1.55 // fortnight

1.4K 198 28
                                    

Sunghoon membuka matanya apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya. Dia mendengus kasar kerana tahu siapa yang berada di sebalik pintu itu. Gadis itu tidak henti mengganggunya.

Bunyi ketukan terhenti dan Sunghoon kembali melelapkan matanya. Namun beberapa saat kemudian pintu biliknya kembali diketuk dan sayup - sayup suara Jia.

“ Tuan Sunghoon? Waktu untuk sarapan. ” panggil Jia lagi entah untuk kali ke berapa. Tiada balasan dari dalam membuatkan Jia menghela nafasnya.

Jia mencuba sekali lagi, walaupun dia tahu yang dirinya akan dimarah teruk oleh Sunghoon. Dia tidak peduli kerana dia masih mengingati apa tugasnya di dalam rumah itu.

Pintu diketuk perlahan dan tidak sampai seminit pintu itu dibuka dari dalam. Muncul wajah sugul milik Sunghoon.

“ Tuan— ”

“ Kau memang tak faham bahasa ke? Aku dah cakap yang aku tak nak tengok muka kau lagikan? Nak aku guna cara dan bahasa apa untuk kau faham? Aku tak nak tengok muka kau! ” tengking Sunghoon sehingga muncul urat - urat di lehernya.

Jia menunduk memandang lantai. Rasa takut muncul semula apabila melihat sisi Sunghoon yang satu ini. Pandangan mata Jia jatuh ke arah balutan di kaki Sunghoon yang sudah kotor dengan darah.

“ Kaki Tuan luka lagi? Kenapa tak beritahu saya? Saya boleh cu— ”

“ Tak penting! ” potong Sunghoon lagi.

Jia mengetap bibir kuat dan dia menolak tubuh Sunghoon ke tepi. Dia melihat keadaan bilik Sunghoon yang mempunyai banyak kesan darah. Di atas lantai dan juga cadar.

Dia memandang Sunghoon semula namun lelaki itu hanya menjeling. Tanpa menunggu apa - apa Jia terus keluar.  Tidak peduli apa yang gadis itu lakukan dia baring semula di katil.

Jia muncul bersama sehelai kain dan semangkuk air bersih. Sunghoon mencelik matanya.

“ Tuan tolong bangun dan mandi. Selepas Tuan selesai mandi dan pakai baju saya akan cuci kaki Tuan dan tukar balutan. ” arah Jia tenang.

“ Kau tak payah peduli pasal aku, Kwon Jia! Aku tak perlukan kau dan arahan kau! Kalau aku nak mandi ke, makan ke, atau nak tukar balutan ke itu hal aku! Kau bukan sesiapa dekat sini! Sedar diri— ”

“ Ya! Saya sedar diri siapa saya dalam rumah Tuan! Tapi saya takkan biarkan Tuan dalam keadaan macam ni! ” tegas Jia dan itu membuatkan Sunghoon terkedu.

Wajah tekad Jia dipandang lama sebelum dia bangun dan menuju ke bilik mandi.

¦

Jia mencuci kaki Sunghoon dengan berhati - hati. Sesekali Sunghoon meringis ketika Jia tidak sengaja menekan lukanya. Sunghoon tidak tahu kenapa hati dia mudah jatuh pada kata - kata.

Walaupun begitu perasaan itu tidak dapat melawan rasa marahnya. Lukanya masih ada di hati Sunghoon.

“ Tuan kena hati - hati. Luka Tuan belum sembuh lagi kalau berdarah lagi nanti Tuan yang susah. Hampir seminggu Tuan tak sekolah. ” ujar Jia sambil menyapu ubat pada luka Sunghoon.

Jia tidak tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Tidak sakit ke kakinya bergerak ke sana sini? Dia mendongak memandang Sunghoon yang acuh tak acuh melayannya. Jia hanya senyum nipis.

“ Kalau luka Tuan berdarah beritahu saya. Jangan buat sa—maksud saya Tuan dan Puan mesti marah kalau saya tak jaga Tuan. ” tambah Jia lagi.

Sunghoon berdecit kesal, “ kalau takut kena marah jangan sibuk jaga aku! ”

Kakinya ditarik menjauh dari Jia namun gadis itu tetap berdegil. Kaki Sunghoon ditarik semula dan dia sambung menyapu ubat. Jia terus mengunci mulutnya. Tidak berani bersuara.

Jia juga tidak faham dengan perasaannya. Fikirannya juga kusut dengan apa yang jadi pada Yuna. Dia hilang kawalan kerana terlalu marah dan membuatkan Yuna terlantar di hospital.

Akhirnya dia membuat satu keputusan. Namun tiada siapa yang tahu lagi.

“ Tuan Sunghoon. Saya ada benda nak cakap. Boleh tak? ” soal Jia hati - hati.

Sunghoon yang sedang bermain telefon itu memandang Jia sekilas dan hanya mengangguk perlahan. Lawan pun tiada guna kerana Jia tetap akan bersuara.

“ Dua minggu akan datang ialah tempoh terakhir saya bekerja dengan Tuan. Erm, s-saya dapat tawaran sebagai pelajar pertukaran dekat— ”

“ Pergilah. Kau fikir aku kisah ke? Aku lagi suka kalau kau tak ada dekat sini! Buat semak mata aku ja tengok muka kau hari - hari! Hidup aku lagi bahagia! ” celah Sunghoon sinis.

Jia terkedu, ternyata lelaki itu benar - benar mahu dia pergi. Sebenarnya Jia ragu - ragu untuk menerima tawaran itu. Namun setelah apa yang Sunghoon katakan, tiada alasan lagi untuk dia menolak. Dia memang akan dihalau.

“ Saya beritahu Tuan dulu. Saya tak nak lah pergi tanpa beritahu nanti Tuan dan keluarga Tuan marah saya. Jadi saya harap selama dua minggu terakhir ni saya nak kaki Tuan sembuh. ” ujar Jia lagi.

Sunghoon hanya ketawa sinis. Suara tawa Sunghoon seolah - olah menusuk hati Jia. Jika sebelum ini dia tidak kecil hati namun sekarang dia benar - benar terasa.

Kata - kata Sunghoon masih segar di fikiran. Dia sedar siapa dirinya di rumah itu. Tidak kira sebanyak mana pun kebencian yang dia terima. Jia tetap menjaga Sunghoon.

Walaupun sekuat mana pun dia ditolak.

+ yea, sad ending for jiahoon
meh menangis sama - sama (╥﹏╥)

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now