12:30 a.m.
11 Mac 2XXX
Seorang lelaki tangkas menaip di papan kekunci. Kelihatan wayar-wayar bersambung pada sebuah tubuh yang kelihatan seperti manusia.
Hakikatnya, beberapa tempat yang dibuka dan memaparkan wayar-wayar jelas menunjukkan dia bukanlah manusia.
Susuk itu terpejam dengan wajah tanpa sebarang riak. Skrin besar menayangkan pelbagai jenis kod. Setelah beberapa minit menaip, akhirnya...
System set up
loading...
System acess...
Jarinya masih rancak menaip sehinggalah.
System fully success.
Ready for your commend
"Berjaya!" Soraknya riang. Dia mencatatkan sesuatu di kertas laporan lantas menutup fail. " Aku mesti bagitahu diorang sekarang." Fail diambil dan dia berlari teruja keluar dari bilik itu.
Tanpa disedari......
Please wait for start.
Tidak lama kemudian, sepasang mata terbuka. Dari pandangan mata yang pada mulanya kabur itu, penglihatannya semakin jelas. Programnya mula mengimbas maklumat. Tunduk memandang badannya, wayar- wayar dicabut. Secara automatik, bahagian itu tertutup. Arahan pertama keluar di iris matanya.
Search the Programmer for the command.
Dan tubuhnya bergerak.
____________#_____________
" Aron dah sedia dilancarkan. Kita hanya perlu masukkan sedikit maklumat dan buat latihan." Ujar lelaki yang berada di hadapan milik mesyuarat itu. Sebuah hologram menunjukkan tubuh robot itu di tengah-tengah meja.
"Latih? Buat apa latih? bukan kau kata benda ni memang dah diprogramkan untuk berlawan ke?" Soal salah seorang ahli mesyuarat.
"Ya,tapi hanya sedikit maklumat yang dimasukkan. Untuk jadikan sebagai sebuah robot yang hebat, dia kena lalui pelbagai jenis serangan. Sistem A.I akan mengimbas segala jenis serangan dan pertahanan. Lagipun, ketika awal projek ni di jalankan, tak ramai nak memberi kerjasama bukan?" Bidasnya.
Lelaki tua di hujung meja itu menarik senyum sinis. " Pastikan robot perang kau tu sedia sebelum perang pada hujung tahun ni. Apa-apa kesilapan, kau yang akan tanggung sepenuhnya." Wajah lelaki itu mula berseri. "Baik ketua!" Tabik hormat diberi.
" Yang lain, aku nak korang tingkatkan latihan. kumpul sebanyak mana maklumat yang boleh. Aku takkan lepaskan Niel dan Hanz. " Ujar lelaki tua itu penuh dendam. Tangannya digenggam erat. Kesemua di dalam bilik tersebut merasai aura seram itu.
Dendam. Sepatah perkataan, hasil daripada terluka. Dari kecilnya terus merebak dan membesar. Umpama api yang tidak dipadam. Dan akhirnya akan memakan diri. Semakin dipendam, semakin kuat. Semakin dirasa semakin sakit. Memuaskannya umpama terjun ke jurang yang membinasakan. Apa yang perlu ialah kekuatan untuk melepaskannya.
Saat ego menguasai diri. Dibalut nafsu dan dihiasi dendam. Apa saja yang manusia lakukan untuk memuaskannya?
__________#____________
Syarikat I-Tech yang berdiri gah ditengah-tengah bandar itu kini menjadi tumpuan. Pameran itu mendapat sambutan daripada seluruh bandar Denz. Teknologi yang dipamerkan merupakan rekaan terawal Syarikat I-Tech sejak 40 tahun dahulu sehingga sekarang.
Dibawah sebuah syarikat gah itu juga, tersembunyi sebuah bilik yang menyimpan pelbagai rahsia. Rahsia yang hanya diketahui oleh orang atasan sahaja.
"This is amazing. You know what, aku dah plan nak minta praktikal kat sini nanti." Ujar seorang gadis.
"Pft, lepas ke? Bukan calang-calang orang tau boleh kerja kat sini," Ujar rakannya pula.
Eryn mendengar perbualan gadis di belakangnya. Dia tersenyum kecil. Saat itu matanya setia tertancap pada sebuah kaca mata yang diletak pada pameran.
Kelihatan seperti biasa namun hakikatnya dilengkapi teknologi canggih dan mampu meng hack sistem keselamatan. Tak lupa cip kecil yang terselit di tepi bingkai itu. Malah, kaca mata itu juga mampu merakam apa yang dilihat pemakai.
