05 - Ice Cream

52 27 12
                                    

author.

Jungwoo masuk ke dalam kedai serbaneka selepas bekerja di cafe untuk membeli snek petangnya. Macam biasa, snek petangnya ialah aiskrim kon perisa vanila. Ketika dia ingin mengambil aiskrim itu yang hanya tinggal satu, ada tapak tangan lain juga ingin mengambil aiskrim itu. 

Dia terus melihat kelibat itu dan terkejut apabila melihat Eunjoo, gadis yang dia jumpa di perhentian bas minggu lepas berada di hadapannya. Eunjoo juga terkejut dan menunduk salam perjumpaan kembali. 

" Awak lagi, kita jumpa lagi. Takdir atau kebetulan ? " 

Eunjoo tergelak kecil dan menulis sesuatu di telefonnya, 

" Apa khabar ? Macam mana dengan awak sekarang ? " 

" Saya cuma bekerja sahaja, untuk menyara ibu ayah saya, " 

" Awak tak sambung pelajar, rupa awak seperti budak top pandai di sekolah. " 

Jungwoo menafikan yang dia memang pandai di sekolah. 

" Saya belajar sekejap sahaja lepastu berhenti sebab pekerjaan saya cukup-cukup sahaja untuk tanggung keluarga saya. Awak nak ke aiskrim ni , saya belanja kali ni ? " 

Eunjoo membuat isyarat tangan, ' Saya bayar kalini, ' . Dia terus merampas aiskrim itu dari tangan Jungwoo lalu pergi ke kaunter. Jungwoo hanya tersenyum melihat gadis itu. 

Sambil mendengar lagu, Jungwoo menunggu Eunjoo dari kedai untuk pergi ke perhentian bas bersama-sama. Eunjoo menikmati aiskrim dan terkejut melihat Jungwoo lagi buat kali kedua.

" Awak nak pergi bus stop kan ? " Eunjoo mengangguk tanda ya kepada perlawaan Jungwoo. 

" Khaja, " Jungwoo berjalan terlebih dahulu dan Eunjoo menghalangnya. Langkah lelaki itu terhenti apabila melihat Eunjoo mengangkat sebuah kotak besar dan bergelut ingin memegang aiskrim sekali. 

" Eunjoo, suruh jelah saya bawa kotak ni untuk awak, " Eunjoo hanya diam apabila Jungwoo merampas kotaknya dari tangannya dan mereka berjalan ke perhentian bas. 

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Jungwoo terjaga apabila ada sesuatu mengacau tidurnya. Apabila dia membuka mata, kaki Jungho mula menendang mukanya. Dia terus mengubah posisi baring kepada duduk. Terkejut betul anak sendiri yang kacau tidurnya lagi, dah lah meragam pukul 5 pagi tadi. 

" Jungho nak apa lagi, tak tidur lagi dari tadi ke, " Jungwoo menggosok matanya dan jam menunjukkan pukul 8 pagi. Jungho ingin menangis dan Jungwoo mengangkatnya bawa masuk ke bilik tetapi kakinya terlanggar meja. 

Akibat insiden itu, Jungha yang tidur di sebelah Jungho tadi terjaga dan mula berteriak. Kepala Jungwoo mula serabut kerana sepasang kembar mula menangis dan tak pasti mereka inginkan apa.

Bunyi kaki eomma mula menapak dan Jungwoo mula menghembus nafas lega. Nampaknya, eommanya datang melawatnya dan mula memujuk Jungha berhenti menangis. 

" Nasib baik eomma datang. Kalau tak, serabut kepala nak urus diorang ni, " Jungwoo mula merungut sambil menenangkan Jungho yang berteriak dari tadi. 

" Diorang ni sama je macam kamu, suka sangat menangis masa kecik. Eomma dah kasi susu, tukar pampers tapi kamu menangis jugak, " perli eomma yang sedang memberi susu kepada Jungha tetapi ditolak oleh bayi itu. 

" Tadi dah kasi susu dekat Jungha dengan siap tukar pampers lagi, tak tahulah dia nak apa sekarang ni, " ujar Jungwoo berjalan ke sofa lalu duduk dengan lega kerana Jungho mula diam di pangkuannya. 

" Dia nak perhatian kamu, no debate. Nampak sangat Jungha ni anak ayah, suka pandang ayahnya je. Ha, tenang budak ni pulak, " jawab eomma mengemas barangan kembar itu yang bersepah di lantai. Jungwoo mula mengusutkan kepalanya, nak kena tenangkan anak perempuannya pula.

" EOMMAAA, macam dengan Jungho ni ? Siapa nak jaga Jungho kalau saya jaga Jungha ? " Jungwoo mengeluh sambil mengangkat sepasang kembarnya ke bilik tidur. Sakit kepala nak tidurkan diorang balik.

" Eh, kamu bukannya masak lunch pun. Pergi tidurkan diorang pastu berehat, eomma masakkan harini, dia pikir jadi bapak ni senang ke. Tau pun susah, " Eomma terus menolak Jungwoo masuk bilik lalu berjalan ke dapur yang memang tiada satu bahan pun, mujurlah dia dah pergi ke pasar sebelum pergi ke rumah anaknya. 

Jungwoo yang berada di dalam bilik bersama denga anaknya hanya melihat kembarnya membuka mata dan hanya terdiam dari tadi. Dia ingin mendodoikan mereka tetapi dia teringat sesuatu. 

" Jungwoo, saya nak peluk awak. Jungha dengan Jungho suruh, " tulis di sticky notes dari Eunjoo. 

Jungwoo terus memeluk Eunjoo yang sedang mengemas dapur. Mukanya terus merah padam dan terus melepaskan pelukan itu. 

" Eunjoo, cepatlah sedar. Jungha dan Jungho tunggu awak ........ " Jungwoo hanya melihat sinaran matahari yang tembus ke dalam bilik dan mengharapkan ada cahaya yang bantu Eunjoo sedar dari tidur lamanya.







+ 200 reads for next chapter . kalau rasa takleh tunggu , ha gi promote kat member suh baca

+ plot twist menanti , jangan marah

Similarity.Where stories live. Discover now