Bab 45

434 54 33
                                    

"CIKGU, nak suruh kita orang masak apa?" soal Hazwan yang berlagak tenang.

"Hurmm... let me think first." Medina sudah mengetuk-ngetuk dahinya tanda dia sedang berfikir.

"Cikgu, cepatlah! Tak payah nak berdrama fikir. Ingat Hazwan tak tahu cikgu tu berlakon aje tu." Hazwan mengherotkan bibirnya menyampah.

Medina sekadar menarik sengih melihat ke tidak puas hati wajah Hazwan.

"Jangan risau, cikgu nak suruh kamu bertiga masak benda simple aje. Tak susah. Pejam mata pun boleh masak."

"Cikgu, kalau kita orang masak pejam mata. Confirm kita orang tidur." ujar Darus selamba.

"Itu sebab kau orang nak tidur bukan nak masak."

"Yelah... yelah..." Darus memuncungkab bibirnya sambil memeluk tubuh.

"Okey, benda yang cikgu teringin sekarang ni..." lama Medina berhenti sebelum kembali menyambung ayatnya semula.

"Apa?" Mazwar ternanti-nanti jawapan Medina.

"Tolong jangan cakap nak rendang daging." Darus menggeleng.

"No lah... Cikgu nak spageti aje pun."

Helaan dilepaskan serentak. "Oh, spageti."

"Tapi, mana ada bahan dekat rumah ni. Betul tak abang Mika?" soal Hazwan yang sudah memandang wajah Hayyan yang memerhati mereka berempat sejak dari tadi.

"Hurmm..."

"Alasan! Kalau tak ada, it's okay. Hypermarket tak jauh. Depan tu aje. Cikgu nampak Econsave dekat jalan luar tu. Bukan jauh mana pun dari rumah pun." Medina sudah tersenyum sumbing.

"Kalau nak beli barang nak letak dekat mana? Kita orang ada motor aje kut. Cikgu pun tak akan nak naik motor sama dengan kita orang." sekali lagi Hazwan beralasan.

"Grab ada, Hazwan sayang! Cikgu datang sini pun naik grab. Apa ada hal." Medina menjongket keningnya sambil tersenyum senget.

"Tak susah ke?" sengaja Hazwan bertanya soalan bodoh itu. Walaupun harapan Medina akan mengalah adalah amat tipis.

"Kalau rasa susah abang Mika boleh hantar kau orang semua pergi Econsave." ujar Hayyan yang akhirnya bersuara.

"Aduh!" Hazwan sudah mengeluh perlahan. Namun keluhan yang hela tidak lama.

'Tink!' Senyuman senget diukirkan Hazwan. Melihat Medina memandangnya penih sangsi cepat-cepat Hazwan menyembunyi seny

"Okey, boleh!" ucap Hazwan yang tadi sedih kini mula ceria.

"Hah? Eh, tak apa. Boleh aje naik grab." Medina cuba menolak baik.

"No... no... cikgu, nanti lambat kita nak sambung study balik." Hazwan sudah tersenyum senang.

'Dan... dan... kau ni eh, Hazwan. Sengajalah tu nak suruh aku naik kereta dengan Hayyan.' Medina cuba menarik senyuman di bibir. Gigi diketap menahan geram dengan anak muridnya itu. Niat awalnya yang mahu mengenakan anak muridnya mula bertukar anak muridnya yang mengenakannya pula.

"Tunggu kejap saya amek kunci kereta." tutur Hayyan sebelum melangkah mendaki tangga villa itu.

Sebaik melangkah masuk ke dalam perut kereta milik Hayyan. Medina tidak lagi bersuara riuh. Sungguh dia berasa kekok berada dekat dengan bekas teman lelakinya itu.

"Sejak bila cikgu tahu senyap ni?" seloroh Hazwan selamba.

"Ha'ahlah... baru perasan." tambah Darus.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now