Nama pencipta rekaan itu tertulis kemas di bawahnya.
Profesor Eizyn Ryu
Pap!
Tepukan di bahunya mematikan lamunan. Eryn memandang si pemilik tangan itu. "Aku dah setel urusan aku. Jomlah," Ajak jejaka itu.
Eryn membalas senyuman sahabatnya, Akira Kenzo. "Kejaplah, aku tak puas lagi ni kat sini,"
Kira mencebik. "Apa bendalah yang kau minat sangat dengan benda ni semua. Aku lapar tau tak."
Eryn ketawa kecil melihat reaksi menyampah itu. Tahu benar perangai mamat tu. Manalah dia minat pameran bagai ni. Sesak pula tu.
Tapi... sejujurnya Eryn pun rasa sesak juga. Cumanya pameran di situ menarik minat. Jadi hadap jelah. Takkan nak suruh orang kosongkan pula kan?
"Kejap, kau tunggu aku kat mana-mana kedai makan. Setengah jam lagi aku sampai." Ujarnya. Kira mengeluh perlahan sebelum mengangguk akur.
"Yelah, jangan lama sangat. Aku dah kebulur ni," Kata Kira sambil melambai membelakangi Eryn.
Eryn tersenyum lantas tertawa kecil. Dia meneruskan penerokaannya. Masih banyak gajet yang menarik perhatian. Rasanya setengah jam pun tak cukup.
_______________★_______________
"Ni dah kali kesepuluh awak cuai! What happen? " Tengking seorang wanita berkaca mata nipis. Ray sekadar mendiamkan diri mendengar amarah ketuanya.Wanita mendengus kuat. "Awak dengar tak ni?!" Soalnya kuat. Ray mengangguk perlahan. "Dengar Puan. Tapi bagi saya satu lagi-"
"Syarikat dah bagi awak peluang lebih tiga kali tau! Prestasi merosot teruk. Kalau awak rasa memang dah tak nak kerja, tak payah tunjuk muka lat sini dah!"
"Tapi Puan-"
"You're fired!"
Ray terkedu.
"Kemas barang-barang awak dan keluar dari syarikat ni sekarang juga!" Tegas wanita itu memberi arahan. Ray mengeluh lantas meraup muka.
"Baik Puan," Dia melangkah perlahan keluar dari pejabat itu. Nak kata apa lagi? Dah memang sendiri cari penyakit.
Sedang dia mengemas barangnya, seorang rakan sekerjanya datang menegur.
"Uuu...pekerja terbaik dah kemas barang. Apa cerita? Kena halau ke angkat kaki suka rela?"
Semua rakan sekerja yang mendengarnya ketawa jahat. Ray mendengus. Satu jelingan diberi namun tidak membalas. Tak ada makna gaduh dengan orang macam tu.
"Aku dah agak, kau memang tak layak pun ada kat sini, tapi macam mana kau boleh lepas eh?" Soalnya sinis. Ray masih tidak membalas.
" And, kau tahu, aku pelik macam mana kau boleh gelaran pekerja terbaik. Siap bakal naik pangkat lagi. Atau... kau" Atas bawah dikerlingnya sinis. Rakan-rakan lain menyambutnya dengan gelak ketawa.
Ray mendengus. Masalah betul manusia macam ni. Kenapalah dunia perlu ada manusia macam diorang ni hah? Spesies tak senang tengok orang senang. Tapi gembira tengok orang susah. Dasar mental.
" Listen Leo. Aku tak tahu apa masalah kau dengan aku, aku langsung tak ambil tahu pasal kau tapi kau menyibuk pasal aku. So, I really thanks for your concern but I don't need it."
Wajah Leo berubah tegang. Ray yang sudah selesai mengemas itu segera mengangkat kotak besar itu dan berlalu pergi. Nasib baiklah barang tak berapa banyak. Tak perlu dia hadap muka toksik tu lama-lama. Huh.
To be countinued...
14 Sept 2021
Naz_Nazira
YOU ARE READING
ARON
Science FictionALPHA: RISE OF NEW ERA Projek yang menjadi bukti kerakusan manusia memenuhi tuntutan nafsu. Sebuah robot perang telah hilang dari makmal sehingga menyebabkan kekecohan besar di sebuah agensi. Kehilangan itu menjadi misteri dan pencarian besar-besar...