BAB 11

144 10 0
                                    

" SARAH KALAU AKU lari dari sini. Kau tolong aku. Aku tak nak semua ni Sarah. Aku tak nak kahwin dengan dia. " Aliya menggenggam kedua jelah tangan Sarah. Masih sempat lagi kalau dia lari dari majlis akad nikah ni.

Sarah memandang sayu ke arah Aliya yang kini memakai baju serba putih untuk majlis akad nikah dia dengan syakir. Dalam masa beberapa jam lagi. Kawannya itu akan bergelar isteri orang.

" sarah aku lebih baik mati dari kahwin dengan dia. Please sarah tolong aku. Kau bantu aku lari sini. " rayu Aliya lagi.

Sarah baru sahaja ingin membuka mulutnya untuk berbicara.

" kau jangan nak buat malu aku" bunyi suara itu menghentikan niat sarah untuk menenangkan Aliya.

Mereka berdua berpaling ke arah tuan punya suara tersebut.
Kelihatan sosok tubuh maklong berada di depan pintu biliknya dengan wajah yang garang.

" sekali kau buat hal. Siap kau nanti. Kau jangan nak buat masalah. Kau nak malukan aku ke. Aku suruh kau kahwin je bukan je suruh kau jual badan" bidas maklong dengan kata kata pedas.

" apa kata maklong kahwinkan dia dengan safi. Kenapa perlu Aliya. Aliya tak nak!"

" aiks kenapa pula aku yang kena kahwin. Tak kuasa aku ." Celah safi yang muncul di belakang maklong.

" maklong memang nak tengok Aliya menderitakan. Baik Aliya matilah" Aliya sejurus mencapai gunting dalam laci meja soleknya lalu mendekatkan gunting tersebut ke arah lehernya. Dia nekad. Dia tak mahu kahwin dengan syakir. Takkan sama sekali.

Sarah terkejut dengan tindakan drastik Aliya. Begitu juga dengan maklong dan safi
" Aliya babe tenang. Letakkan gunting tu dulu. Jangan buat benda bodoh. Setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya. " pujuk sarah.

" baik kau letak gunting tu sekarang!!!" Ujar maklong dengan kuat. Dia tak boleh biarkan Aliya mati. Kalau tak rugi dia nanti.

" Aliya tak nak kahwin. Sekarang pilih hentikan perkahwinan ni atau Aliya mati. " air mata mula menitis dari mata Aliya.

" babe please. Letak gunting tu. Kau tak sayang aku ke" pujuk sarah lagi. Dia cuba sedaya upaya menenangkan Aliya daripada berbuat sedemikian.

Maklong kini cemas. " Aliya kau letak gunting tu. Kalau kau kahwin dengan syakir. A... Aku aku bagi balik geran tanah tu. Aku tukar balik nama pemilik tanah tu"

" kau pilih sekarang. Kau mati aku jual tanah tu nanti. Tapi lepas kau nikah dengan syakir aku bagi balik tanah tu dekat kau"

Aliya memandang tepat ke arah wajah maklong. Tanah ayah. Patut dia gadai masa depan dia demi mendapatkan balik tanah arwah ayahnya itu. Aliya berpaling ke arah sarah. Terpapar raut wajah yang cemas akan tindakan yang dia buat. Dia buntu.

Sarah dengan perlahan lahan mendekati Aliya. Dia cemas dia merampas gunting di tangan Aliya. Sarah lantas memeluk Aliya namun aliya tidak memberi sebarang tindak balas.Maklong dan safi yang berada di situ agak lega .

" sekali lagi kau buat hal. Aku takkan teragak agak jual tanah tu" kata maklong.

" maklong janji lepas Aliya kahwin. Maklong akan bagi balik tanah tu"

Maklong hanya dia. Lantas dia memanggil mak andan kembali.
" kau cantikkan balik perempuan tu. " arah maklong kepada mak andan sebelum berlalu dari situ begitu juga dengan safi.

" huh drama queen betul " kata safi sebelum beredar dari situ.

" maklong janji bagi balik tanah tu. Maklong tak tipu kan. Maklong" jerit Aliya namun diendahkan oleh maklong.

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now