Suatu ketika dahulu disuatu tempat,
Disebuah Bandar bernama Edersia Town,
Pemerintahnya ialah seorang gadis,
Sang puteri yang berusia empat belas tahun.
Sepuluh minit lagi....jam Durchess Alexendra yang berdiri megah di pusat Bandar Edersia itu bakal berdetik. Pusat Bandar mulai dibanjiri oleh manusia, kerana...tepat jam tiga, perlaksanaan hukuman pancung Puteri Lilith, pemerintah bandar berdarah itu bakal berlangsung. Suram saja...penontonnya pun berapa keratlah sangat?
Puteri Lilith dah pun ditiarapkan atas alat hukuman, kedua-dua belah lengan baginda sudah dikunci dengan rantai. Kepalanya dihidang bawah alat pemancung yang sejauh dua meter dari leher baginda, hanya menanti dilepaskan saja.
Desas-desus kedengaran bisikan rakyatnya, menusuk-nusuk gegendang telinga. Dipekakkan saja! Dia tahu, bisikan itu semua ditujukan, 'didedikasikan' khas untuknya. Pemerintah kuku besi yang membunuh rakyatnya dengan alasan tidak rasional.
Anak matanya hanya melemparkan pandangan kosong, tanpa rasa ketakutan, tanpa perasaan, tanpa apa-apa yang seharusnya dilahirkan, dia akur, menerima dengan terbuka tindakan rakyatnya dan Wazirnya yang tercegat di suatu sudut...yang dia sendiri tidak tahu di mana?
Ketika itulah, anak matanya meliar, melihat kalau-kalau dia datang? Orang yang pernah meninggalkannya ketika darurat,
Mana? Manakah engkau?!
Tanpa diduga, satu laluan tepat di hadapannya terbuka, terlongo baginda dibuatnya. Melihat lelaki tempoh hari yang melarikan diri, meninggalkannya. Muncul! Tapi....si dia tidak berseorangan...di sisinya ada seseorang berkerudung coklat lusuh.
Siapakah itu? Siapakah gerangan orang di sisi nya itu??
Ligat soalan menanya, lelaki tersebut berhenti, tidak jauh dari tempat hukuman itu....lelaki itu mendongakkan mukanya, tampak wajahnya, pandangan sayu diberi. Bagaimanapun, Puteri Lilith masih kekal tenang dan sayu pada air mukanya.
" Kita dah sampai, Richard?" tanya gadis di sisi Richard itu.
Tersirap darah Puteri Lilith sebaik sahaja mendengar suara gadis tersebut. Dia kenal suara itu! Sangat kenal!
Bagaimana dia boleh di sini? Richard kah yang membebaskannya? Tapi...sejak bila dia tahu?
Air mukanya berubah, serta-merta, pucat, bercampur-baur perasaannya. Richard dengan tenang, memyambut tangan gadis yang dihayun-hayun, mencari Richard.
"Ya, Tuan Puteri...kita sudah tiba," jawabnya, seakan-akan berbisik. Namun, jelas di cuping telinga Puteri Lilith, seakan-akan menusuk ke dalam telinganya. Lalu, Richard membuka hud kerudung yang menutupi keseluruhan wajah gadis itu.
YOU ARE READING
Princess of Evil ~akhirnya kau terima apa yang engkau pinta~
Short StoryIni...satu lagi cerpen yang latarnya agak gelap sikit...huhuhu...idea lagu: Princess of Evil by Kagamine Rin (Vocaloids)