denganya. Sebab itu juga Arielle sedikit demi sedikit cuba menerima kehadiran Heinz. Bukan kerana gadis itu percahayakan lelaki tersebut, namun kerana kata-kata permaisuri.
Apa sahaja yang bondanya katakan, Arielle sentiasa percaya dan akur.
"Rasanya.." Weston membalas sambil cuba menahan berang. Apa benda minah tu buat?!
Melihat wajah serigala muda itu, Adrea tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Weston mengingatkan dia pada seorang lagi werewolf yang kini senang bersama adiknya, Dazy. Nasib mereka agak sama kerana kedua-dua gadis yang mereka kenal agak 'sadis'.
"Kamu boleh beredar sekarang Weston."
"Baik tuanku permaisuri."
Kreuk.
Keluhan panjang terlepas daripada bibir mungil sang wanita. Alzer disebelah sedikit risau namun melihat senyuman permaisurinya, risaunya menghilang.
"Ada apa-apa yang tuanku mahu?" Soal Alzer.
"Tak apa. Saya baik sahaja. Cuma.." Mata Adrea terarah pada suatu sudut. Sudut yang terletaknya sebuah kristal seakan bunga. Salah satu kelopaknya sudah bertukar merah.
"Patut ke kita ambil langkah seterusnya?"
Alzer berdiam diri untuk seketika. Otaknya ligat berfikir.
"Bagaimana dengan Daze?"
"Ayah setuju jika kita mulakan."
Pandangan kedua-duanya beralih pada suara yang datang. Pada seorang lelaki berambut merah pendek. Wajah garangnya setiasa terpasang, namun matanya tetap lembut menatap sang anak.
"Ayah." Adrea bangkit daripada duduk dan menghampiri Daze. Tubuh lelaki itu dipeluk erat sebelum dileraikan.
"Bila balik?"
"Baru aje."
"Dazy dan Fenrir?"
"Ada di bawah sana. Jumpa anak kamu."
Adrea tarik sengih sebelum menggamit ayahnya untuk duduk di beranda istana. Alzer pula menghilang untuk membuat teh dua beranak tersebut, dalam masa yang sama, memberi ruang untuk mereka berbual.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...