1.59 // farewell

1.4K 200 41
                                    

[#] this is jiahoon ending. i hope it's fair enough for you guys.

" Kamu dapat jadi pelajar pertukaran ke Amerika? Jadi esok ialah hari terakhir kamu bekerja dengan keluarga kami? " soal Tuan Park setelah selesai membaca surat yang diberi oleh Jia.

Jia mengangguk bagi jawapan kepada soalan itu. Dia sudah tetapkan pilihannya untuk menyambung pelajar di Amerika setelah tamat sekolah. Kemungkinan juga ini kali terakhir dia di Korea.

Dia sedar tiada lagi sebab untuk dia tinggal di sini. Semua orang sudah membenci dirinya jadi Jia tidak mengharapkan apa - apa walaupun dia mahu seseorang mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

" Baiklah. Saya benarkan kamu nikmati waktu - waktu akhir kamu di sini. Terima kasih sebab tolong jaga Sunghoon. " tambah Tuan Park.

Jia meminta diri dan dia mahu menghantar surat - surat yang lain kepada yang lain. Surat yang pertama ialah kepada Jieun kerana dia tahu yang gadis itu sibuk. Mungkin lagi dua hari baru dia tahu tentang surat Jia.

Kemudian Jia menghantar surat ke rumah Heeseung dan diikuti dengan rumah Jay lalu rumah Yuna dan akhirnya sekali rumah Jake dan Taeri. Alasan dia menghantar surat kerana Jia malu dengan sikapnya.

Jadi, dia mahu menghilang dari dunia mereka.

Jia tiba di rumah Sunghoon agak lewat namun dia tidak peduli. Tuan Park sudah benarkan dia menikmati waktu - waktunya sebelum dia pergi. Jia melangkah menuju ke biliknya namun ada seseorang menghalangnya.

" Tuan Sunghoon? "

" Appa cakap yang esok hari terakhir kau kerja. Hmm, baguslah! Tak perlulah aku nak hadap muka kau lagi. " balas Sunghoon santai tanpa mempedulikan perasaan Jia.

Bibir digigit apabila mendengar kata - kata Sunghoon. Walaupun hatinya sakit namun Jia benar - benar lega. Lelaki itu sudah membencinya jadi dia tidak perlu risau tentang Sunghoon lagi.

Jia cuba mengukir segaris senyuman untuk Sunghoon. Dia memandang Sunghoon yang sudah kembali seperti biasa. Kakinya juga sudah sembuh sepenuhnya.

" Aku harap aku tak akan jumpa kau lagi, Kwon Jia. Kalau kau nak pergi dari sini, pergi jauh - jauh sebab tiada siapa yang harapkan kau untuk kekal. " tambah Sunghoon lagi dan sekali lagi kata - katanya menyakitkan hati Jia.

" Saya tahu dan saya pun tak harapkan apa - apa. Ini keputusan saya dan jangan risau mungkin ini kali terakhir kita bersua muka. Saya... saya masuk tidur dulu. Selamat malam, Tuan! " balas Jia dan menunduk kepada Sunghoon.

Bersama tangisan yang ditahan dia langsung masuk ke dalam biliknya. Air matanya mengalir lebat di pipi dan mulut dicekup supaya Sunghoon tidak mendengar tangisannya.

Dirinya pernah terluka namun tidak sesakit ini. Dia tidak pernah sangka yang dia akan jatuh terlalu dalam terhadap Park Sunghoon.

¦

Tangannya ligat menyelesaikan soalan kira - kira di buku namun fikiran dan hatinya tiada di sana. Matanya juga berkali - kali melirik ke arah jam. Tanpa dia sedar yang pintu perpustakaan itu akan dibuka oleh gadis itu.

Sunghoon menghela nafas dan bersandar pada kerusi. Apa lagi yang dia harapkan setelah dia menyakitkan hati Jia dengan kata - kata kesatnya?

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Sunghoon kembali memegang pencil. Beberapa saat pintu terkuak dan muncul Jia yang sudah siap untuk bergerak. Sunghoon memandang sekilas sebelum sambung dengan kerjanya.

Jia mendekati meja Sunghoon bersama senyuman nipisnya. Sampai sahaja di hadapan meja itu Sunghoon langsung menyoal.

" Kau ada dekat sini lagi? Kau nak apa jumpa aku? " soal Sunghoon dingin namun Jia tetap dengan senyumannya.

Jia mengeluarkan sehelai surat lalu diletakkan di atas meja. Surat itu ialah surat terakhir. Dia sengaja memberikan surat itu kepada Sunghoon sebelum dia pergi. Dia tidak mahu berharapan tinggi.

" Ini surat untuk Tuan. Saya tak tahu kalau Tuan sudi baca atau tidak tapi saya harap yang Tuan baca. Saya tak tahu reaksi Tuan lepas baca surat tu tapi saya harap Tuan hidup dengan lebih gembira dan baik tanpa saya. " ujar Jia sambil tersenyum.

Dia memang tersenyum namun tiada siapa tahu betapa sakitnya hatinya. Sejak semalam Jia menguatkan hatinya untuk berjumpa dengan Sunghoon.

Tiada balasan dari Sunghoon membuatkan suasana sedikit kekok. Jia bersuara semula.

" Ini kali terakhir saya jumpa Tuan. Saya nak minta maaf kepada Tuan. Kesalahan saya memang tinggalkan parut di hati Tuan tapi saya tetap minta maaf. Jadi, maafkan saya. " tambah Jia lalu dia menunduk hormat agak lama.

Sekali tiada balasan dari Sunghoon. Dia menunduk sekali lagi sebelum melangkah pergi. Sebaik sahaja dia pusing air matanya langsung mengalir. Manakala Sunghoon memandang surat itu dan Jia yang semakin dekat dengan pintu.

Sunghoon mendengus sebelum dia bangun dan mengejar Jia. Tombol pintu baru dipegang namun Sunghoon terus menarik tangannya supaya mendekat. Apa yang Jia sedar ialah bibirnya bertemu dengan bibir Sunghoon.

Tidak peduli dengan reaksi gadis itu dia menggerakkan bibirnya. Tangan Sunghoon menahan tengkuk Jia dan mendalamkan ciuman itu. Jia hanya menangis dan membalas perlahan - lahan.

Ini pasti sebuah mimpi, fikir Jia. Namun ternyata tidak selepas Sunghoon meleraikan ciuman itu. Mata mereka bertemu dan Sunghoon menciumnya sekali lagi. Kali ini Jia langsung membalas.

" T-tuan Sunghoon— " gumam Jia.

" Aku lepaskan kau pergi. Pergi Jia dari hidup aku. Sejauh yang mungkin sampai aku tak dapat cari kau. Pergi dan jalani hidup yang lebih baik. Aku takkan cari kau tapi aku tunggu takdir temukan kita semula. " bisik Sunghoon sambil mengusap pipi Jia.

Sunghoon mengecup kedua - dua mata Jia dan menyeka air mata gadis itu. Dia tersenyum perit memikirkan keadaan mereka berdua.

" I'm letting you go. Till we meet again, my love. "


+ any comment?
sedih ke gembira dengan ending ni?
nash dah lama fikirkan ending ni.
rasanya ini paling adil

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now