Keesokkan harinya, Ikram pergi ke sekolah dengan niat nak meminta maaf kepada Ain atas apa yang berlaku semalam. "Hari ini aku kena minta maaf dengan Ain sebab buat dia terasa semalam."
Ikram mula bersiap - siap diri untuk pergi ke sekolah.Ikram memgayuh basikalnya untuk pergi ke sekolah.Sesampainya, Ikram di sekolah,Ikram bergegas lari ke kelas untuk berjumpa dengan Ain.
"Ehh! Mana Ain ni, tak sampai lagi ke Ain ni hmmm..."Ikram mengeluh dalam hati.Ikram menunggu beberapa minit sambil berharap Ain datang ke sekolah.
"Weyyy dah pukul berapa ni, takkan hari ini dia tak datang sekolah kut."Ikram berasa gelisah.
Cikgu Oda pun datang ke kelas, "Semua bangun...Asssalamualaikum cikgu".Alif bangun dan memberi salam ke Cikgu Oda.
"Waalaikumussalam, okey semua dipersilakan duduk...baiklah semua, hari ini kta sambung pelajaran minggu lepas ye...ouh sebelum itu, saya nak beritau Ain tak dapat hadir hari ini..ayahnya beritahu bahawa anaknya Ain tidak berapa sihat."
Ikram terkejut bila mendengarkan cikgu Oda berkata sebegitu... "maknanya hari ini aku tak dapat jumpa Ain lah ni", Ikram berasa amat sedih.
Sepanjang hari Ikram di sekolah, Ikram hanya mengelamun dan tidur, pada waktu rehat pula Ikram tidak turun makan..hanya duduk di dalam kelas.
"Weyy kau tak nak turun makan ke?" tanya ketua kelas Ikram iaitu Alif. Ikram sekadar menggeleng kepala, tanda tidak mahu makan.
Sementara itu, Ain di rumah berseronok dengan membaca novel sambil dengar lagu. "Wahhh hari ini hari yang paling bahagia dalam hidup aku, bukan selalu dapat time - time macam ni AHAHAHAHAHAH" Ain gelak besar selepas bercakap macam tu.
Beberapa detik kemudian, Ain teringat kepada Ikram. "Haihhh dah dah ni time cuti ni...fokus kat diri sendiri.Ain sambung membaca novel yang diminati itu.Kringggg...loceng di sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu pembelajaran.Ikram bangun sambil memikirkan sesuatu "macam mana kalau hari ini aku pergi ke rumah Ain...tapi Ain kan tak sihat, aku takut kalau aku pergi nanti aku ganggu Ain...hmm takpelah aku jumpa dia esoklah... Harap-harap dia datang sekolah esok aamiin."
Ikram pulang dari sekolah, setibanya Ikram di rumah..Ibunya Rosmah sudah pulang ke rumah setelah seminggu pergi outstation. "Ibu!...ibu dah balik" Ikram memeluk ibunya dengan erat.
"Lamanya ibu pergi,Along rindu sangat dengan ibu,ibu tahu tak" Ikram monyokkan muka dia didepan ibunya.
"Oloh - oloh anak ibu ni, manjanya...ibu pergi seminggu je..ibu ada kerja sayang...ni kan semua demi along juga...siapa nak cari makan kalau bukan ibu".
"Yelah - yelah tapi along memang betul - betul rindu macam setahun tak jumpa." Ibunya tersenyum mendengar perkataan itu keluar dari mulut anaknya.
"Dah - dah jom makan ibu masakkan makanan favourite along tau...sambal petai"
"Yeayyyy sambal petai...sedap ermmm" terpapar jelas muka gembira Ikram apabila mendengar ibunya memasak lauk kegemarannya.
"Jom makan..along dah lapar sangat dah ni hehehehe."Ikram terus menarik tangan ibunya ke dapur"Tak nak mandi dulu ke?" " nanti along mandilah along dah lapar sangat dah ni.
Ikram terus melupakan perihal Ain setelah kepulangan ibunya dan hanya bergembira pada hari itu.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU DALAM DIAM
Short StoryKisah ini menceritakan seorang lelaki yang bernama Ikram yang menaruh perasaan kepada seorang perempuan yang bernama Ain sejak dari zaman sekolah.Namun mereka terpisah selama setahun dan bertemu kembali di Universiti.Mampukah Ikram meluahkan isi hat...