"Bagaimana dengan keadaan anak saya?"
"Datin Hawa perlukan rehat yang secukupnya. Buat masa ni saya tak boleh benarkan ramai orang menganggu dia dengan emosinya sekarang. Keadaan dia belum stabil sepenuhnya."
"Saya nak lawat anak saya boleh, doktor?"
"Boleh, puan ... kerana pesakit amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa dan suaminya buat masa ini."
Kreak...
Pintu bilik VIP yang menempatkan aku itu dibuka dari luar. Mata ibu terus terpasak melihat keadaan aku yang terbaring lemah di atas katil hospital dengan wayar yang berselirat.
Air mata tua ibu tumpah untuk kesekian kalinya.
"I... Ibu..." Aku memanggil ibu dengan suara yang serak basah. Sebelah tangan aku menggagau ingin mendapatkan ibu yang meluru ke arahku.
"Hawa..." Pecah tangisan ibu.
"Ibu..." Aku ukir senyuman kelat.
.
.
.
"ANAK Hawa mana ibu?"
Ibu tersentak dengan soalan yang diajukan itu.
Aku merenung ibu penuh pengharapan. Mana anak aku? Aku mahu lihat wajah puteri kecilku itu.
"Ibu..."
"Hawa rehat dulu ya... Doktor kata Hawa perlukan rehat yang secukupnya. Hawa tak boleh banyak berfikir." Ibu cuba untuk mengubah topik dan matanya langsung tidak mahu memandang wajahku. Ibu sedang mengelak daripada untuk menjawab soalan 'mautku' itu.
"T... Tak. Hawa tanya ni. Mana anak Hawa? Mana Jelita? Hawa nak tengok anak Hawa, ibu!" Suara aku mulai meninggi.
Apa yang terjadi sebenarnya ini? Kenapa ibu tidak menjawab pertanyaanku? Susah sangat ke?
"Hawa..." Bergetar suara ibu menahan aku. Air mata ibu makin galak keluar mencemari kedua-dua belah pipinya.
"Hawa tak ingat ke apa yang berlaku?"
Kening aku berkerut. Tidak faham. Lantas, aku menggeleng kepala. Memori aku terhenti di saat aku ingin melahirkan anakku. Itu sahaja. Apa yang terjadi selepas itu aku tak tahu kerana aku sudah tidak sedarkan diri.
"Allah lebih menyayanginya..."
"Apa maksud ibu ni?"
"Anak Hawa tak dapat diselamatkan. Kita kena terima qada dan qadar... Dia anak syurga, Hawa."
Mulut aku terkunci. Aku mulai meraba-raba lantai perutku di sebalik baju pesakit ini.
Anakku...
Jelita.
"Hawa bawa bersabar ya. Ini adalah salah satu ujian untuk Hawa."
"Ber... bersabar?" Entah mengapa aku cukup rasa tercabar bila ibu suruh aku bersabar dengan 'ujian' ini. Bagaimana harus aku bersabar? Sudah banyak 'ujian' yang aku lalui selama ini. Kehilangan Riyadh. Dan, sekarang aku harus reda dengan kehilangan Jelita pula?
Adilkah untuk aku?
"Hawa rehat ya..."
Ibu tak memahami perasaan aku. Perasaan seorang ibu yang baru sahaja kehilangan seorang anak yang dikandung selama sembilan bulan.
Aku mengetap gigiku dan tak lama kemudian tangisan pilu aku pecah bila teringatkan kembali detik-detik terakhir aku ingin melahirkan 'dia'.
Jelita...
"Hawa jangan macam ni, nak..."
"T... Tak! Anak aku masih hidup lagi! Jelita dia hidup lagi. Aku yang lahirkan dia dan aku dengar dia menangis! Kau saja je nak sorokkan anak aku! Baik kau pulangkan anak aku!"
"Aku nak anak aku balik!"
Aku mula bertindak agresif apabila aku mencabut kasar wayar-wayar yang berselirat di badan aku. Aku cuba untuk bangkit walaupun kepala aku terasa berdenyut-denyut kuat. Tangan ibu yang menahan aku daripada aku bangun, aku tolak kasar.
"Aku nak anak aku balik! Pulangkan Jelita!" Besar raungan aku.
Ibu mulai panik. "Hawa nanti jahitan kamu terbuka... Ya Allah!"
Aku mencengkam kuat pergelangan tangan ibu dan mata aku saling bertemu dengan mata ibu.
"Pu...pu... pulangkan anak Hawa, ibu," pintaku penuh pengharapan. Air mata setia menemani sedari tadi.
"Ingat Allah, nak!"
"Aku dengar dia menangis tadi... Dia hidup lagi... isk. Isk..."
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romance𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...