BAB 61

308 12 0
                                    

Rancangan jahat pertama yang akan dilakukan boleh Amelia,Syakir dan Arisya bermula pada pagi ini. Mereka sudah pun tiba di hadapan sebuah butik perkahwinan.

"Dah pukul berapa sekarang?" tanya Arisya kepada Syakir sambil menunjuk ke arah jam tangan milik Syakir.

"Baru pukul tujuh pagi." jawab Syakir.

"Oh. Baguslah, lagipun Ina dengan Bryan belum sampai lagi." kata Arisya.

"Siapa yang nak masuk dulu? Atau masuk sama-sama?" tanya Amelia kepada Arisya. Sejujurnya, hatinya kini berdebar-debar kerana dia telah melanggar janji kepada dirinya sendiri untuk tidak melalukan kejahatan lagi. Namun, demi sepupunya dia terpaksa melanggar semuanya.

"Kita masuk bertiga. Nanti aku nak Amelia yang bagitahu orang dalam butik tu yang tarikh perkahwinan Bryan dah ditukar kepada bulan depan. Lepas tu cakap yang baju nikah dan resepsi Bryan dengan Ina tu diorang bagi untuk majlis perkahwinan kau orang berdua." kata Arisya kepada Amelia dan Syakir sambil tersenyum tipis.

"Okay."

Amelia dan Syakir pun membuntuti Arisya yang sedang melangkah masuk ke dalam pintu utama butik perkahwinan tersebut.

"Hai puan dan encik. Boleh saya bantu?" tanya pekerja butik perkahwinan itu kepada mereka bertiga.

"Saya nak jumpa bos awak." jawab Amelia kepada pekerja tersebut.

"Untuk apa ye?" tanya pekerja tersebut.

"Cakap dekat bos awak yang ada perkara penting yang saya nak sampaikan." kata Arisya.

"Oh okey. Tunggu sekejap iye." pinta pekerja tersebut.

"Baiklah."

Kelihatan figura seorang gadis berbaju kemeja labuh dan bertudung bawal berwarna biru laut sedang berjalan menghampiri Amelia, Syakir dan Arisya dengan memasang wajah kehairanan. Kenapa mereka nak berjumpa dengan aku?? Siapa mereka bertiga ni?

"Boleh saya tahu apa perkara penting yang kamu bertiga nak sampaikan?" tanya gadis itu.

"Butik ni kan yang buat baju nikah dan resepsi untuk pasangan bernama Bryan dan Ina?" tanya Amelia.

"Maksud awak Bryan Davidson dan Hazrina Farisha?"

"Iye."

"Kenapa dengan baju diorang?"

"Kami bertiga datang ni nak bagitahu yang Bryan dah tukar tarikh perkahwinan pada bulan depan dan diorang berdua bagi baju resepsi dan baju nikah tu kepada saya dan bakal suami saya ni." jawab Amelia kepada gadis itu seraya menggandeng tangan Syakir. Syakir pun tersentak seketika kerana terkejut dengan tindakan drastik Amelia terhadapnya.

"Oh. Okey. Tunggu sekejap."

"Okey."

Gadis berbaju kemeja labuh itu pun pergi ke tempat simpanan baju-baju pelanggannya dan mengambil baju nikah dan resepsi yang telah ditempah boleh Bryan dan Ina untuk majlis perkahwinan mereka pada dua hari lagi. Haishh apalah nasib Bryan dan Ina kalau diorang dapat tahu pasal ni!! Mahal kot baju diorang tu!

Beberapa minit selepas itu gadis itu pun kembali ke tempat Amelia, Syakir dan Arisya berdiri. Gadis itu pun menghulurkan baju-baju tersebut kepada Amelia. Baju itu pun disambut oleh tangan Amelia.

"Terima kasih." ucap Amelia.

"Sama-sama."

"Kami minta diri dulu ye." kata Arisya.

"Eh, sekejap saya nak tanya. Kenapa Bryan tukar tarikh nikah?"

"Errr... Sebab ada emergency." kata Amelia kepada gadis tersebut seraya menggapai tangan Syakir dan Arisya untuk segera keluar daripada butik itu. Amelia takut kantoi!!!

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now