Bab 38

472 59 27
                                    

PESANAN ringkas dari aplikasi whatsApp yang diterimanya itu semalam membuat Medina merenung lama skrin telefon pintar itu. Helaan berat dilepaskan. Pandangan mula dibuang pandang ke luar jendela bilik guru. Perkara yang datang kepadanya secara tiba-tiba membuatkan dia di dalam dilema.

Medina, awak masih sudi keluar dengan saya? - Amzar

Lama pesanan ringkas dari aplikasi whatsApp itu dibiar tidak dibalas dan dibaca. Sungguh dia tidak tahu berbuat apa. Dia terlalu takut memberi harapan palsu kepada orang yang salah. Dia tidak mahu mengecewakan hati orang yang ikhlas ingin mengenalnya seperti mana dia sering dikecewakan. Kerana dikecewakan sangat menyakitkan, luka itu terlalu dalam untuk diubati dan dirawati.

Namun, ibunya yang beriya-riya ingin dia mempertimbangkan hubungannya dengan Amzar membuatkan dia sukar menolak. Akhirnya, dengan rasa berat hati telefon pintar jenama samsung note 20 dicapai.

Boleh, apa salahnya. Awak tetapkan di mana dan waktunya - Medina

Tidak menunggu masa yang lama pesanan ringkas dari Amzar dibalas. Jelas terselah balasan darinya amat dinantikan Amzar.

Esok, lepas awak habis mengajar saya ambil awak dekat sekolah - Amzar

Okay - Medina

Dadanya yang kian rasa sebu disentuh. Mengapa di saat dia mahu cuba untuk melupakan sepenuhnya dan mencari sinar baru hidupnya lelaki itu muncul kembali? Jujur, kehadiran Hayyan yang muncul secara tiba-tiba menambah menyesakkan dadanya. Malah, tidak pernah dia terfikir yang Hayyan merupakan abang Hazwan. Tetapi, takdir pertemuan diantara mereka seperti sedang mempermainkannya.

Telefon pintar jenama samsung note 20 yang berbunyi tanda whatsApp yang masuk menyedarkan Medina dari lamunannya. Pandangan yang dibuang pandang ke luar jendela mula kembali ke arah skrin telefon pintar.

Saya ambil awak lepas habis sesi persekolahan, boleh? -Amzar

Pesanan ringkas dari aplikasi whatsApp itu dipandang lama. Sebelum tangannya menggapai untuk membalas. Entah mengapa dia masih berat untuk menerima hubungan yang masih baru ini. Dia berkali-kali cuba mengikhlaskan hatinya tetapi keikhlasan itu sangat suka digapai. Jahatkah dia cuba menerima kedatangan lelaki itu tanpa memberi sepenuh keikhlasan dari hatinya?

Okey, jumpa nanti - Medina

'Medina, tak salah mencuba. Jangan teragak-agak. Mungkin ini adalah jodoh kau.' Medina menampar kedua belah pipinya.

"Fighting!" Tangannya mengenggam penumbuk tanda memberi semangat pada dirinya sendiri.

"Kau dah kenapa ni tampar pipi sendiri? Tak cukup cubit dan rotan anak-anak murid kau. Dengan diri sendiri nak ditampar." Seloroh Ella yang perasan melihat sahabatnya yang dalam dunianya sendiri sejak dari tadi.

"Kau ni..." Medina mengetap bibirnya. "Nak kena cubit dengan aku eh?" Tangan Medina sudah mula bergerak ingin mengetam.

"Tak nak! Kau cubit dan rotan sangat menyakitkan. Aku yang tengok pun seram. Padanlah budak-budak takut dengan kau macam apa?" Gelak Ella. Sahabatnya itu memang terkenal dengan kegarangannya sehingga digelar singa putih.

"Okey, aku serius sekarang ni. Kau fikir apa sebenarnya? Apa yang sedang menganggu fikirkan kau sampai termenung panjang sebegini sekali?" Soal Ella serius sambil menarik kerusi Medina menghadapnya.

"Aku..."

Ella mengangkat keningnya. "Aku?" Tidak sabar menantikan jawapan sahabatnya yang tergantung.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now