Bab 21

90K 4.7K 1.1K
                                    

INARA memandang perempuan di hadapannya dengan muka bersahaja. Apa lagi yang Maya mahu bincang dengan dia sehingga ajak berjumpa..

"Aku..."

"Aku nak minta maaf." sebaik sahaja kata-kata tersebut meluncur keluar dari bibir mulut Maya, Firdaus di sebelah Inara terus menghamburkan ketawa yang amat kuat.

Mimpi apa perempuan ni?

Laju sahaja Inara mencubit lengan Firdaus. Ini yang aku tak nak bawa dia ni!

"Mesti korang ingat aku ni dah gila kan? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba minta maaf.. Aku cuma rasa dengan cara ni sahaja aku boleh hidup bahagia dengan Farhan."

Inara mengganguk faham manakala Firdaus menekup mulutnya menahan tawa yang bakal meletus bila-bila masa sahaja.

"Hish! Kau pergi lain lah Fiffy! This is women's talk.."

"Habistu ko nak cakap aku jantan ke?"

"Memang kau jantan pun kan?!" Menyirap betul Inara dengan Firdaus. Orang nak berbual dengan lebih serius tetapi boleh pula dia pergi ketawa. Hanat!

"Fine!" Firdaus bangun meninggalkan Inara dan Armaya berdua-duaan.

Kepala ditolehkan kebelakang dengan hati yang berat. Terasa seperti diekori daripada tadi sebab itulah dia mengambil keputusan untuk terus temankan Inara.

"Sebenarnya, Han dah cakap yang dia tak suka kau tapi aku tak percaya. I have trust issues, Inara. Aku takut kalau aku percayakan dia, aku yang kecewa.."

"Aku faham.."

"Dan sumpah aku langsung tak ada niat nak rampas Adrian daripada kau.. Takkan semudah itu sahaja aku mahu lepaskan Farhan selepas bertahun kami bercinta. Aku minta maaf." Akhirnya Maya luahkan semua yang terbuku di dadanya.

Sepanjang dua minggu ini, dia rasa bersalah kerana tidak mempercayai Farhan. Dia jumpa Inara hanya untuk berdamai. Dan sekarang barulah dia dapat rasai ketenangan.

"Benda ni bukan seratus peratus salah kau, Maya.. Aku pun bersalah. Kalau dulu aku tak tergedik-gedik dekat Farhan mungkin semua benda ni takkan jadi.." Inara mengaku dulu ketika menuntut pelajaran di luar negara, dia yang banyak mendekati Farhan walaupun sudah jelas-jelas lelaki itu tidak menunjukkan minat terhadapnya.

Kini baru dia tahu kenapa Farhan sering menolak dirinya. Kerana Farhan sudah ada Maya di dalam hati.

Dan sekarang, dia juga sudah ada Adrian Khalaf.

"So..We're good?" Tanya Inara.

"Good.." Maya tersenyum. Entah mengapa dia rasa tenang selepas dia membuat keputusan untuk mempercayai Farhan dan meminta maaf.

Beberapa minit selepas itu, Firdaus kembali dengan sebekas aiskrim.

"Say sorry.." Kata Inara kepada Firdaus.

"What? Why?"

"Kau tolak dia masuk kolam kan haritu.."

Teringat pula kejadian di majlis ulang tahun kelahiran Sarra beberapa malam lepas. Firdaus dengan bangga dan tidak bersalahnya menolak Maya ke dalam kolam. Haih!

"Err- Dia macam ni aku sebenarnya tak nak tolak Maya pun tapi masa tu aku nak lalu lepastu aku rasa macam dia block jalan aku jadi aku buat keputusan yang drastik dan bijak untuk langgar sahaja dia. Tapi badan dia tu kurus sangat sekali aku jentik macam tahi cicak memang melayang lah jawabnya!" Jarinya mula dijentik ke udara seakan-akan sedang menjentik tahi cicak.

His Eternal Love Where stories live. Discover now