KELOPAK mata dibuka dengan perlahan lahan. Cahaya matahari yang terpacar dari celah celah jendela terkena ke arah matanya. Dia pandang sekeliling. Kini dia berada dalam satu bilik asing. Dia mengerdipkan kelopak matanya berkali kali sebelum pandangan matanya kembali normal.
Aliya tersenyum nipis. Dia cuma bermimpi. Dia menghempuskan nafas lega sekejap. semua itu hanya mimpi
Aliya menonyoh sedikit matanya namun dia berhenti melihat ke arah tanganya. Dia mengerdipkan matanya sekali lagi. Tak. Tak mungkin.
Dia yang terbaring tadi lantas bangun membetulkan posisinya. Dia mengeleng kepala.
" ke..kena...kenapa aku pakai baju pengantin. Jangan cakap yang tadi. Tak mungkin " kata Aliya yang memandang sekeliling. Dia baru sedar yang sekarang ini dia bukan berada di dalam bilik tidurnya. Tapi berada di bilik yang asing baginya. Mungkin dia berada di dalam bilik hotel.
" jadi tadi bukan mimpi..aku.. aku" aliya terhenti berbicara bila dia melihat satu sosok tubuh yabg sedang tidur di sofa
" Sarah?" Kata Aliya yang baru sedar akan kehadiran sarah di sofa depannya. Sarah yang tertidur di sofa tersebut lantas bangun apabila mendengar namanya disebut
" Aliya kau dah sedar. " kata sarah lalu dia berjalan mendekati Aliya.
" kau tahu tak. Aku cuak gila bila kau tiba tiba pengsan tadi. Nasib baik kau dah sedar "
"Siapa... siapa suami aku?" Aliya terus menanyakan soalan tersebut pada Sarah. Dia memandang tepat ke arah sarah. Dia perlukan kepastian.
" aku tanya Sarah. Siapa?"
" babe kau tenang dulu. Kau baru je sedar" dalih sarah.
" tell me... bukan dia kan"
Sarah teragak agak mahu menjawab pertanyaan Aliya. Sarah mencapai kedua belah tangan Aliya lalu memegangnya.
" bukan dia. Tell me not him right"
" he is. Now kau wife Haikal .look Aliya kau tenang dulu okey. Aku tahu kau terkejut" ujar sarah kepada Aliya.
Aliya tidak berkata apa apa. Dia terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci rapat.
Tiba tiba pintu dibuka. Maklong dan safi menerjah masuk ke dalam bilik itu.
" dah sedar pun engkau. Kau ni memang buat malu aku kan. Pengsan masa akad nikah. Menyusahkan betul. Dah kau ambil baju ni pakai. Dalam masa sejam lagi kau akan bersanding" kata maklong yang meletakkan baju grown warna biru di tepi nya.
" kejap lagi akan ada orang datang tolong kau bersiap nanti." Ujar maklong lagi.
" kenapa maklong tipu Aliya?"
" bila masa pula aku tipu kau."
" kenapa Aliya kahwin dengan dia" kata Aliya kepada maklong.
" mana ada aku tipu. Kau kahwin dengan tunang kau. Haikal kan tunang kau. Dah tak payah banyak cakap. Pakai cepat " kata maklong lagi.
Aliya bagaikan tak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia ditipu hidup hidup.
" berapa yang dia bayar dekat maklong sampai maklong terima dia" tanya Aliya. Dia dapat rasakan yang ada sesuatu yang tak kena. Takkan maklong senang senang batalkan perkahwinan dia dengan syakir agar dia kahwin dengan orang lain.
" apa yang kau mengarut ni. Dia kan tunang kau. Buah hati kau. Jadi aku kahwinkan kau dengan dia " terang maklong.
" Aliya tanya berapa!"
" RM500k dia bagi. Tak sangka aku laki kau kaya giler. Kaya lagi dari syakir. Untung kau. " safi tiba tiba mencelah perbualan mereka. Maklong lantas memandang tajam ke arah safi begitu juga dengan Aliya.
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...