✨17✨

47 9 2
                                    


Bunyi tapak kaki yang menghampiri ke arah bilik membuatkan Hoseok betul-betul hilang arah. Mana tidaknya, Mi Ran pulang bukan pada waktunya.

Dua insan yang seronok dibuai nafsu itu cepat-cepat berdiri lalu segera mengambil pakaian mereka yang berada di atas lantai dan disarungkan ke tubuh mereka.

"Mi Ran dah balik! Mana aku nak lari?" Jerit Scarlet dengan nada berbisik.

Hoseok mencengkam rambutnya. Stress! Namun tiba-tiba dia mendapat idea tatkala matanya tepat memandang ke arah sebuah almari pakaian.

"Masuk!" Arah Hoseok sambil membuka pintu almari itu. Scarlet tanpa membantah, terus sahaja meluru masuk ke dalam almari itu.

Tepat dengan itu, Mi Ran masuk ke dalam. Kening gadis itu berkerut tatkala melihat Hoseok yang sudah berpeluh. Penghawa dingin masih elok, mengapa Hoseok berpeluh sebegitu rupa?

"Awak.. awak sakit ke?" Soal Mi Ran lalu mendekati lelaki itu. Tangannya juga naik menyentuh dahi lelaki itu. Hoseok pula cuba mengawal dirinya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Badan tak panas. Awak..." Kata-kata gadis itu terjeda seketika apabila dia menghidu sesuatu yang aneh pada tubuh lelaki itu.

"Busuknya! Awak jangan cakap dengan saya yang awak tak mandi dari pagi!?" Marah Mi Ran. Matanya tajam menikam anak mata lelaki itu.

Hoseok hanya diam. Dia tahu bau itu.

"Dah sekarang ni, awak..." Kali ini terjeda lagi. Cukup lama. Nafas Mi Ran mula turun naik turun naik dengan cepat. Perlahan-lahan tangannya menggapai sebuah beg yang tidak asing baginya.

"Scarlet..." Mata Hoseok membulat.

Oh shit! Macam mana dia boleh lupa dengan beg Scarlet.

"Jadi betul selama ini, awak pergunakan saya?" Airmata gadis itu mula mengalir.

Tergagap-gagap lelaki itu hendak menjawab pertanyaan gadis itu.

"Where's she fucking right now?!" Jerit Mi Ran sambil membaling beg itu tepat pada wajah Hoseok.

Hoseok tidak menjawab sebaliknya diam.

"KELUAR! KELUAR KAU SCARLET! SHOW FUCKING URSELF RIGHT NOW INFRONT ME!!" kesabaran Mi Ran sudah pun habis. Hoseok sudah menelan air liur payah.

Kerana ketakutan, Scarlet keluar dengan terburu-buru. Wajahnya ditundukkan. Dia betul-betul takut melihat wajah sekarang gadis itu.

Dek dikuasai rasa marah, Mi Ran pantas mendekati gadis itu. Baru sahaja sesi petang hendak bermula, Hoseok cepat-cepat menghalang Mi Ran dari menyerang Scarlet. Maka, terjadilah sesi pemberontakan. Mi Ran sedaya upaya cuba melepaskan diri untuk dia dapat menyerang Scarlet.

"Lepaskan aku! Perempuan ni patut sedar yang dia mengatal dengan suami orang!" Jerit Mi Ran.

"Mi Ran, berhenti! Kita bincang elok-elok!" Balas Hoseok yang masih berusaha menghalang Mi Ran.

"Lepas! Aku nak ajar sikit perempuan ni! Dasar pelacur!" Kepala Mi Ran terteleng ke kiri dengan mata yang membulat. Terkejut dek tamparan keras dari lelaki itu. Tangannya naik menyentuh pipinya yang sudah membahang.

"Jaga mulut kau! Dia bukan pelacur! Jangan sesekali kau sebut dia dengan panggilan tu!" Marah Hoseok.

Airmata gadis itu semakin laju mengalir. Perlahan-lahan dia memberanikan dirinya untuk mengangkat wajahnya memandang ke arah lelaki itu.

"Betul, memang betul kata Namjoon dulu. Awak tak cintakan saya. Awak hanya nak mainkan perasaan saya, kan?"

Hoseok menyeringai.

BUKAN ANAK HARAM (JUNG HOSEOK ft KIM NAMJOON)Where stories live. Discover now