Bab 2

206 8 9
                                    

Dayang bangun pagi dengan badannya penuh rasa kesakitan. Dia melihat di sebelahnya jika suaminya masih tidur lagi.Dia mengeluh lalu berjalan ke bilik air untuk menyiapkan dirinya untuk mulakan hari baru.

Selesai dia menyiapkan sarapan pagi untuk keluarganya dan dirinya itu,Dayang menaiki kereta Honda Civic dan memandu ke tempat kerjanya yang tersorok di bawah Restoran Mamak Maju. Dia memeriksa rupanya jika solekannya sempurna tetapi tebal sedikit.Dia mengeluh tetapi berharap jika tiada orang perasan akan kecacatan solekannya itu.
_________________________
"Selamat ke Restoran Mamak Maju ,Puan.Bolehkah saya ingin membantu kamu?" kata Razman; salah seorang 'pekerja restoran' yang sebenarnya salah seorang ejen MATA yang 'mengawal ' pintu rahsia ke MATA HQ.
"Telur MATA Taknak Telur" Dayang memberi kod rahsia untuk masuk MATA.
"Tak nampak terlalu simple ke kod tu?" bisik Razman sambil membawa Dayang ke tempat makan.
"Diet" bohong Dayang kerana dia malas nak melayan soalan mengarut dari Razman.
"Baiklah.Serta...rakan kamu sudah menunggu kamu" Razman menunjuk ke arah meja yang mempunyai Ketua-Ketua Teras lelaki yang sedang minum air.

Djin sedang membaca berita dari tab Samsung Galaxy,Zain sedang menonton Cyberaya News dari TV kedai mamak itu serta Ganz baru selesai minum secawan air kopi. Dayang terpaksa duduk bertentangan dengan Djin dan sebelah Zain.Djin perasan kehadiran Dayang di hadapan matanya lalu mengukir senyuman buaya dan Dayang membalasnya dengan menjelir lidahnya ke arah ejen Inviso itu.

"Djin,Dayang...Jangan main-main.Kita semua akan berlepas di MATA HQ sekarang ini" tegur Zain dengan tenang.

Suasana di Restoran Mamak Maju menjadi gelap.Razman dan Rajesh telah membuat 'persembahan' di khalayak ramai supaya para Ketua Teras boleh pergi ke MATA HQ dengan senyap.

Setibanya di MATA HQ,pakaian para Ketua Teras bertukar dari pakaian biasa kepada suit ejen mereka.Zain memakai suit tema kuning untuk Neuro,Ganz tema biru untuk Kombat,Djin tema hitam-putih untuk Inviso dan Dayang memakai suit makmal merah-putih kerana Teras Tekno.Mereka berjalan menuju ke pintu masuk MATA HQ sambil berbincang hal semalam.

"Kamu semua perlu siap-siaga untuk misi malam ini" kata Zain.
"Yang bank ke,perlabuhan ke atau yang makmal di menara peneraju?" tanya Ganz.
"Takkan kamu tidak ingat?" kata Djin.
"Sekurang-kurangnya saya ada usaha untuk dengar apa Zain sampaikan daripada kamu asyik terlentok dekat mesyuarat semalam" sindir Ganz dekat Djin.
"Eleh...Mengapa kamu berdua tetap kena denda kerja di dapur kafeteria sedangkan kamu boleh fokus semalam?" Dayang hina kedua-dua Djin dan Ganz yang tengah tahan marah.
"Sudah kamu semua!Haih...Semua lokasi yang Ganz katakan tadi semuanya betul.Namun tugasan yang perlu kita semua siap-siaga adalah di makmal-makmal menara peneraju" jelas Zain.

Ganz senyum gembira ibarat gorila dapat menawan kawasannya sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya yang bingung dengan ekpresi mukanya.Zain menyuruh para Ketua Teras untuk bersurai dan mereka pergi ke pejabat masing-masing.Dayang mengikut Djin dari belakang dan ejen Inviso mengetahuinya.Namun,Djin buat 'bodoh' kerana dia tidak mahu menimbulkan drama di hadapan para ejen.

Tibanya di pejabat Inviso,Djin menoleh ke arah belakang untuk menanya soalan kepada Dayang.Belum sempat Djin buka mulut,Dayang telah memberi penampar di pipi kiri Djin.Djin terpinga-pinga pada mulanya.

"Dayang,apa ini?"
"Pasal semalam.Tak pasal-pasal saya sakit perut betul ini"
"Jadi?"
"Jadi kau kata?Dahlah kamu ingin cederakan saya dengan meletakkan wasabi dalam lauk tomyam kamu buat..."
"Sedap kepala otak kau!Pasal sup semalam kamu punya pasal, tak pasal-pasal saya kena-" Dayang tetiba terhenti seketika.
"Kenapa kamu terhenti tetiba? Nampak hantu ke?" tanya Djin dengan nada sinis.
"Lupakanlah pasal sup tomyam maut kamu buat" balas Dayang lalu tinggalkan Djin.
"Tak betul ke Ejen Dayang itu" bisik hati Djin sambil berjalan menuju ke meja kerjanya di bilik pejabatnya.

------------------------
Dayang sedang membaiki salah satu gadget MATA yang rosak. Dayang terlelap seketika dan menutup matanya dalam beberapa saat.Dengan secara tiba-tiba,matanya terbeliak seperti orang bangun dari mimpi ngeri. Rakan kerjanya;Geetha yang juga berada di makmal itu terkejut dengan jeritan kecil Dayang  lalu pergi ke arahnya.

"Ejen Dayang, kamu tidak apa-apa ke?" tanya Geetha dalam keadaan cemas.
"Tangan kanan saya terkena besi Soldering Iron Pen ini" kata Dayang.
"Hurm...bukannya tangan kamu sudah dilindungi oleh sarung tangan keselamatan  yang kamu selalu pakai itu" balas Geetha dengan sangsi.
"Ye ke?Saya okay jer" ayat Dayang menjadi tunggang-langang.

Geetha rasa curiga terhadap perangai Dayang yang pelik itu. Jarang nampak Dayang yang tertekan di tempat kerjanya oleh masalah peribadinya. Geetha berjalan ke arah Dayang sambil memujuknya.

"Dayang, kamu okay ke?Kamu nampak letih dan tertekan "
"Saya...okay sahaja,Geetha. " balas Dayang dengan bohong.
"Anda pasti ke?" Geetha dengan secara perlahan untuk memegang tangan kanannya.
"Pasti,Ejen Geetha. Saya perlu pergi ke pejabat saya untuk persediaan mesyuarat dengan ketua teras." balas Dayang sambil mengelak tangan kanannya disentuh oleh Geetha ibarat orang rasis yang benci orang berkulit hitam.

Dayang bangun dari tempat kerjanya lalu memeluk Geetha sebelum beredar dari makmal bengkel MATA. Geetha berasa tidak puas hati dengan alasan dan tindakan Dayang seperti macam tidak suka orang.

"Selalunya, Dayang okay sahaja dengan semua orang hari ini...Hari ni pula lain macam termasuklah mengaruk di hadapan Ejen Djin " bisik hati Geetha

[Ejen Ali Fanfiction] Setan Itu MalaikatkuWhere stories live. Discover now