Deras langkahnya, sambil memeluk erat tabung yang merupakan 'nyawa' baginya itu. Entah menuju ke mana, beliau sendiri tidak tahu ke mana arah tujunya, yang penting, beliau terlepas dari ditangkap 'Manusia Unique'.
Tam!
Beliau tergamam. Bunyi apakah itu ? Langkahnya terhenti. Telinganya mengenal pasti, bunyi seakan-akan ada seseorang merangkak di siling atasnya. Beliau mengundur, dua, tiga langkah sebagai tanda berjaga-jaga.
Tidak semena-mena, siling tadi runtuh! Terduduk beliau akibat siling keluli yang runtuh itu. Lidahnya kelu seribu bicara. Langsung tidak percaya. Anak matanya hanya meneliti lembaga di balik kepulan asap yang menutupi pandangannya itu. Tersirap darah beliau bila mengetahui siapakah lembaga di hadapannya itu.
" Clark Stein!," gugupnya, beliau bertinggung, sedia untuk membuka langkah. Lelaki yang dipanggil Clark itu menyeringai. Rambutnya berwarna lembayung, dan anak matanya yang kuning keemasan.... Ya! Dialah salah seorang 'Manusia Unique' dari lima puluh orang, salah seorang kanak-kanak yatim yang menerima Unique Cell, sel yang mengubah struktur dan DNA seseorang. Bibirnya digigit, geram.
" Profesor Asri, serahkan tabung berisi Unique Cell kepada saya...," arah Clark, tangan kanannya dihulur. Profesor Asri mencebik.
" Jangan harap!" ujarnya, penuh keyakinan. Tabung dalam pelukannya itu dieratkan, merapati dadanya. Clark mendengus.
" Sudahlah, menyerah saja...awak tidak mampu berbuat apa-apa...," ayat-ayat melunturkan semangat dilemparkan. " Semua penghuni di pusat ini dah MATI!, " kata-katanya ditegaskan.
Profesor Asri merengus. Nampaknya, Manusia Unique ini langsung tidak mensyukuri abiliti dan kebolehan yang dikurniakan oleh ayahnya, Profesor Dr. Hj. Hassan Omar, seorang lelaki merangkap saintis di Pusat Penyelidikan Victoria, Labuan yang juga merupakan Pusat dimana beliau berkhidmat itu telah mengemparkan dunia kerana penemuan dan penghasilan suatu unit sel yang mempunyai kemampuan untuk memutasikan sesuatu organisma dan mewujudkan organisma yang memiliki kuasa luar biasa. Beliau juga merupakan pencetus idea Unique cell. Tapi, sayang, orang paling terkemuka turut memiliki ramai musuh, dan beliau telah dibunuh semasa menghadiri Konvensyen Peng-klonan Induk Antarabangsa. Sungguh sadis kematian beliau.
Namun, bukan itu krisis yang beliau sedang alami kini, kini, beliau perlu berdepan dengan salah seorang Manusia Unique hasil kebanggaan ayah beliau! Kedengaraan sungguh sadis! Tetapi, inilah realiti! Api kemarahannya mula membara kerana pemberian ikhlas ayahnya itu disalahgunakan.
" Dasar tidak mengenang budi! ," hina Profesor Asri, Clark hanya berdiam diri, anak matanya yang kekuningan emas itu menusuk ke dalam ruangan pandangan Profesor Asri, hanya pandangan kosong tanpa isi!
" Ayah saya sudah memberikan kamu sel ini...dan kamu menyalahgunakannya untuk membunuh orang?! " bentak Profesor Asri, geram! Dia geram kerana dirinya, semua profesor yang ada di pusat ini terkorban! Kerana penyelidikannya, seluruh Pulau Labuan menerima padah! Dia marah! Marah pada dirinya sendiri!
YOU ARE READING
After Tommorow
Short StoryIni cerpen dia...Original story nanti aq buat tajuk dia...After Tommorow: Pre-BSVH, tunggulah je...bz skang ni..hehehe