Bab 48

394 59 43
                                    

WAJAH kantok para pelajarnya membuatkan Medina tersenyum kecil. Wajah mereka jelas tidak cukup tidur dan terpaksa bangun awal pagi untuk melaksanakan aktiviti yang telah dijadualkan. 'Comel sungguh anak-anak muridnya itu.'

"Okey, cukup-cukuplah melayan perasaan mengantuk kamu semua tu. Aktiviti sebenar baru nak bermula." Medina mula bersuara.

"Kita nak buat aktiviti apa hari ini cikgu Medina?" soal Maria yang mula mengangkat tangannya.

"Untuk pagi ini kita akan mulakan dengan permainan bola tampar pantai. Cikgu akan bahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan satu akan diketuai cikgu Rahim kumpulan dua akan diketuai Encik Hayyan, kumpulan tiga akan diketuai oleh saya sendiri dan kumpulan empat akan diketuai oleh cikgu Ella. Okey?"

"Okey."

"Maria kau satu team dengan cikgu Medina kan? Tukar team boleh tak?" bisik Hazwan yang mahu menukar kumpulan.

"Hah! Tak nak." Mariaa menolak permintaan Hazwan itu.

"Bolehlah Maria, kau kan baik."

"Tiber, kata aku baik pulak." Maria mula menjulingkan matanya ke atas.

"Hekeleh... Kau dah satu group dengan abang Mika okeylah tu. Bagilah chance dekat aku satu group dengan cikgu Medina pulak." tutur Darus yang turut mendengar Hazwan mahu menukar kumpulan.

"Tahu tak apa, asyik kau aje nak satu team dengan cikgu Medina bialah kita orang pulak." tutur Mazwar.

"Kan..."

"Tak naklah, macam tak best aje dengan abang Mika. Baik dengan cikgu Rahim."

"Yelah... cikgu Medina aje, siapalah cikgu Ella. Tak ada siapa nak gaduh nak satu team dengan cikgu." celah Ella yang mencuri dengar anak-anak muridnya bertelagah.

"Mana ada cikgu Ella, kita orang tak kisah pun kalau satu team dengan cikgu." Hazwan mula tersengih serba salah.

"Yelah tu, konon aje. Bukan saya tak tahu kamu nak satu team dengan cikgu Medina aje."

"Cikgu janganlah jauh hati dengan kita orang." pujuk Darus.

"Hrmm..."

"Ayok tak tahu, kau orang buat cikgu Ella merajuk." Maira terus menambah perisa membuatkan mereka bertiga serba salah.

"Mana ada." Mazwar mula membela dirinya.

"Yeke tak ada buat?" Medina mula datang menghampiri anak-anak muridnya yang dari tadi kelihatan bertelegah sesama sendiri.

"Betul lah cikgu."

"Tengok muka cikgu Ella cemberut aje ni, mesti kau orang ada buat apa-apa ni." usik Medina.

"Cikgu!"

"Sudahlah tu mengusik budak-budak tu." Rahim datang menyapa.

"Jangan nak mengada nak tukar kumpulan yang telah diberikan. Kumpulan tadi yang dah diberikan jangan mengada nak tukar. Kalau saya dapat tahu siap kamu semua." Hayyan mula bersuara tegas. Wajahnya jelas serius membuat semua pelajar kecut perut.

"Kan aku dah kata tadi, satu team dengan abang Mika tak best." Hazwan berbisik pada Darus.

"Agaklah..."

"Darus! Hazwan! Apa lagi yang tak berbisik dekat belakang tu?" sergah Hayyan serius.

"Tak ada apa abang Mika." tutur Hazwan dan Darus serentak.

"Kalau macam tu kita dah boleh mulakan aktiviti."

Medina yang melihat Hayyan bertegas pada Hazwan dan pelajar lain membuatkan dia tersenyum sendiri. Lelaki itu dari dulu tidak pernah berubah sangat tegas dengan sesiapa sahaja. Lihat sahaja dahulu puas dia dimarahi Hayyan dengan kenakalannya dan onar yang dilakukan.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now