1 .

6 1 0
                                    


Sesungguhnya permulaan bagi suatu cerita itu seharusnya bermula dengan suatu hal yang baik . Kerana aku percaya bahawa permulaan yang baik mempunyai pengakhiran yang menyenangkan. Pengakhiran yang membuatkan sang pembaca teringat-ingat akan kisah cinta dua merpati yang menjalani kehidupan yang romantis. Tapi apakah kisah aku akan jadi sebegitu?

Aku Naiyah Humairah Binti Nirman Hairi . Seorang gadis yang tak mempunyai cita-cita yang tetap. Terkadang aku minat untuk menjadi seseorang yang pandai melukis dan pernah terfikir untuk menjadi seorang doktor yang mengkaji pemikiran manusia. Kelakar bila teringatkan semua ni. Aku suka akan seni dan bahasa. Tapi dipaksa untuk menggunakan kemahiran mengira. Aku memang tak mampu dan aku tahu.

2019

Masa aku tingkatan 3 aku dapat result yang kurang memuaskan mak dan ayah aku. Tapi bagi aku result aku so-so la. Tak la nampak aku bengap sangat dan tak bole cakap aku cerdik sangat .

Tapi kata-kata yang paling aku ingat sampai sekarang masa aku ambik result tu , ayat yang keluar dari mulut wanita yang beranakan aku, dia cakap ,

" Teruknya result kamu, macam budak tak sekolah, Mama penat la , kenapa kamu tak macam abang dengan kakak kamu?! "

Jadi mak aku paksa aku pindah sekolah, aku memang memberontak gila-gila. Bila dengar dia cakap macamtu aku terus menangis. Aku rasa aku anak yang paling tak berguna. Tapi aku takkan tinggal sekolah kesayangan aku. Cikgu dan kawan aku , aku tak pernah terdetik pun untuk tinggalkan semua ni . Mereka dah jadi sebahagian dari hidup aku.

Dari umur aku darjah 1 sampai aku tingkatan 3 , merekalah yang selalu ada. Mama dengan ayah selalu busy kerja. Waktu aku banyak habis dengan diorang. Takkan mudah aku nak lepaskan semua ni macam tu je. Aku takkan sesekali pindah . Ingat pindah tu boleh jamin masa depan aku okey ke?! Dah la pindah kena tinggal asrama. Allahhhhhhhhh habis aku.

" Tapi ini semua demi kebaikan kau Yah . Kau jangan pandang sudut negatif je . Mak dengan Ayah kau mesti nak yang terbaik untuk anak dia . "

" Betul tu Yah. Kau anak last, harapan terakhir keluarga. Berat tanggungjawab kau."

" Kami okey Yah, walaupun lepasni dah takde gelak kau , lawak kau , perangai gila kau , kami sebagai kawan -kawan kau , nak kau berjaya jugak Yah . "

Bila dengar kawan-kawan aku cakap macamtu , aku mula sedar yang aku pentingkan diri aku . Aku terlampau takut sebenarnya untuk tinggalkan zon selesa aku. Aku Naiyah Humairah seorang yang pengecut. Dan aku terlalu takut untuk terima orang baru .

Jadi aku dah fikir masak-masak tentang hal ni, aku takkan sesekali menyesal dan aku pasti ni keputusan yang terbaik untuk semua.

Untuk diri aku , Mama , Ayah , dan masa depan aku .

Aku pindah .

.

.

.

.

.

Bagi aku semua yang akan terjadi nanti , sama ada perkara buruk ataupun bagus, aku serahkan semua pada Maha Pencipta. Aku akan usaha untuk perbaiki hidup aku. Aku akan cuba keluar dari kepompong aku. Aku akan jadi diri aku yang berguna. Doakan aku kuat dan tabah.

03 Januari 2020

Aku masih bersekolah di SMK TIARA AMAN. Sekolah yang dah jadi taman tema bagi aku. Apa aku nak buat semua boleh. Nak jadi yang paling alim , paling setan , paling femes atau yang paling nerd semua boleh. Aku nak gila jawatan , bolot semua acara masa hari sukan , atau sentiasa dapat no 1 dlm kelas. Semua tu aku pernah rasa tapi taklama . Aku tak layak bertahan lama dengan semua tu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seakan ; MENYEPIWhere stories live. Discover now