Noah bangun dari jatuhnya. Bahu Mikayla dipegang.
" Listen here, calm down. Kenapa ni tiba-tiba marah aku? Aku tak faham lah "
Mikayla menepis tangan yang memegang bahunya.
" Dah buat salah lagi nak tanya aku kenapa aku marah? "
Noah menarik nafas cuba menenangkan diri.
Dia juga tidak suka dituduh begitu saja oleh Mikayla. Tanpa bukti dan apa-apa yang menunjukkan dia bersalah.
" Kenapa kau curi kasut aku? Kalau kau ada tak puas hati dengan aku, cakap depan muka aku ni sekarang, kita settle. Jangan buat aku terseksa macam semalam " Tukas Mikayla.
Mata mereka merenung sesama sendiri.
" Bukti aku curi kasut kau, ada?"
" Ada, tadi. Kalau aku sempat ambil gambar aku dah tunjuk depan mata kau " Jawab Mikayla.
" Apa buktinya?"
Mikayla senyum sinis.
" Kau datang sini jalan slow slow macam pencuri sambil pegang kasut aku tu kat tangan kau. Nak bawa ke mana? Letak dekat padang ni biar aku percaya ouhh rupanya aku tinggal kat padang semalam. Macam tu? Kan? Betul tak? Jawab la!"
Noah ketap gigi.
" Kau punya 'bukti' satu pun takleh pakai la. Tu budak punya cara, aku ni kut ye pun mencuri aku takkan pulang balik la "
Mikayla menunggu Noah menyambung kata.
" Aku jalan macam 'pencuri' yang kau cakap tu sebab aku taknak orang perasan aku ada kat sini. Aku menyorok and nak call kau guna instagram punya call nak cakap kasut kau ada dengan aku memandangkan kau tak reply and tak baca pun dm aku "
" Ahh alasan semua--"
Noah memberi kasut itu semula dengan kasar seolah menolak Mikayla menjauh.
" Aku paling pantang orang tuduh aku, kalau kau nak tau la "
Noah menarik nafas kemudian hembus.
Mata Mikayla dia tentang tiada perasaan.
" Aku yang jumpa kasut kau ni dalam lumpur semalam. Ye ada orang sabotaj kau tapi bukan aku "
Mikayla.. terdiam.
Noah berdiri di sebelah Mikayla dan berkata.
" I won't sabotage and even do anything bad towards you, Mikayla "
Kemudian dia melangkah pergi.
Mikayla tidak dapat mengeluarkan satu patah perkataan pun selepas itu.
Badan dipusing dan mata hanya melihat Noah berjalan keluar dari stadium.
" Mikayla! Buat apa lagi kat situ? Jom kita kena gerak dah ni " Puan Linda menjerit memanggil Mikayla yang jauh dari tempat berkumpul.
Akhirnya, Mikayla berlari ke arah ahli pasukannya berada.
Kasut kelabu itu dipegang erat di dada.
Sepanjang tournament itu berlangsung, gusar di hati Mikayla makin kuat.
Perasaan berasalah makin menghantui dirinya.
Fikirannya dipenuhi dengan lelaki itu.
*****
Pintu dorm dibuka.
"Assalamualaikum "
Hazel dan Amanda yang ralit menonton tv itu berpaling ke arah Mikayla yang baru sahaja pulang.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...