6 ♡

161 24 40
                                    

Jisoo melangkah masuk ke dalam kedai runcit milik Mak Jinah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jisoo melangkah masuk ke dalam kedai runcit milik Mak Jinah. Dia baru saja habis mengambil upah menghantar kuih ke rumah orang. Sekarang, dia mahu mengambil upah membantu Mak Jinah pula.

Dia duduk di sebelah Mak Jinah di kaunter. Air botol dibuka dan diteguk laju. Haus. Kemudian dia termenung. Mak Jinah yang terpandang Jisoo itu terus menegurnya.

"Lisa buat hal lagi?" tanya Mak Jinah.

Jisoo menggeleng. "Tak adalah Mak Jinah. Itu Jisoo dah biasa." kata Jisoo lalu menundukkan kepala.

"Habis tu, kenapa kau termenung? Teringatkan ibu dan ayah kau?" soal Mak Jinah lagi sambil membetulkan tudung fesyen Yuna di kepalanya itu.

"Tak. Jisoo peliklah. Dalam bilik Jisoo tu ada balang untuk simpan duit kerja Jisoo. Tapi, pagi tadi dah hilang. Jisoo salah letak ke ha?" terang Jisoo. Mak Jinah mengangguk kepalanya.

"Entah-entah, Lisa yang ambil." kata Mak Jinah.

"Eh Mak Jinah! Lisa tak macam tu. Takkanlah dia nak curi. Mungkin Jisoo salah letak." bantah Jisoo. Selalu sangat bela adiknya itu.

"Jisoo, Mak Jinah ni bukannya nak menuduh bukan-bukan pada adik kau tu. Tapi, kau tengoklah dia buat kau macam mana. Tak mustahil dia boleh curi duit kau." jelas Mak Jinah.

Jisoo mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah luar kedai runcit Mak Jinah. Kata-kata Mak Jinah itu difikir berulang-kali.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki tinggi masuk ke dalam kedai Mak Jinah. "Hai Mak Jinah! Hai kak Jisoo! Air batu ada?" soal lelaki yang bernama Jungkook itu. Dia memang selalu ke sini. Ada saja benda yang dibelinya. Rajin tolong mak. Bagus, ciri-ciri suami.

"Ada, kat belakang."

👭

Jisoo duduk di ruang tamu. Dia masih lagi memikirkan apa yang Mak Jinah katakan tadi. Ada betulnya juga. Tak mustahil Lisa buat macam itu.

Jisoo mengerling ke arah jam dinding. Tepat pukul 6.30 petang. Sepatutnya Lisa dah balik pukul 2.00 petang tadi. Tapi, mesti dia melepak dengan Rosé dan Jennie. Jisoo mengeluh dan setia menunggu Lisa.

Beberapa minit kemudian, pintu rumah dibuka dengan kasar. Lisa masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Jisoo.

Jisoo menahan Lisa. "Lisa, unnie nak tanya."

Lisa mendengus. "Kau ni nak apa lagi eh? Tak sudah-sudah menyusahkan aku!" kata Lisa.

Jisoo mendekati Lisa. "Lisa ke yang ambil duit dalam balang unnie?" tanya Jisoo terus.

Lisa memusingkan badannya terhadap Jisoo. Matanya membulat. "Be-berani kau nak tuduh aku eh?! Kau dah la menyusahkan hidup aku, lepas tu kau fitnah aku curi duit kau!" tengking Lisa.

"Unnie tanya Lisa je. Unnie tak tuduh Lisa. Sebab unnie percaya Lisa tak macam tu. Lisa baik." kata Jisoo cuba untuk melembutkan hati Lisa.

"Dah kalau kau tau aku ni baik, kenapa kau tuduh aku?! Tak cukup tadi buat aku lambat?!" marah Lisa. Jisoo mendiamkan diri.

Lisa menarik rambut Jisoo. "Kau dengar sini eh, sebab kau la aku kena turun kelas! Kau dengar tak ni?! Sebab kau!" jerit Lisa lalu melepaskan rambut Jisoo. Dia berjalan laju masuk ke dalam bilik.

👭

Nah chapter 6, nanti update lagi esok 🙉

✅ She Is A Gift • Lisa & JisooWhere stories live. Discover now