BAB 34

70 7 2
                                    

Ralit Ayuni meneliti akaun-akaun syarikatnya di Cafe La Favela cawangan Sungai Petani, tiba-tiba satu notification masuk. Sekilas pandang, laju Ayuni mencapai telefon bimbitnya.

-"Salam puan, urusan jual beli kereta Honda Civic 1.5 Turbo Premium, warna putih dah settle. Bila puan free untuk pick-up kereta?" 

-"Walaikumsalam, ye Najihah. Wah Alhamdulillah laju awak buat kerja. Recommended, sebab tu cari awak lagi kalini"

-"Terima kasih, puan. I take it as compliment from you. Unexpected feedback and its too nice of you."

-"InshaaAllah, saya update awak by tomorrow bila nak pick-up kereta."

-"Okay, thank you puan. Have a nice day."

"Happynya, Ya Allah. Eksaited sangat dapat suprisekan encik suami macam ni. Ini perasaannya ya bila dapat hadiahkan suami yang kita sendiri pun tak sangka yang kita mampu. Semoga Allah murahkan rezeki aku, suami, semua ahli keluarga dan sahabatku seperti air sungai yang mengalir. Aaminn ya rabbal alamin." -syukur Ayuni dalam hati. Ayuni meletakkan telefon bimbit yang digengam dan terus bangun untuk menunaikan solat Zohor. 

Selesai menunaikan solat Zohor, Ayuni terus mengemas fail-fail kerjanya yang bertaburan di atas meja untuk pulang ke Alor Setar semula. 

"Shikin, anything update saya on the spot ya. If you can't reach me, just contact Nina okay?" -pesan Ayuni kepada supervisor kepercayaannya untuk menjaga branch Sungai Petani. Cafe La Favela sentiasa menjadi pilihan pelanggan kerana ketiga-tiga branch cafe ini mempunyai citarasa tersendiri dan mengutamakan suasana yang lebih santai untuk dijadikan tempat perbincangan, berborak-borak malah untuk mengadakan mesyuarat.

Bagi Ayuni dan Husnina, cafe akan selalu dikaitkan dengan suasana yang selesa, maka dengan itu mereka berdua harus mengambil kira reka cafe yang menarik serta jenis hidangan dan susun atur yang professional. Tak lupa juga menu makanan yang disajikan di Cafe La Favela mestilah berpatutan, bersih dan disukai ramai.

"Okay baik boss. Balik elok-elok bos. Jangan laju-laju. Sentiasa ingat orang yang tersayang yang sedang menanti kepulangan. Hehe." -pesan Shikin bergurau. Ayuni tertawa dan lambai tangan tanda hendak keluar dari cafe.

Di dalam kereta, seperti biasa benda pertama Ayuni akan lakukan adalah mencari handphonenya untuk disambungkan bluetooth bagi memudahkan dia menjawab panggilan semasa memandu. Pergh, jaga keselamatan dan ingat pesanan suami ye. Mentang-mentang lah dah berjauhan, macam-macam dipesannya.

Perjalanan Sungai Petani ke Alor Setar menjadi singkat dengan kelajuan pemanduan Ayuni yang tak perlu diceritakan lagi. Tepat pukul 3 petang, Ayuni sampai ke Cafe La Favela untuk berjumpa dengan sahabat dunia akhiratnya iaitu Nina.

"Heyyo, whatsapppppppp! Wah rilek hang noh!" -sergah Ayuni bila nampak Nina baring di atas sofa.

"Allah... bos besar dah balik! Sorry bos, saya pening sangat. Izinkan saya rehat bos." -pinta Nina selamber.

"Serius lah? Dah makan ubat belum? Aku ada balm, nak tak? Bagi hilang sikit pening tu?" -tanya Ayuni serius. Terkejut sebab Nina jarang sakit. Sepanjang perkenalan dia dengan Nina, baru 3 kali Ayuni tengok Nina sakit.

"Alamak perempuan ni, tak boleh nak berlakon sikit. Tak lah, aku okay je. Saja rehat kejap. Hang dari mana?" -marah Nina manja.

"Huhhh! Ingat sakit betul. Aku dari SP lah. Eh Nina, guess what?!" -ujar Ayuni teruja.

"Kenapa?! Pregnant ke?" -tanya Nina terkejut.

"Ish hang ni! Spoil la!" -rajuk Ayuni.

"Okay sorry. Tell meee?!" -balas Nina.

"Kereta suami aku boleh pick-up besok! Yeayy!" -teruja Ayuni.

"Damn seriously... Bapak laju perempuan tu buat kerja. Takda life ke?" -balas Nina selamber. 

"Hahaha. Okay what dia buat kerja laju. Cepat sikit kita buat suprise!" -balas Ayuni masih teruja. Dalam pada masa yang sama, Ayuni juga kagum dengan kerja Najihah as pengurus jualan. Hasil kerjanya laju dan senang berkomunikasi.

"Can you tell me how you gonna suprise him?" -tanya Nina sambil terangkat kening.

Ayuni membalas soalan Nina dengan senyuman penuh makna.



Stay tune for the suprise! Let me tell you, in next chapter ada 2 suprise tau! So, don't miss it!


CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now