01 - Bus Stop

92 44 17
                                    

author.

flashback tiga tahun lepas

Selepas Jungwoo menghabiskan pekerjaan separuh waktunya di cafe, dia bergegas ke perhentian bas untuk pergi menyambung pekerjaan seterusnya di bengkel basikal. Pagi dia menyapu sampah di sekolah, petang dia bekerja mencuci pinggan di cafe dan malam dia berkerja sebagai mekanik sementara di bengkel.

Nampak macam memenatkan tetapi dia perlu buat juga semua itu untuk menampung yuran universiti dan keperluan ibu bapanya. Bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Harini, dia terlupa yang dia tak perlu datang ke bengkel kerana bengkel sedang diubahsuai. Jungwoo hanya menghela nafas dan duduk di perhentian bas sambil menunggu bas tiba bersama dengan seorang gadis yang sebaya dengannya. 

Gadis itu terjatuhkan kotak strawberi yang tidak dibuka lagi dan Jungwoo terus memberi kepadanya. 

" Susu awak terjatuh, " 

Gadis itu hanya mengangguk kepala dan fokus ke arah telefonnya. Jungwoo hanya redha bila kena palau dengan orang. 

Beberapa minit kemudian, gadis itu memberi earphones sebelah kiri secara tiba-tiba. Jungwoo terkejut dengan pemberian itu. 

" Untuk saya ke ? " soal Jungwoo yang melihat sekeliling. Memang takde orang, dia dengan gadis tu je ada. 

Gadis itu pantas menaip sesuatu dan memberikan telefon kepada Jungwoo. 

" Sebagai tanda terima kasih, saya beri awak dengar lagu dengan saya. Maafkan saya tadi tak berkata apa-apa sebab saya bisu tapi saya boleh dengar lagi. " 

" Ahh, takpelah. Saya tak terasa pun, lagipun terima kasih juga sebab beri benda ni, " 

I don't know where should I go from here 

Over my blank white space that I left empty 

You wave your hand while smiling at me...

Mereka memperdengarkan lagu Rainbow yang dinyanyikan oleh Nct Dream sehingga masuk ke dalam dunia masing-masing. Sedar tak sedar, bas terakhir akan bergerak dalam beberapa saat lagi. 

Gadis itu menepuk bahu Jungwoo yang hampir tertidur mendengar lagu itu dan bas sudah berjalan jauh meninggalkan mereka berdua. Jungwoo mengeluh kerana bas itu adalah bas terakhir yang hanya melalui perumahannya. 

" Bas kita dah berjalan, apa awak nak buat ? "  tulis gadis itu. Jungwoo berfikir sejenak dan terus mendapat idea. Berfungsi juga ketika itu. 

" Saya hantar awak naik teksi je tau. Takpe, tambang saya bayarkan. Tak baik perempuan jalan sorang-sorang waktu malam. " Tangan Jungwoo terus keluarkan telefonnya dari poket bajunya dan menempah teksi secara dalam talian. 

Gadis itu kembali menaip sesuatu dan tunjuk kepada Jungwoo sambil tersenyum bersyukur. 

" Terima kasih sekali lagi. Nama awak apa ? Saya Yoon Eunjoo, nice to meet you. " 

Eunjoo melambai tangan kepada Jungwoo sebelum dia masuk ke dalam perut teksi. Jungwoo hanya memerhati teksi itu hilang dari pandangan matanya.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

back to present 

Jungwoo dan ayahnya hanya memerhatikan Eunjoo terbaring di atas katil dari luar bilik. Hati Jungwoo mula sayu dan bersalah. Dia sendiri rasa bersalah kerana tak patut buat orang disayangi itu menunggunya sehingga jatuh sakit. 

" Eunjoo mesti cari Jungwoo kat sana, mianhei Eunjoo. Saya dah ada kat sini, sekarang saya perlu tebus kesalahan saya dengan menunggu awak sedar pula, "

Air mata Jungwoo mula jatuh dan yang paling sakit, keluarga Eunjoo tak benarkan sesiapa pun melawat Eunjoo. Keluarga Eunjoo memang tak sukakan keluarga Jungwoo kerana taraf hidup. Eunjoo datang dari keluarga kaya manakala Jungwoo datang dari keluarga sederhana.

" Jungwoo, kita balik dulu eah. Esok kita datang melawat Eunjoo lagi, " ayah memujuknya dan mereka beredar dari bahagian pesakit VVIP. 

Ada seorang jururawat mengejar mereka dan menghentikan langkah mereka. Cik Karina termegah-megah sebelum berkata sesuatu kepada mereka. 

" Jungwoo-ssi, awak suami Eunjoo kan ? " 

Jungwoo hanya mengangguk dan ayah mula ragu dengan jururawat itu. 

" Encik pergi jumpa Eunjoo, Eunjoo dah lama tunggu awak. "

" Eh, tapi Eunjoo tak boleh terima pelawat- " kata ayah dipotong.

" Saya akan bertanggungjawab untuk hal ini, " 

Jungwoo hanya melopong mulutnya.

Similarity.Where stories live. Discover now