BANG!!
Pistol ditekan menandakan bermulanya aktiviti larian sekolah di Taman Tasik Seri Indah. Semua murid berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat pertama. Larian sepanjang 10 kilometers itu bukan lah senang bagi murid yang berumur belasan tahun seperti mereka.
Sampai saja di pertengahan jalan, Intan menyapa Eshal dari belakang.
"Hoi! Fokus betul lari"
Larian Eshal diperlahankan sedikit.
" Isy kau ni ..tahun ni kan second last kita dekat sekolah ni..apa salahnya kita try sehabis baik"
kata Eshal yang masih lagi fokus pada lariannya.
"Betul tu Intan..kau ni pun..dah cepat lari"
balas Liya lalu memukul bahu Intan beberapa kali sebelum meninggalkan mereka berdua.
"Jom jom"
kini giliran Eshal pula meninggalkan Intan.
Intan terpaksa akur lalu melajukan kaki nya untuk berlari dibelakang Eshal.
"Aduhhh korang ni. TUNGGU AKU!"
***
"Huh huh huh"
Nafas tidak teratur akibat berlari laju tadi. Eshal membuka botol air ditepinya lalu diteguk beberapa kali.
"Buat penat aku lari.. tak menang pon"
keluh Intan.
Tap!
Liya memukul bahu Intan dengan kuat.
" Kau tu yang tak cukup kuat. Nasib baik tau kau lari kalau kau berjalan alamak nya esok baru kau sampai"
kata Liya lalu mengelap peluh didahinya menggunakan tangan.
"HAHAHAHAHAHA ..kau ni la Intan lembik betul"
"Cehh aku ingat kau nak backup aku sekali ceh hampeh"
runggut Intan apabila Eshal hanya mentertawakannya.
" Akak!"
Ekmal mengejutkan dari belakang.
"Uis kau nak apa Ekmal! Terkejut aku..aku dah la mengah ni!"
Marah Eshal. Jantungnya baru saja bertenang selepas beberapa minit berehat, tiba-tiba adiknya sudah mengejutkan nya. Kalau jantung tak ori dah lama kiok.
"Ekmal nak pergi beli air kejap. Kau nak tak? Satu jalan je ni."
"Boleh jugak beli tiga tau untuk kak Liya dengan Kak Intan. Tapi ingat jangan pergi jauh. Ibu ayah suruh aku jaga kau. Kalau jadi apa-apa aku juga kena bertanggungjawab"
pesan Eshal tegas.
" Baik bos"
***
Matahari kian tinggi menandakan sudah tengahari. Jam dipandang sekilas, pukul 1 dah pon.
Isy mana Ekmal ni? Lambat betul. Dah hampir sejam dah ni? Ya allah. Dia beli atau buat air?
"ESHAL ESHAL!!"
siapa yang panggil ni?
Iman iaitu kawan baik kepada Ekmal datang dalam keadaan tercungap ke arah aku..nafas nya turun naik akibat berlari laju.
"Ya allah! Kenapa ni Iman? terkejut akak."
Soal aku cemas.
" Ekmal kak Ekmal!"
YOU ARE READING
SECRET LEWIS ACADEMY : Another Side
Teen FictionPeristiwa buruk yang melibatkan nyawa adiknya tergadai merupakan punca utama hubungan antara ibu dan anak hancur. Eshal terpaksa menerima perlawaan untuk menjadi seorang detektif rahsia dibawah satu unit khas iaitu Secret Lewis Academy atas pertolon...