L U T H 2

999 129 19
                                    

SEPERTI yang Laura mahu Rayden lakukan, lelaki itu sudah siap sedia berada di hadapannya bersama dengan sut kerja yang masih kemas tersarung di tubuh tegap lelaki itu.

"So, ni dress I yang terkena tumpahan coffea. You ambil dress ni and cuci sampai bersih." Rayden menghela nafas perlahan. Berduaan dengan anak majikannya kini membuatkan dirinya sesak. Liur di telan kesat.

Pap;

Terasa kejung tubuh Rayden tatkala telapak tangan yang lembut persis sutera itu menjamah permukaan kulitnya.

"You termenungkan apa?!"

Rayden tersedar dari khayalannya. Wajah Laura yang sedang tunak menikam wajahnya membuatkan dia menunduk.

Those beautiful eyes. Tatapannya juga sudah membuatkan jiwa lelakinya bergelora.

Laura melarikan pandangannya ke tepi, dia berdehem seketika sebelum memberi laluan kepada Rayden untuk masuk ke dalam bilik air.

"Masuklah." Rayden tersenyum menyenget. Dia melangkah masuk ke dalam 'bathroom' yang berada di dalam bilik tidur Laura Evelyn.

Laura menyandarkan sisi tubuhnya ke muka pintu. Dia akan berada di situ sehinggalah Rayden selesai membasuh kotoran di bajunya. Manalah tahu lelaki itu merosakkan dress yang berjenamanya.

"Cik Laura dah kenapa tercegat kat sana?" Soal Rayden sambil menanggalkan sut kerjanya lalu disangkut di tempat yang disediakan.

"I tunggu sini sampai you siap basuh baju I." Rayden menghela nafas perlahan sebelum dia duduk mencangkung.

Dress yang diberikan oleh Laura tadi dia pegang lalu digosok perlahan di bawah pancuran air.

"You gosok la elok-elok bahagian yang kotor tu!" Rayden mendengus kasar.

Sedari tadi bebelan demi bebelan yang dia terima dari gadis itu. Dia menghempas kasar dress Laura ke lantai lalu merapati tubuh Laura yang sudah berdiri tegak. Mata bundar berona hazel milik Laura memaparkan riak terkejut.

"Kenapa you buat macam-arh!" Laura terdiam tatkala Rayden menarik dirinya ke dalam 'bathroom'. Tubuh gadis itu Rayden tolak ke pintu lalu mengepungnya.

"A-apa yang you cuba nak buat ni!?"

Rayden menunduk menatap wajah Laura yang sudah kemerahan. Telapak tangan gadis itu sedia berada di dada bidangnya, menghalang dirinya dari terus mendekat.

"Cik Laura Evelyn, aren't you tired for talking to much?" Bibir gadis itu terbuka mahu menuturkan sesuatu, namun satu perkataan pun tidak terluah. Lidahnya kelu tatkala iris tajam milik lelaki itu memanah ke arahnya.

Jejaka itu mula tersenyum kemenangan setelah iris dark brown miliknya jatuh ke arah bibir merah merekah yang sudah bergetar halus.

"Y-you dah gila ke!"

Tubuh Rayden Laura tolak sekuat hati sehingga tubuh sasa dan tegap itu berganjak sedikit ke belakang.

"Cik Laura yang buat saya gila." Laura terdiam.

"Lelaki gila!" Tawa Rayden Luth terletus sebaik sahaja Laura menghentakkan kaki lalu keluar dari bilik tidurnya sendiri.

BODYGUARD CIK EVELYNWhere stories live. Discover now