Angin sepoi sepoi meniup tirai kamar Aiman , dia seperti orang bingung , selalu termemung mengenangkan rahsia keluarganya . Seorang anak tunggal yang tinggal bersama kedua ibu bapanya cukup membosankan dirinya . Tiada datuk , tiada nenek serta adik beradik dan saudara mahupun sepupu . Apabila ditanya ibu bapanya akan menjawab "datuk dan nenek kamu kedua duanya sudah meninggal dunia " . Dia juga tidak pernah diberikan telefon pintar dan tidak sekali pun diberi menonton televisyen , apabila ditanya dia asyik dimarah .
Setiap petang Aiman menghabiskan masanya dengan menulis diary , melukis komik dan juga mengambil gambar suasana diluar rumah . Walaupun dia lelaki tetapi hobi dia seperti perempuan oleh kerana dia tidak boleh keluar dan tidak boleh menonton televisyen mahupun bermain komputer .
Pada petang hari , ibu bapa Aiman ingin keluar sebentar kerana ingin membeli barangan dapur kerana mereka baru berpindah . Ibunya berpesan " jangan sesekali kamu keluar ataupun membuka televisyen yaa " . Setelah ibu bapanya keluar dia tidak pedulikan pesan ibunya dan dia mencuba membuka televisyen . Betapa terkejutnya dia kerana mukanya terpapar di berita . Pembaca berita tersebut mengatakan bahwa dia hilang selama 10 tahun dan terpaparlah gambar sebenar ibu bapanya dan penculik dia . Terkejutnya dia apabila ibu bapanya sekarang adalah penculik dia . Tiba tiba ibu bapa penculiknya datang dan apabila ibu bapanya dapat tahu yang dia sudah mengetahui yang dia diculik sejak kecil lagi . Ibu bapanya mengurung dia di suatu bilik yang dia tidak pernah masuk selama dia pindah ke situ . Aiman dikurung di dalam bilik yang penuh dengan rantai serta pagar di pintu keluar dan di tingkap bilik itu. Aiman cuba membuka pintu tapi apakan daya rantai tersebut terlalu ketat dan besar . Setelah beberapa jam dia dikurung dia mencuba lagi dengan membuka tingkap melalui celah celah rantai tingkap itu . Akhirnya , Aiman berjaya membuka sedikit tingkap dan dia menjerit sekuat hati hingga didengari oleh jiran dia . Lalu , jirannya menelefon polis dan dia berjaya dikeluarkan , ibu bapa yang menculik dia ditangkap oleh polis .
Aiman berjumpa dengan ibu bapa sebenarnya dan hidup bahagia bersama mereka serta saudara mara yang lain .
YOU ARE READING
Rahsia
Mystery / ThrillerSejak kecil lagi , ibu bapa aiman tidak memberitahunya tentang datok,nenek dan juga sedara mara.Malah setiap bulan sahaja mereka asyik berpindah. Apakah rahsia keluarganya yang telah disorokkan darinya?