𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 51

16K 1.4K 353
                                    

MUHAMMAD.

Baru kali ini aku dapat melepaskan nafas lega saat dimaklumkan oleh Cik Bambam tentang kehadirannya hari ini ke rumah ibu. Dia baik-baik sahaja berikutan dari peristiwa malam itu. Bunyi das tembakan yang dilepaskan malam itu merupakan bunyi tembakan yang mengenai tangan Muhammad.

Kini, aku dapat melihat tangan kanan lelaki itu berbalut. Aku memanjatkan rasa kesyukuran kerana Muhammad tidak mengalami kecederaan yang teruk demi menyelamatkan aku pada malam itu. Aku tidak boleh bayangkan andai kata... nyawa Muhammad yang melayang pada malam itu. Pasti sahaja rasa bersalah aku makin menggunung.

Sehingga kini, aku tidak dapat melupakan setiap rentetan peristiwa yang berlaku pada malam itu.

Pak Ahmad... Mak Nah dan mama Luna.

Nyawa mereka terkorban angkara dendam lelaki itu terhadap aku. Dan, disebabkan itu didapati ada perubahan di dalam diri Luna. Luna bukan lagi kanak-kanak riang yang dengan celotehnya tanpa henti. Dia suka menyendiri.

Cuba kau bayangkan kalau kau di tempat Luna pada malam itu? Kanak-kanak perempuan yang masih kecil itu telah menyaksikan segala pembunuhan ahli keluarganya penuh kejam. Pasti sahaja itu akan meninggalkan impak yang mendalam di dalam diri Luna.

"Hawa..." Muhammad mulakan dahulu sebagai pembuka bicara di antara kami.

Aku mengangkat kepalaku memandangnya dari sisi memandangkan kami berdua duduk bersebelahan di atas bangku berhadapan kolam ikan yang terletak di laman belakang.

Muhammad turut mengangkat kepala memandangku. Lama.

Renungannya cukup melembutkan dan menghangatkan.

Aku menggangukkan kepalaku dan ulas bibirku mengoyak senyuman kecil. Kemudian, mataku jatuh pula pada tangannya yang berbalut.

"Aku okay je, Hawa. Small matter la." Muhammad tertawa kecil, memahami sangat pandangan mataku itu membawa erti apa.

Aku risaukan dia.

"Terima kasih, Muhammad. Saya dah terhutang nyawa dengan awak. Terima kasih. Saya takkan dapat lupakan pertolongan awak malam itu... Awak sanggup gadaikan nyawa awak untuk selamatkan saya." Sebak itu mula hadir.

Sejak kebelakangan ini mudah sangat aku mengalirkan air mata... Tak kira malam atau siang.

"Jangan nangis. Aku tak suka," tegah Muhammad keras. "Kau tak rasa bodoh ke nak nangis benda-benda kecil macam ni? Kau tak penat ke asyik menangis siang malam?"

Dia masih lagi Muhammad yang dulu.

Kasar dalam percakapannya. Tiada apapun yang berubah.

Aku tak hiraukan amaran dia apabila aku menangis juga di depan matanya.

Aku menangis untuk apa?

Entah.

"Kalau kau nak nangis... Aku blah dulu la. Asyik-asyik nangis... Inilah perempuan! Huh! Banyak sangat kut air mata sampai setiap masa nak nangis. Simpan je la air mata korang tu..." rungut Muhammad sambil menayang wajah jengkelnya itu. Baru sahaja dia mahu mengangkat punggung, aku pantas menghalang.

Tak sangka pula dia memang berpegang pada janjinya mahu pergi jikalau aku terusan menangis.

Aku tak mahu dia pergi. Aku perlukan insan seperti dia di saat ini walau mulutnya agak laser... Aku tak peduli. Dia tidak berpura-pura di dalam bicaranya malahan dia jujur walau adakalanya 'berbisa'. Auw...

"Jangan pergi," rayuku lemah.

Muhammad merengus kuat. "Lap air mata kau." Dia masih lagi belum berpaling ingin memandangku.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now