PART 1

4 1 0
                                    

Kenangan lampau menerja di fikiran Arisha. Semakin diusirnya, namun kenangan itu semakin kuat berlegar-legar di fikirannya. Tanpa sedar Arisha tersenyum sendirian diperbaringannya. Jika bukan kerana kenangan itu, sehingga kini dia mungkin tidak akan  tahu apa erti itu sakit mencintai seseorang yang tidak mencintainya. Dia bersyukur kerana walaupun lelaki yang diminatinya dahulu bukan menjadi miliknya, namun dia tetap berterima kasih kerana masih ada insan lain yang mencintai dirinya.

          Kenangan itu terus menerus bermain di layar fikirannya. Akhirnya dia pasrah dan melayan saja kenangan itu. Sekali sekala dia tertawa mengekek geli hati bila ada yang mencuit hatinya.

                *                      *                    *
FLASHBACK 7 TAHUN LALU

          "Ain, kau kenalkah lelaki tu?". Arisha bertanya sambil menjuihkan bibirnya ke arah lelaki yang dimaksudkannya. Ain, Riell dan Ica menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan. Lelaki itu kelihatan biasa-biasa sahaja namun tetap ada daya tarikannya.

"Owh yang tu, tidak kenal sangatlah tapi dia ada adik tu di sini satu umur kami." Ain menjawap soalan Arisha, Riell dan Ica mengiyakan jawapan Ain. Arisha menganggukkan kepalanya tanda faham sambil sekali sekala melirik ke arah lelaki itu. Senyuman tidak pernah mati dari bibirnya.

"Kamu tau namanya?" Wah semakin beraksi soalan Arisha. Kawan-kawannya sudah mula tersenyum menunjukkan yang mereka faham Arisha bertindak sedemikian.

"Pergilah kau tanya dia, mana tau tup-tup dia jatuh cinta pandang pertama dengan kau, bwahahahaha!" Ica membalas kemudian diikuti oleh tawa mereka bertiga.

Arisha mencebik, orang tanya betul-betul ke situ pula dia. Tapi bila difikirkan balik, bagus juga.

"Ya-la nanti ku tanya."

Perbualan terputus dan mereka pun terus mengulangkaji. Tinggal beberapa minit lagi mereka boleh pulang ke bilik masing-masing.

Mereka bertiga adalah pelajar asrama, masing-masing tinggal berjauhan dengan sekolah menengah mereka, jadi ibu bapa mereka telah mendaftarkan mereka sebagai pelajar asrama.

Arisha adalah orang yang paling suka menetap di tempat baharu apa lagi hidup sendiri seperti itu. Kehidupannya yang terlalu dikawal di rumah membuatkan dia suka menetap sementara di asrama. Tindakan ibu bapanya mengawal dia keluar ke sana sini bukan tujuan mengongkong kebebasannya. Mereka berfikir umur-umur sepertinya tidak harus dibiarkan jalan ke sana sini. Anak-anak harus dikawal dan jika ingin keluar, ajar mereka untuk memberitahu sebelum pamit dari rumah.

Makan, minum, tempat tinggal segala bil air dan elektrik adalah dibawah tanggungan pihak asrama. Apa yang Arisha tahu hanya tinggal di situ sahaja. Pasal darimana pihak asrama mendapatkan wang untuk pembayaran bil air dan elektrik serta tanggungan makan minum mereka di asrama dia tidak ketahui. Maksudnya, jika di rumah ibu bapa mereka yang menanggung segalanya, tetapi di asrama, mereka punya ibu bapa yang lain lagi yang mana 'ibu bapa' di asrama itu lah yang mengatur segala keperluan pelajar asrama contoh makan dan tempat tinggal.

Ramai yang mengatakan bahawa tinggal di asrama itu akan membantu kita berdikari. Ya itu memang Arisha tidak nafikan kerana sebahagian tugasan mereka yang lakukan sendiri, contoh turun belajar mengikut masa yang ditetapkan, cuci pakaian sendiri, atur masa untuk turun ke dewan makan untuk mengambil makanan dan sebagainya.

Setelah lebih 4 tahun menetap di asrama, Arisha semakin mahir dengan selok belok asrama. Kadang-kadang dia akan keluar dari kawasan asrama tanpa kebenaran pihak warden, pulang sebelum jam 6 petang. Di sebabkan dia akan ke sekolah pada waktu pagi, dia ada kesempatan untuk keluar ke pekan.

Apabila selesai waktu belajar petang, mereka berempat akan turun ke padang. Riell kebiasaannya akan melakukan latihannya, maklumlah Riel ni harapan pelari kategori wanita A harapan para cikgu. Ica juga seorang atlet namun tidak setanding Riell. Manakala Arisha dan Ain pula malas memikirkan tentang sukan namun selalu di suruh menyertai sukan.

Terpaksa mereka juga terlibat. Masing-masing ada kelebihan tersendiri dalam sukan.

Kali ini hanya Riell sendiri yang turun ke padang besar untuk melakukan latihan. Manakala Arisha dan Ain biasa akan turun bermain bola tampar, takraw dan apa sahaja aktiviti riadah yang boleh dilakukan petang itu. Ica sepeti biasa tidak akan turun ke padang.

Kesempatan inilah, Arisha duduk berdekatan dengan gelanggang takraw. Arisha sebenarnya tidak suka dengan lelaki itu, namun sakit hatinya terhadap lelaki yang dipujanya sukar dipadam jika tiada gantinya. Suka itukan boleh dipupuk. Dia membawa hati yang lara, kedua-dua lelaki yang diminatinya menolak cintanya. Kali ini dia mencuba nasib dengan seorang lelaki yang bakal menjadi target seterusnya.

SEKIAN PART 1 :: ENJOY READING ( sekadar suka² isi masa lapang tidak dapat tidur malam 🥺 )

TAJUK :: Siapa dia si pencuri hati
210424

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Siapa dia si pencuri hatiWhere stories live. Discover now