AIDEN mencelikkan matanya. Rasa lenguh pada lengan kiri sehingga dia tidak mampu untuk bergerak seinci pun. Dibiarkan seketika Adeena yang masih lena tidur berlapikkan lengannya.
Wajah bersih wanita itu dia elus menggunakan jari. Cantik.
"I love you sayang." Puncak hidung mancung isterinya dia kucup sayang.
"Abang gedik." Terjongket kening lelaki itu tatkala telinga disajikan dengan suara isterinya.
"Abang kejutkan sayang?" Adeena tersenyum lalu menggeleng. Wanita itu beralih meletakkan kepalanya di dada bidang Aiden yang tidak beralaskan pakaian.
Sudah masak dengan rutin harian Aiden yang tidak suka mengenakan busana pada tubuh atasnya. Tidak kira suasana menjengah malam mahupun siang.
"Abang..."
"Hmmm?" Aiden memejamkan matanya sekejap. Jangan dia meminta bukan-bukan pada waktu sebegini. Jam baru sahaja menunjukkan angka 3:00 pagi.
"Sayang lapar." Adeena mengemamkan bibirnya. Rasa bersalah mula menyelubungi diri tatkala mata disajikan dengan wajah penat milik Aiden.
"Sayang nak makan apa? Hmmm?" Soal Aiden kebingungan.
"Nak makan nasi goreng dengan ais krim vanilla mix dragon fruit." Adeena mula membayangkan makanan yang diminta memenuhi di hadapan mata.
Perutnya yang membuncit dia pegang. Anak mommy kenapa buat mommy mengidam benda yang belum tentu dapat pada waktu pagi macam ni.
Bibir Adeena mula melengkung ke bawah. Dia nak makan semua makanan tadi! Air mata mula tidak memberinya kerjasama. Teresak-esak wanita itu.
"Sayang? Jangan nangis." Aiden bangun dari baringannya. Dia mengambil hoodie yang tersangkut di atas penghadang sofa lalu disarungkan ke tubuh tegapnya.
"A-Abang nak pergi mana?"
"Abang pergi supermarket kejap. Dragon fruit dengan ais krim tak ada dalam fridge. Sayang tunggu kejap, balik nanti abang masakkan nasi goreng."
Dahi milik Adeena dia kucup sebelum melangkah keluar dari bilik. Tidak sempat wanita itu berkata-kata.
ADEENA yang hanya menyarungkan baju kemeja Aiden itu menjengah kepala ke arah dapur. Ralit betul suaminya itu memasak. Dia tersenyum. Bersyukurnya dia dapat suami seperti Aiden.
Adeena melangkah mendekati suaminya. Abdomen lelaki itu dia usap sebelum memeluk kemas pinggang lelaki itu. Belakang tubuh Aiden dia kucup sayang.
"Thank you abang." Aiden tersenyum nipis. Tangan lelaki itu lincah memasukkan semua bahan ke dalam kuali.
"My pleasure sayang. Jangan nangis." Wajah Adeena yang mula tersebek itu kembali di neutralkan semula.
Aiden dah masak dengan perangainya. Walaupun lelaki itu membelakangi dia lelaki itu tahu yang dia tersebek mahu menangis.
"Dah siap. Jom isteri abang." Tangan kanan Aiden memegang mangkuk yang berisikan nasi goreng sebelah tangannya lagi eloks melekap di sisi pinggang milik isterinya.
"Sayang duduk dulu. Abang pergi buatkan ais krim untuk sayang." Adeena tersenyum lalu mengangguk.
Dia turuti kata Aiden. Kerusi dia tarik sebelum melabuhkan duduk. Bauan nasi goreng menyinggah rongga hidung. Tengok dan hidu sahaja sudah tahu masakan suaminya itu sedap. Macam mana ni? Kalau dia makan banyak nanti bertambah gemuklah. Sudahlah hari menjengah pagi.
"For you my lady." Adeena tersenyum namun sekejap bibirnya mula melengkung ke bawah.
Suaminya melayan dia bak ratu. Bagaimana dia mahu mengawal perasaan terharu yang membelenggu diri?
"Cinta hati abang. Don't cry, you are my wife, of course I will treat you like a queen. You sacrificed a lot to give birth to our prince and princess. Serving you is my responsibility. Don't feel bad."
Rambut Adeena dia usap memujuk. Kerusi yang di duduk di dekatkan dengan tubuh Adeena.
"Terima kasih abang." Adeena menyembamkan wajahnya di dada bidang Aiden. Lelaki itu hanya tersenyum. Cengengnya isteri dia.
"Most welcome love."
"Abang suapkan sayang or sayang nak makan sendiri?"
Aiden mengangkat keningnya pada Adeena.
"Abang suapkan. Ehehe." Adeena tersengih. Lengan sasa suaminya dia rangkul lalu dia melentokkan kepala di situ.
Sesudu nasi dia sua ke Adeena. Namun wanita itu tidak mahu membuka mulut. Sudah kenapa pula.
"Makan sayang. Dah lewat sangat ni esok abang kerja."
Adeena menggeleng.
"Guna tangan abang tak nak sudu." Aiden menggaru keningnya. Manjanya isteri dia!
"Okay my lady."
Adeena senyum. Mahu sahaja dia duduk di atas paha suaminya. Akan tetapi perut dia yang memboyot pasti akan menyukarkan posisi untuk Aiden menyuapkannya.
"Nasi goreng is not healthy, sayang jangan makan banyak sangat. Habiskan yang ni je." Satu pinggan nasi goreng sudah di bahagikan dua oleh Aiden.
Adeena mencebik.
"Nasi sedap."
"Ais krim tu siapa yang nak makan?" Tanya Aiden. Tangannya masih lagi menyuap Adeena.
Layankan sahaja isteri yang terlebih manja ini. Lagi 4 bulan dia perlu tunggu untuk Adeena melahirkan anak ketiga mereka.
"Kita kongsi. Ais krim pun not healthy kan." Jawab Adeena dengan nada yang berjauh hati. Dia nak makan lagi.
"Sayang." Adeena mengeluh. Suara suaminya sudah berubah mendatar.
"Sorry abang."
"Abang ambil berat tentang sayang sebab abang cinta dan kisah. Jangan berjauh hati dengan abang."
Adeena mengangguk. Sisi pinggang Aiden dia rangkul untuk memeluk tubuh tegap itu.
"Je t'aime abang."