Bab 12

254 18 2
                                    

"HEI, budak tak guna!!" Jerit satu suara di corong telefon pada tengah malam itu.

"Amboi! Sedapnya panggil orang tak guna!"

"Memang kau dasar perempuan tak guna! Kau ingat kau dah menang?? Hah?!!"

Lara gelak sinis!

"Memang aku dah menang! Mahkamah dah tetapkan semua! Yang kau tak puas hati ni kenapa?! Aku guna duit kau ke?!" Suara Lara meninggi. Dia sengaja memancing kemarahan wanita itu.

"Syhhh... Slow sikit... Nanti orang dengar, Ra..." Ujar Khyra sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Kata-katanya itu menyebabkan satu jelingan tajam daripada Lara ditusuk ke wajahnya.

"Memang bukan duit aku, tapi duit laki aku, kau tahu tak?!!" Suara wanita itu penuh dengan api kemarahan tetapi entah bagaimana, tawa Lara tiba-tiba sahaja pecah kedengaran.

"Hei, perempuan... Kau sedar sikit diri kau tu ye! Itu ayah aku! Aku ni darah daging dia! Suka hati akulah nak mintak duit daripada dia! Yang kau tu, kalau ayah aku ceraikan kau, hidup kau merempatlah tepi jalan! Dasar mata duitan!"

"Ayah kau takkan ceraikan akulah!!"

"Ah! Kalau dia tahu perangai kau macam cilaka macam ni, aku gerenti dia ceraikan kau!"

"Kau jangan main-main dengan aku!"

"Wah?! Kau nak ugut aku pulak ke?! Kau ingat kau siapa?!" Saat itu, mata Lara yang sedang membuntang itu terlihat wajah Khyra yang berkerut sambil jari telunjuknya masih lagi diletakkan di bibir.

"Hei, kau dengar sini budak tak guna!"

Lara menanti bait kata daripada ibu tirinya itu sambil menjelingkan matanya ke atas. Meluat!

"Aku takkan biarkan kau dengan semua orang di sekeliling kau hidup senang-lenang makan hasil laki aku! Kau tahu tak?!"

Lara tarik muka. Dia betul-betul berasa jijik dengan kata-kata ibu tirinya yang tidak masuk akal itu.

"Eh, sial! Apa yang kau merepek ni?? Itu duit belanja bulanan aku! Duit belanja bulanan Dhafi dengan Najmi! Semuanya cukup-cukup makanlah! Kau ingat banyak sangat ke kitorang dapat??! Satu perkara lagi, mak aku bekerja! Sekecik-kecik gaji dia, dia ada duit sendirilah! Dia tak hadap gaji ex-husband dia! Bukan macam kau! Mengangkang je dekat rumah, semua benda orang tanggung!!" Jerkah Lara. Dia sudah tidak peduli dengan kata-kata makian yang keluar daripada mulutnya. Apa nak jadi, jadilah!

"Kurang ajar!! Kau tunggulah! Kau tunggu!! Aku takkan biarkan kau menang!" Bentak wanita tersebut dan serentak itu juga, talian telefon terputus menyebabkan Lara terus tergamam sendirian.

"Urgh!" Lara menghempaskan telefon bimbitnya di katil sebelahnya. Dia terus menekup mukanya dengan telapak tangan dan serentak itu juga, tangisannya mula kedengaran di hening malam yang sepi.

Khyra yang duduk tidak jauh daripada Lara segera meninggalkan nota yang sedang dibacanya. Dia meluru ke arah Lara lantas memeluk erat tubuh rakannya itu. Si Zieta pula sudah berdengkur kecil di katil tak sedarkan dunia!

"Ya Allah, Ra. Sabar, Ra..."

Khyra cuba memujuk rakannya itu. Dia berasa sungguh kasihan tetapi apalah yang mampu dia lakukan selain daripada menjadi bahu untuk rakannya itu menangis pada saat-saat diperlukan...?

"Sorry Kay, aku kacau kau tengah study..." Kata Lara dalam esak tangisnya. Air matanya tumpah lagi.

"Eh... Janganlah cakap macam tu. Aku suruh kau slow sikit tadi sebab takut bilik sebelah dengar je..." Khyra mengerlus perlahan bahu Lara. "Kenapa dengan perempuan gila tu? Apasal dia meroyan tengah-tengah malam buta ni??" Sambung Khyra dengan wajah yang berkerut. Sebenarnya dia juga berasa geram ketika mendengar perbualan Lara bersama ibu tirinya tadi!

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now