5 tahun kemudian.
Tengku Adriel tersenyum. Bahagia dia tatkala hayatnya masih lagi dapat melihat keluarga besarnya berhimpun. Anak-anaknya semua sudah pun berkeluarga.
"Tuk dadi!"
Danish anak kepada Quinn Ariana berlari pantas ke arah Tengku Adriel. Di tangan anak lelaki itu terdapat satu patung beruang berwarna merah jambu.
"Anish!" Danish menjelirkan lidahnya pada Nayyara yang termengah-mengah mengejarnya daripada belakang.
"Tuk dadi! Tengok Anish ambil Nayyara punya teddy! Itu kepunyaan Nayyara!"
"Danish? Bagi balik patung Ayesha kasihan dia. Dia kan kecil lagi." Beza umur yang jauh itu membuatkan kudrat larian Danish lagi kuat berbanding Ayesha Nayyara yang baru sahaja berusia 5 tahun.
"Ayesha yang rosakkan kereta remote control Danish." Danish menayangkan wajah masam.
Geram dia pada gadis kecil itu. Nak je cubit-cubit masukkan dalam guni!
"Nanti tuk dadi belikan yang baru ya?" Pujuk Tengku Adriel sambil mengusap lembut rambut hitam kepunyaan Danish. Tampan.
Wajah Tengku Danish Zayyan tak tumpah seperti bapanya yang mempunyai gen dari Turkiye. Kacak dan tampan!
"Janji?" Tengku Adriel tersenyum lalu mengangguk. Anak mata kehijauan milik cucu lelakinya itu dia pandang. Keturunannya memang rupawan belaka. Rasa bangga menapak di dalam hati. Beruntungnya dia!
"Tuk dadi janji. Dah bagi teddy ni pada Ayesha. Kasihan dia dah nak nangis. Kalau dia mengadu dekat daddy dia macam mana?" Danish terkedu.
Bapa saudaranya itu memang garang! Macam mana dia boleh terlupa Ayesha Nayyara ini anak kepada Aiden Nathaniel!
Huwaaa. Mahu menangis dia tika itu. Rasa mahu sahaja berlari untuk mencari Quinn Ariana."Ayesha!" Gadis kecil itu terhenti langkahnya. Wajahnya yang kini penuh dibanjiri dengan air mata dilihat oleh Danish Zayyan.
Anak lelaki yang berusia 10 tahun itu mendekat. Tangannya naik menyapu air mata yang tersisa di wajah Ayesha Nayyara.
"Dah tak cantik princess Ayesha. Dah la jangan nangis abang Anish minta maaf okay?" Rambut Ayesha Nayyara yang lurus itu dia usap. Memujuk.
"N-Nayyara minta maaf sebab dah tertolak kereta abang Anish masuk kolam."
Tertolak?
Danish mengeluh lalu mengangguk.
"Princess?" Ayesha Nayyara berpaling pantas ke belakang. Suara itu sudah tidak asing lagi bagi telinganya.
"DADDY!" Langkah kecilnya dia bawa pantas melangkah ke arah Aiden yang sedang mencangkung untuk menyambut dirinya di dalam dukungan.
"Daddy work?" Nayyara memeluk leher Aiden kemas. Wajah tampan yang mula ditumbuhi jambang itu dia cubit menggunakan tangan kanan.
"Yes princess. Daddy ada belikan Nayyara a new toys. Do you like it?" Kaki milik Nayyara yang terjuntai di dukungan Aiden mula bermain sesama sendiri. Bergoyang-goyang keseronokan di atas tubuh tinggi bapanya.
"I like it! I need a new cooking toys!" Aiden tersenyum. Tidak betah dengan kecomelan si puteri sulung.
Dengan rambut lurus keperangan bertoncang kiri dan kanan. Gadis itu tersengih lebar sehingga memaparkan sebelah lesung pipitnya yang dalam.
Ayesha Nayyara berbagi lesung pipit dengan adiknya yang berusia 2 tahun setengah! Nayyara mempunyai lesung pipit di sebelah kiri pipi tembamnya, adiknya pula Tengku Alvyn Noah ada seketul lesung pipit di sebelah kanan pipinya.
Wajah Noah tidak tumpah seperti Aiden. Sering kali wajah tampan anak kecil itu berkerut dan mempamerkan riak serius. Tergelak besar Aiden melihatnya. Tidak ubah seperti dia.
Aiden melangkah masuk ke ruang tamu. Dia merendahkan tubuhnya tatkala anak gadisnya itu berlari untuk mendapatkan tubuh Adeena. Aiden tersenyum.
Penat sangat kesayangan dia sampai tertidur di sebelah Noah.
Aiden mendekati Adeena. Perut isterinya yang menimbulkan sedikit bentuk itu dia usap. Siapa sangka dengan Noah yang usianya masih belum menginjak 3 ke 4 tahun Adeena disahkan positif hamil lagi.
Mahu tebal jugalah telinga Aiden mendengar bebelan daripada Mateen.
"Sayang?" Aiden memegang bahu Adeena dengan lembut. Tidak mahu mengejutkan wanita itu yang sedang lena.
"Abang."
"Bangun sayang. Kenapa tidur tengah ruang tamu macam ni?" Adeena yang masih mamai itu bangun dari baringan.
Jujur tadi dia hanya mahu menidurkan Noah yang meragam. Macam manalah dia boleh terlelap di tengah alam macam ni.
"Masuk bilik sayang. Tidur kat dalam. Tak sopan kalau orang bukan mahram tengok sayang tidur terbaring macam ni."
Aiden memperbetulkan selendang yang diselempang mudah ke bahu Adeena. Tangan lelaki itu menarik selendang untuk menutupi dada isterinya. Dahi milik Adeena dia kucup sayang.
"Deena minta maaf." Tangan Aiden wanita itu ambil lalu di salam. Wajah suaminya dia tatap dalam. Makin meningkat usia makin kacak pula suaminya ini.
"It's okay abang tak marah." Aiden tersenyum lalu mencubit pipi tembam isterinya. Makin lama makin naik pula pipi milik Adeena.
Mahu sahaja dia gomol dan gigit pipi itu. Gebu.
"Abang angkat Noah. Sayang pergi masuk bilik dulu, okay?" Adeena tersenyum dan mengangguk.
"Nayyara. Come kita masuk bilik." Anak gadis kecil yang sedang asyik menari di hadapan skrin yang berukuran 60'inci itu berlari anak ke arah ibunya.
Adeena menggeleng. Terlampau aktif pula anak gadisnya itu.
"Let's go! Daddy nanti kita take shower together tau! Mmuah!" Rahang Aiden di ciumnya pantas sehingga mengeluarkan bunyi.
"Lobe you daddy! Mommy wait!" Langkah ibunya yang pantas menaiki tangga itu dia turuti.
"Mommy jealous ya?" Nayyara tersengih penuh sehingga menampakkan gigi susunya yang tersusun cantik.
"Mana ada!"
Saya singkatkan jalan cerita ya;)
Ada 2/3 chapter lagi nak bertemu ending. Atau mungkin 1 chapter, saya dh takde idea and nak menulis pun dh rasa malas.-tq. Yang mana masih menunggu♥︎